Friday, August 28, 2009

proud and merdeka...

berubah corak sambutan kemerdekaan tahun nie..dalam paper tadi ada tertulis..dari 2 jam sambutan kepada 40 minit je..adalah diharap pengisian pada kali ini bersesuaian dengan bulan ramadhan...selamat menyambot bulan kemerdekaan kepada semua...
when you have something to say, say it loud.. say it proud...
tingkatkan prestasi..
kepala nie dok pikir assigment yang melambak-lambak..
ada plak dapat asgment tadi..kene hanto sebelum ghayo..adeii..sebelum jauh menyimpang, nak tamatkan dulu penulisan kali ini..jumpa lagi di lain entry...haha...(tengah mamai)
salam

Monday, August 24, 2009

berhari puasa...

Perniagaan rancak – kueh kueh kueh...
Lauk lauk lauk – segala macam lauk pauk ada...
Ayer tebu - ayer kelapa - ayer cincau – ayer ayer ayer

Bubur - bubur - bubur
Ada yang dilambok
Ada yang dipengat
Ada yang dikisar
Manis manis manis

Bulan puasa pesta makan
Bulan puasa menjamu selera

Batu Road khemah baru dipasang
Songkok masih didalam peti
Kain batik belum disidai
Baju melayu belum di pasang
Kedai bundle tidak kelihatan

Kalau sehari sejenis kueh
Baru selesai merasakan semua
Kalau sehari sejenis lauk
Dua tahun puasa blum pasti selesai

Ayam pecik, ayam pedas, ayam berlada, ayam goreng,
Ayam tumis, sambal ayam, kurma ayam – ayam ayam ayam

Gulai ikan kering , gulai ikan basah, ikan dipanggang, ikan dibakar,
Ikan di salai – ikan ikan ikan

Bila matahari turun maka semua orang akan turun sama
Mencari dan mencari dalam satu pesta kelazatan
Merayakan hidup.

Bayanglan betapa susahnya untuk memilih
Antara kueh apam dengan kueh kuci
Antara apam balik dengan lepat pisang

Pilih pilih pilih

Rayakan kehidupan
Rayakan dengan secangkir air anggur
Rayakan dengan sebait puisi
Rayakan dengan sebatang keretek

Rayakan dengan sekotak janji untuk menjadi manusia yang berani.

http://tukartiub.blogspot.com/

Thursday, August 20, 2009

selamat menyambut ramadhan.


selamat menjalankan rukun islam ini dengan sesempurna mungkin..
semuga segala amalan baik kita diterimaNya...
dah bulan puasa nie, semuga terbukalah hati untuk ALLAH beri hidayah supaya kita meneruskan amalan yang baik-baik hendaknya.

Saturday, August 15, 2009

bunga cantik yang dikejar kumbang...


salam.. lepas je tulis "bunga yang cantik, jarang harum" kat YM...ramai kekawan pompuan usik saya.. saya pun tak tau kenapa..pada saya semua manudia berusaha untuk menjadi yang paling menarik tak kira dimana mereka berada..kelas, padang, pasar malam, kedai makan, dalam bas, masa tunggu bas dan banyak lagi situasi lain...dari pemerhatian saya, nak tengok camne seseorang tu menarik perhatian orang, bila dia duduk sesorang...haa dah jauh ngarutt...hehe.. apa sebenrnya nak cakap kat sini adalah pasal tajuk tu...
silalah teruskan membaca......

Wanita sinonim dengan kecantikan. Istilah “cermin” dalam bahasa Arab dekat sangat dengan wanita – kerana cermin itu dekat pula dengan kecantikan. Bercermin untuk kelihatan cantik. Ke mana-mana wanita pergi, cermin ada di sisi.

Bagi yang tidak cantik bagaimana? Mereka bukan wanita?adakah mereka akan disisihkan? tak ada laki nak ke?

Tunggu dulu, setiap yang Allah cipta pasti indah kerana Allah itu Maha Indah dan suka pada keindahan. Tuhan tidak mencipta manusia hodoh, Tuhan hanya mencipta manusia dengan kecantikan berbeza. Jadi, ingat itu… setiap wanita berhak untuk rasa cantik!

Soalnya, di manakah letaknya kecantikan sebenar pada seorang wanita? Kalau kita tanyakan kepada para lelaki maka sudah pasti kita akan temui pelbagai jawapan. Ada yang merasakan kecantikan wanitaitu pada agama, sikap, percakapan, cara jalan, wajah, pada bentuk tubuh, pada kebijaksanaan atau pada tingkah lakunya.

kalau kecantikan pada wajah, terbahagi kepada pelbagai pandangan, ada yang mengatakan kecantikannya terletak pada hidung, pada mata dan sebagainya. Pendekata kecantikan itu bagi anggapan sesetengah orang sangat relatif sifatnya. Lain orang, lain penilaiannya.

Namun sebagai seorang Islam, kita tentulah ada kayu ukur tersendiri untuk menilai kecantikan. Kita tentunya mengukur kecantikan wanita mengikut kayu ukur Islam. Dan tentu sahaja kecantikan yang menjadi penilaian Islam adalah lebih hakiki dan abadi lagi.

Misalnya, kalaulah kecantikan itu hanya terletak pada wajah, wajah itu lambat-laun akan dimakan usia. Itu hanya bersifat sementara. Apabila usia meningkat, kulit akan berkedut tentulah wajah tidak cantik lagi. Jadi tentulah ini bukan ukuran kecantikan yang sejati dan abadi. kalau laa pikir bebetul, kalau hari ni dapat wanita tercantik kat dunia, tahun depan ada je lagi pompuan lain yang akan menang title tu...

Sebagai hamba Allah, kita hendaklah melihat kecantikan selaras dengan penilaian Allah atas keyakinan apa yang dinilai oleh-Nya lebih tepat dan betul. Apakah kecantikan yang dimaksudkan itu? Kecantikan yang dimaksudkan ialah kecantikan budi pekerti ataupun akhlak. Itulah misi utama kedatangan Rasulullah SAW – untuk menyempurnakan akhlak manusia.

Kecantikan akhlak jika ada pada seseorang, lebih kekal. Inilah kecantikan yang hakiki mengikut penilaian Allah. Hancur badan dikandung tanah, jasa baik di kenang juga. Kecantikan akhlak ini juga adalah satu yang lebih abadi. Kata pepatah lagi, hutang budi dibawa mati. Malah akhlak yang baik juga sangat disukai oleh hati manusia. Contohnya, kalaulah ada orang yang wajahnya sahaja cantik tetapi akhlaknya buruk, pasti dia akan dibenci.

Ya, mata menilai kecantikan pada rupa. Akal menilai pada fikiran. Nafsu menilai pada bentuk tubuh. Tetapi hati tentulah pada akhlak dan budi. Kecantikan akhlak ini diterima oleh semua orang. Katalah orang jujur, siapapun suka. Semua orang sepakat menyayangi orang yang jujur itu disukai. Sedangkan jika menurut ukuran rupa, penilaian manusia tetap tidak sama. Sebab itu ada pepatah yang mengatakan, ‘beauty in the eye of beholder’.

Rasulullah saw juga telah pernah menegaskan, sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah. Wanita solehah ialah perhiasan rumah-tangga, perhiasan masyarakat dan perhiasan negara. Jika ada ibu yang solehah, anak-anaknya tentu mendapat manfaat. Mereka akan terdidik dengan baik.

Jika ada isteri yang solehah, suami pun akan mendapat manfaat. Para isteri ini akan memudahkan urusan rumah-tangga, menjalinkan hubungan keluargha dengan penuh kasih-sayang dan lain-lain. Tuturkatanya baik, tingkah lakunya baik, senyumannya menawan dan segala-galanya indah… mereka bayangan bidadari syurga di dunia ini.

Kenapa banyak wanita yang memiliki kecantikan tetapi musnah hidupnya? Ada ungkapan yang berbunyi, kemusnahan akan menimpa bilawanita mula merasai dirinya cantik dan mempamirkan kecantikan. Sejauhmana benarnya, wallahua’lam. Tetapi apa yang pasti, menurut Islam jika kecantikan tidak disertai iman yang kuat, maka pemiliknya akan hilang kawalan diri. Akibatnya ramai wanita cantik diperdayakan oleh syaitan untuk menggoda manusia melakukan kemungkaran. Lihatlah di sekeliling kita. Kata orang, bunga yang cantik jarang yang harum! Ini sudah menjadi sesuatu yang lumrah.

Tanpa iman, kecantikan akan dipergunakan ke arah kejahatan dan kemaksiatan, yang akhirnya akan memusnahkan diri pemiliknya dan orang lain. Cuba kita lihat apa yang terjadi kepada bintang filem barat (di sinipun apa kurangnya), ada yang memporak-perandakan negara, rumah-tangga dan berakhir dengan sakit jiwa dan bunuh diri.

Cantik tidak salah, tetapi salah menggunakan kecantikkan itulah yang salah. Kata orang, wanita yang cantik jarang berakhlak. Umpama bunga yang cantik, jarang yang wangi. Tetapi kalau cantik dan berakhlak pula, inilah yang hebat. Umpama cantiknya wanita solehah pada zaman nabi seperti Siti Aishah RA, Atikah binti Zaid dan lain-lain.

Bagaimana mendapat kecantikan sejati? Perlu kita faham kecantikan itu bermula dari dalam ke luar. Bukan sebaliknya. Oleh itu pertama, tanamkan di dalam hati kita iman yang benar-benar kuat berdasarkan ilmu yang tepat dan penghayatan yang tinggi. Iman itu keyakinan, kasih sayang, kemaafan, sangka baik dan reda. Rasa-rasa ini buktikanlah dengan perbuatan yang baik. Bila hati baik, wajah akan sentiasa cantik.

Jadi perkara kedua ialah susulilah iman itu dengan perbuatan yang baik. Ertinya, kita atur kehidupan mengikut syariat atau peraturan Tuhan. Dan apabila iman ditanam, syariat ditegakkan, akan berbuahlah akhlak yang mulia. Wajah, perilaku dan peribadi kita akan nampak cantik sekali. Inilah yang dikatakan kecantikan yang hakiki. Biar buruk rupa, jangan buruk perangai. Apa gunanya mulut yang cantik kalau kita gunakan untuk mengumpat?

Ya, kecantikan akhlak… boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja, oleh yang rupawan mahupun yang hodoh. Itu bukti keadilan Allah yang mencipta wanita dengan berbagai wajah dan rupa… tapi peluangnya untuk “cantik” tetap serupa...

Friday, August 14, 2009

juara a.k.a kemenangan??

adakah kemenangan penting?
adakah kemenangan perlu?
adakah kemenangan yang dinginkan?
adakah kemenangan milik semua?
adakah kemenangan yang aku kejar?
adakah kemenangan membantu anda?
semua nie persoalan untuk anda...
bagi saya.....
kemenangan penting, perlu, diinginkan, dan membantu...
sebab apa...
lihat, fikir, renung, dalami, halusi, perhatikan, buatlah keputusan anda..
semalam lepas kelas intervensi yang penuh dengan pelajar yang kene "paku" dengan pensyarah,aku pi padang UPSI...menurut kata azizi ada acara makan buah-buahan tempatan yang dianjur oleh kolej aminuddin baki (KAB)..so mengambl peluang ini, aku pun ikut laa azizi ke padang.sesampai kami ke sana aku jumpa laa kekawan aku yang uruskan acara nie..mula-mula masa azizi bagitau tu, ingat merasa je, rupa-rupanya pertandingan..kalu diimbas balik, aku nie penah menang dalam pertandingan makan buah2 nie (masa annual dinner pengawas)..haha...
syarat nak masuk pertandingan nie = 1 grup 3 org..
haa nie laa ahli dalam kumpulan aku yang ditubuhkan secara ad-hoc.orang tgk pun tau dah boleh jadi juara....dari kanan :rizal, azizi, akram.
nie laa habuan yang perlu dihabiskan untuk berjaya...nenas 1 biji, tembikai separuh, betik separuh, mangga 3 biji, tembikai susu separuh..banyak tu..
setiap sesuatu perkara yang ingin dilakukan, kene ada strategi..so ketua kumpulan iaitu azizi memberi penerangan cara nak menang...hahaha....
apakah ending dari kisah yang diceritakan ini?

adakah kumpulan kami medapat taktha juara???

jawapannya :
setiap pertandingan ada yang kalah dan menang, so kumpulan kami nie bukan nak sangat menang...go out and get some enjoy for yourself..best tu dpat enjoy2 jumpa kawan2...(kalah laa tu sebab tu cakap camnie..hahaha)...
kalah plak kami...tempat last plak tu..tapi puas hati laa..haha...buah yang makan tu pun tak dapat dihabiskan..pelik betul..hahaha...
pe2 pun tq to KAB sebab anjur acara nie...
gambar ehsan : liyana yunus

Monday, August 10, 2009

PERSIDANGAN KEBANGSAAN KAUNSELING 2009

Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA)2009 yang diselenggarakan oleh UPSI sebagai penganjur utama bagi tahun ini. Skop persidangan pada tahun ini diperluaskan supaya merangkumi semua aspek dan bidang kehidupan masyarakat yang memerlukan perkhidmatan kaunseling ke arah memperkasakan masyarakat sejahtera, mempunyai jiwa dan minda yang lapang, yang akhirnya akan menjadi warganegara yang produktif, gembira, bahagia dan aman sentosa. Kami memilih tema ini untuk memberikan penekanan khusus terhadap pentingnya peranan kaunseling sebagai penawar bagi ‘menyembuhkan’ pelbagai penyakit masyarakat yang menyebabkan mereka menghadapi tekanan dan stres, kemurungan, ketakutan, rasa mahu membunuh diri dan sebagainya.

tarikh : 3-5 november 2009
tema : "Strengthening Individuals, Families & Communities through Quality Counseling Services
"
tarikh akhir :
Penghantaran Abstrak : 20 Ogos 2009
Penghantaran Kertas Kerja : 30 September 2009

Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut, sila hubungi Urusetia melalui maklumat berikut :-

Tel : 605-4506677 / 6107 / 6001 / 6119
Emel : pkk09@upsi.edu.my This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
Laman Web : http://pkk09.upsi.edu.my

Sunday, August 9, 2009

siap ke silap...

siapa tak gembira kalau dah siap tugasan..
lagi-lagi tugasan yang susah...
tapi cuba bayangkan kalau tugasan yang dah siap lengkap complete...
tiba-tiba dapat tau tugasan tu silap..padahal sok nak hantar nie..haha...
tu laa akibat kalau semangat sangat nak wat kerja cepat2....hahaha...
pengajaran yang mengajar...haha...

ayuhh siapkan kerja yang tersilap..
ada 8 jam je lagi nak siapkan..haha...
mencari kekuatan dan keberkatan..
kurangkan konspirasi tingkatkan prestasi...
jangan buang masa.....

Saturday, August 8, 2009

uhhh....

bangun je dari tido...sekali lagi blog ada prob..terus segar mata nie..haha

Thursday, August 6, 2009

van hangus..alquran??

pagi tadi bangun2 je pagi tadi terus wat tugasan...(rajin tu)..tapi mmg balik awal nie nak wat koje pun..lama sangat wat koje, pe lagi..cari laa gambar2 yang boleh wat release tension..penat tu wat koje.. tengah pusing2 cari benda yang menarik, terjumpa laa.....

koleksi gambar-gambar sebuah van yang terbakar. Hangus. Habis hancur semuanya. Tapi di dalamnya ada senaskhah Al-Quran yang tidak terbakar. Kalau difikir secara logik akal selepas melihat keadaan van tue, sepatutnya memang Al-Quran nie pun turut serta hangus. Tapi sesungguhnya kebesaran agama Islam mengatasi segalanya.

keadaan kereta yang terbakar.....

dalam kereta..

haa alquran...

Semoga semua amalan kita diterima Nya. Renung-renungkan dan selamat beramal.dah dekat puasa nie..tapiu jangan nak puasa baru beramal.beramal setiap masa....(ingatan untuk diri sendiri sebenarnya)....

ok nak sambung wat koje....banyak lagii...mmmm.....


Tuesday, August 4, 2009

cuti dah habiss..

salam..
tadi bertolak ke TM jam 3.30 petang...
sampai dari KL jam 4.45 ptg..laju gak bas tadi..
sampai je cam besa laa..kene kemas bilik dulu..
kene balik awal...assigment bertimbun-timbun....
sekarang masa untuk menyiapkan tugasan yang diberi..
so good luck to all...
cepat-cepat laa siap tugasan ..nanti senang di kemudaian hari..
penat gak naik bas tadi..sejuk betul..
ada kawan ajak pi cameron..ikut hati mmg nak pi..syokk tu..
tapi apa kan daya...tugasan lebih penting..hehe..
k laa..selamat...