Friday, August 6, 2010

manulis perjuangan ....

salam dan selamat sejahtera .. :)

lama betul tak menulis kat blog wall nie..nak tulis pun dah "tergagap gagap" hehe....
pagi tadi terbaca satu artikel dari satu blog yang femes..so tetiba rasa nak share sume sume nie dengan pembaca blog aku..even tak ramai pun yang baca blog aku..tapi apa aku kesah..bak kata jijie..lagi 30 tahun bukak blog nie..ada aa sumtin yang boleh wat aku tersenyum...

banyak benda pending yang tak post..adooiii ..tak pe tak pe...kali nie..lain skit post dia..aku copy je dari blog tu...sebab pe aku menarik untuk berkongsi adalah kerana aku telah berpeluang (hahaha..habis skema dah ayat aku nie....)..aku nak share aa sebab aku penah jumpa bekas setiausaha angkatan pemuda insaf (API) bahagian melaka..sape tak tau apa tu API..pi bukak buku sejarah form 3- form 5..ada benda benda nie..tapi secara tak de lapik aku nak cakap...sume pelajar sekolah kat malaysia nie dah puasss kene tipu..

sume isi dalam buku sejarah tu bukan betul sangat pun..haa nie salah satu sebab kenapa aku nbak share benda nie dengan sume pembaca..haa...bukan sebab politik sangat pun..tapi ada aaa skit2..

masa jumpa pakcik tu banyak aa benda yang dia share...sangat banyak..berumor 84 tahun tapi otak run macam 25 tahun..paling staill masa dia baca buku nak cari ayat ayat pasal merdeka nie...laju sehh baca..hahaha....adoii....haa nie ada skit ayat dia aku nak share...

" apa yang korang belajo hari nie..nampak macam tak berguna skang..tapi nanti satu masa baru korang terasa..sangat berguna apa yang korang belajo tu" (nie ayat aku translet aa dari pe yang dia cakap...)

haa ada lagi... " hidup bermula lepas korang grade nanti....." pastu ada aa smabungan dia..aku pun tak bape ingat...lebih kuang lepas grade nanti baru aa dapat rasa hidup realiti..

dalam post kali nie..sume citer psal 10 years before merdeka...so ayuhh kembali ke zaman sebelum merdeka untuk tahu kebenaran.. weeeeeeeeeeee..ada pelakon nie..tgk video tu sampai habis tau...

Dibintangi oleh

Lim Kean Chye
Yahya Nassim
Hashim Said
Zainuddin Andika
Majid Salleh

ok ok..sila baca artikel nie sampai habis...pastu ada video kat youtube..haaa lagi syokkk..tengok dengar lihat perhati hayati sume yang orang orang tua dalam video tu cakap...tgk sampai habis..ada 4 part je...

Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) ini telah ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di Ipoh Perak. Parti ini adalah parti yang mula-mula sekali menjadikan "MERDEKA" sebagai slogannya, dan menjadikan warna merah dan putih sebagai bendera untuk parti PKMM.

Dengan selogan "MERDEKA" PKMM telah berjaya menghimpunkan seluruh rakyat Tanah Melayu tanpa mengira agama dan fahaman ideologi. Namun ia tidak mendapat sokongan dikalangan bangsawan Melayu dan juga kakitangan kerajaan (pro penjajah)

Pimpinan tertinggi PKMM pada awalnya dipimpin oleh Mokhtarudin Laso seorang yang amat keras didalam perjuangannya, namun beliau menghilangkan diri dan dikatakan bahawa beliau telah ke Sumatera Barat, untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Mokhtarudin Laso satu mesyuarat telah diadakan di 'Rumah Merdeka' di Kampung Bahru untuk menstrukturkan semula PKMM.

Struktur organiasasi PKKM yang baru adalah:

Yang Dipertua Agung : Dr Burhanuddin Al-Helmy Naib
Yang Dipertua Agung : Ishak Haji Mohamad (Pak Sako)
Setiusaha Agung : Zulkifli Aoni

Ahli Jawatankuasa :
1. Abdullah CD (Cik Dat Abdullah)
2. Ahmad Boestamam
3. Musa Ahmad
4. Khatijah Ali
5. Abu Bakar Al Baqir

Aishah Ghani telah mengantikan tempat Khatijah Ali apabila PKMM berpindah ke Kuala Lumpur. 'Mak Inang' nama timangan yang digunakan oleh Aishah Ghani untuk penulisan akhbar rasmi PKMM yang bernama 'Pelita Malaya'. Aishah Ghani telah meletakkan jawatan setelah beliau menjawat jawatan didalam kerajaan British. Tempat beliau kemudiannya diisi oleh Shamsiah Fakih dan Zainab Mahmud Baginda.

PKMM telah berkembang pesat dan digabungkan dengan pelbagai pertubuhan yang menjadi tulang belakang dan penggerak di seluruh Malaya, antaranya:

1. API (Angkatan Pemuda Insaf). Dibawah pimpinan Ahmad Boestamam. Diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP UMNO Dato Onn Jaafar.

2. AWAS (Angkata Wanita Sedar). Diketuai oleh Samsiah Fakeh. Diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP UMNO, Onn Jaafar.

3. BTM -Barisan Tani Malaya (BATAS). Ditubuhkan pada 7 Julai 1947 di Kajang. Ketuanya ialah Musa Ahmad. Setiausaha disandang oleh Abas manakala Mokhtar sebagai bendahari dan Kadir menjadi ketua bahagian propaganda. Pimpinan Negeri ialah Mokhtar - Kedah, Selangor - Musa Ahmad, Pahang - Abas, Johar - Kadir dan Negeri Sembilan - Ibrahim Baba.

4. Jabatan Kerja Melayu (JKM). Didirikan pada awal tahun 1946. Diketuai oleh Alimin, Setiausaha oleh Abdullah CD dan merangkap ketua bahagian selatan. Bahagian utara oleh Rashid Maidin dan bahagian timur oleh Kamaruzaman Teh.

5. Hizbul Muslimin.Ditubuhkan pada 17 Mac 1948. Tokoh yang terlibat ialah Ustaz Abu Bakar Al Baqir, Ustaz Abdul Rab, Dr Burhanuddin Al Helmy dan Kiayai Masyur Azahari. Pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno, Onn Jaafar mengharamkan Hizbul Muslimin yang dianggap 'Parti Islam Merah' dan merupakan 'bahaya dari gunung' kepada mereka.

6.GERAM -Gerakan Angkatan Muda. Pimpinan Abd Aziz Ishak dan A Samad Ismail.

7. Kesatuan Buruh Melayu SeMalaya. Ditubuh pada tahun 1946 di bawah pimpinan Abdullah CD. Dipanjangkan penubuhan ke negeri-negeri pada 1947.

8. Pan Malayan Federation of Trade Union (PMFTU). Gerakan buruh berbagai kaum. Pada 1947, kongres telah memilih Ganapathy sebagai Pesiden, Abdullah CD sebagai Naib Presiden dan Chen Lu sebagai Setiausaha.

8. Kesatuan Opera Melayu.

9. Persatuan Pemandu Teksi.

10. PETA -Pembela Tanah Air. Ditubuhkan apabila KMM diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno, Onn Jaafar.

11.Majlis Agama Tertinggi Se-Malaya (MATA). Pimpinan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir.

Pada tahun 1947, iaitu sepuluh tahun sebelum merdeka, PKMM memperkuatkan perjuangan menuntut kemerdekaan dengan bergabung dengan beberapa pertubuhan bukan Islam dan bukan Melayu dalam Malaya Democratic Union, membentuk Barisan Bersatu Putera-AMCJA.

Barisan Bersatu Putera-AMCJA ditubuh pada 1947 dan menggubal 10 fasal Perlembagaan Rakyat untuk kemerdekaan.

Antara gerakan yang dilakukan oleh Barisan Bersatu Putera-AMCJA yang sangat berjaya dan menggugat kedudukan British adalah mogok seluruh Malaya yang dikenali sebagai HARTAL.

(video http://www.youtube.com/watch?v=sNZzZlVgWxY&feature=PlayList&p=F0B6BA1785FFE49E&index=0&playnext=1)

HARTAL telah berlangsung pada 16 September, 1947 yang telah mencatatkan sejarah satu mogok umum, di mana pada hari tersebut, satu aktiviti pun tidak dilakukan oleh seluruh rakyat Malaya.

Pada masa yang sama, British telah berpakat dengan Elit Melayu yang menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Perkembar – yang kini dikenali sebagai UMNO), menggubal satu lagi perlembagaan yang dipanggil Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

British tidak menerima desakan Barisan Bersatu Putera AMCJA, dan telah menolak Perlembagaan Rakyat dan menggantikan Malayan Union dengan membentuk Persekutuan Tanah Melayu serta melantik Dato’ Onn menerajuinya.

Barisan Bersatu Putera AMCJA dan seluruh anggota gabungannya, diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan Yang Dipertua (YDP) UMNO, Dato' Onn Jaafar.

British telah mengisytiharkan Darurat pada tahun 1948, dengan alasan menentang gerakan komunis di Malaya dengan menggunakan 'preventive detention' iaitu tahanan tanpa perbicaraan yang kemudian dikuatkuasakan sebagai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), mengambil tindakan menangkap sesiapa sahaja yang menentang.

Antara bukti bahawa Darurat 1948 diisytiharkan adalah semata-mata satu tindakan ’pecah perintah’ British adalah lebih 2,800 orang ahli-ahli gabungan Barisan Bersatu Putera ACMJA ditangkap dibawah ISA, termasuk Ustaz Abu Bakar Al-Baqir pemimpin MATA dan Hizbul Muslimin yang kemudiannya didaftarkan secara rasminya sebagai Parti Islam SeMalaysia (PAS)

http://chegubard.blogspot.com/

semuga apa yang dikongsi nie..dapat aaa bagi skit ilmu baru..heheh..tetiba jadi petrotik plak..haha..oo patut aa..bulan merdeka...selamat merdeka tanah melayu....
senyum selalu...jalani hidup dnegan indah...semuga berjumpa lagi...ta ta.... :)