Monday, January 26, 2015

cara menukar bateri remote kereta :)

Assalamu a'laikum ..segala puji dan puja buat yang selayaknya, tiada lain kepada ALLAH jua sehala syukur di junjung :)
 
semuga sentiasa kita dalam lindungan rahmat kasih sayangNya :)
ok post kali nie pasal benda mudah yang murah dan senang tapi kalau pi kedai kompom mahal :)
kali nie orang perempuan pun boleh buat, dan tak perli kecoh kecoh pening kepala pi kedai .. hehe ..
ok ok .. post nie kira cam post damii laa sebab part 3 hari tu tah apa2 kan ... hahah .. 

dah post pasal buku, nie pasal tukar bateri kereta pula .. hope pembaca lupa laa pasal part 3 dan seterusnya ,.. ahghaha .. (dalam part kumpul gambo part 3 lagi ... )

ok.. ayuhh ...

langkah langkah menukar bateri dalam remote kereta, secara detail adalah kereta proton saga .. (kalau ampa pakai ferari sori, wa tak ada cth ....) rasa kereta proton semua sama je bateri dia ..

ok ... tadaaa ... lets go part by part
 ok ... nie bahan bahan masakan yang anda perlukan ...
kunci kereta yang anda yang dah habis bateri
bateri baru cr 2032 3v
dan skru kecik ..

next .. 
 nie contoh skru set .. kat diy ada yang dari rm1.99 - rm 14.99 .. beli yang range rm6.00 pun ok dah .. tak tercabut masa buka skru .. skru tu ketat :)
 ok .. nie contoh bateri dengan pandangan yang lebih manja dan mendalam di sudut hati sayang :) 

 ok .. proses bermula .. tu skru yang anda perlu bukak .. agak ketat dan memerlukan tenaga secukupnya utk membuka .. memang ketat ... payah skit sebab benda kecik ..

 dah tak de idea sangat .. tu yang amik gak gambo selepas berjaya bukak skru..hahahah ...


 taraaa .. dalam dia ... ok part nie kene berhati hati ... sebab ada sensor .. dan tempat letak baetri tu boleh tertanggal .. macam lego :)


nie sensor dia ... masih dalam karung 


 nie sensor luar karung :)

ok siap dah pasal tukar bateri nie .. cabut je bateri lama..masuk bateri baru .. siap .. nak try dulu before skrukan balik pun boleh ... supaya anda pasti bahawa anda berjaya .. haha ..

oke .. bawah nie nak bebel sikit pasal apa elok buat sendiri .. even ada yang akan bangkang dengan menyatakan bahawa ... 

"KALAU ROSAK BAPAK KO NAK BAGI GANTI RUGI KE ????? HAAAA !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! "

mudah je..kalau anda orang yang suka atau lebih tepat duit terlebih sillakan ke kedai dan tukar .. cuma nak bagi tau . di kedai seketul bateri di tolak rm 12, lepas anda buat muka anak kucing bajet comel anda yang tak cukup makan sambil mata kuyu mintak pelempang, boleh aa dapat rm 8 ...

bawah nie cth harga kat lelong .. 5 biji ampa boleh dapat harga rm 13 .. ya 5 biji bukan satu biji ... otak ada kalkulator ada .. kira sindiiirii macaaaaa...


sekador itu dulu .. masa dah time .. perut dah bunyi loeceng .. masa rehat ah sampai :)

semuga post mengarut ini tidak menyesakkan dada mengurut jiwa meronta nista ;p  mana mana yang kurang, terasa hati mengarut tersasul, mohon ampun :)

sekodor itu, baik itu dari ALLAH, kurang itu dari kelemahan saya .. muga sama sama kita ditetapkan hati dalam agamaNYA .. ada rezeki jumpa lagi .. senyum :)
 
ada rezeki dapat laa jumpa dalam part 4 iaitu versi bergambo pasla rumah .. rasa nak tulu pasal tombol pintu pun ada nei .. sebab sekali tukar tombol (upah sahaja) dah rm 30 .. hahaha .. kalau ampa buat, 5 minit siap .. haha .. nice roleplay :)
senyum ..muga murah rezeki 

Wednesday, January 21, 2015

anak dan buku dan bapa dan ibu ....

Assalamu a'laikum ...
 
segala puji dan puja buat yang selayaknya, tiada lain kepada ALLAH jua sehala syukur di junjung :)
semuga sentiasa kita dalam lindungan rahmat kasih sayangNya :)

dengan kehidupan yang semakin mendesak, disamping memenuhi kehendak yang tiada merundum, harga keperluan yang mencanak, nafsu muda yang berbaur kehendak. ok pening dah aku .. hehe

post kali nie pasal anak anak .. yup anak .. pasal barang keperluan anak anda, dan bahan bacaan utk ibu ayah :)

cuma perkongsian, skit sebelum jump to isu utama. malam semalam pi beli susu anak. anak minum enfagrow A+ step 3 .. harga standart bagi tin 1.7kg adalah rm120, kadang tesco giang aeon sale so boleh aa dalat dalam rm 112, rm 109, rm 107, dan paling murah adalah masa sale kat sogo dapat rm97 utk 1.7kg tin .. 

tapi .. jeng jeng jeng .. mula mula dah tulis sikit pasal beli susu anak nie kat fb, tapi tak jadi post sebab macam ..... tah rasa malas post kat fb .. hahahah ...

malam tadi pi laa kedai ubat cina, kebetulan ada pek dalam kotak 650gmx2pek so dapat laa 1.3kg, pastu ada pek yang dapat free 200gm (bukan semua, tapi ada lagi 4 kotak je) so jadi laa 1.5kg dengan harga rm86 .. berbekal dengan rezeki bones dari kerajaan pemerintah yang amat mengamalkan islam yang wasatiyah secara syumul bonus yang ada dalam bank, beli laa skit wat stok ...

nak citernya .. beli laa kat kedai ubat cina .. hahaha .. bukan promo tapi realiti yang tiada sangkal lagi .. kedia cina yang aku beli nie area taman saga, kat taman midah ada gak belakang shell .. so rajin2 laa nek motor dan meronda kawasan kejiranan anda utk dapatkan sesuatu yang mahal dengan harga yang berpatutan :)

kalau pampers tu, beli kat pasaraya biasa pun ok .. kadang mamy poko yang biasa rm 55, boleh jadi rm 40 .. whoopi pun memadai utk pakaian harian anak kecil anda dengan harga yang jauh lebih rendah.. kalau di belakang giant ulu kelang ad ajuga yang menjual pampers yang murah secara pukal :) 

anak anda pilihan anda :)

ok .. bab seterusnya .. pasal bahan bacaan buat ibu ayah .. semua sedia maklum, ibu ayah cermin kepada anak. teringat pesan seorang ilmuan, jika kita menanam pokok, kita akan sayang dan memberi penuh tumpuan kepada pokok tersebut sekurang kurangnya sehingga pokok itu dilihat mampu membesar sendiri. cth pokok mangga. dibaja, digembur tanah, di siram sehari hari, mencecah saja batang mangga itu lebih kurang satu inci, maka kita pun lega dan seronok kerana kit asedar dan tahu pohon itu sudah remaja dan mampu survival sendiri...

jika pokok pun kita sayang sebegitu, apatah lagi anak kita. anak kecil kerap kali dicantas bakatnya yang membuak ibarat nafsu si bujang yang sudah mampu bernikah sedang mencari pasangan. 

oleh itu, suka saya menyarankan dua buah buku yang baik untuk bacaan kita .. yang pertama

40 Teknik Rasulullah Mengajar

40 Teknik pengajaran yang disarankan oleh Rasulullah SAW dapat merangsang setiap deria pembelajaran dan menjadi pengajaran lebih efektif dan sesuai dengan setiap stail pembelajaran insan. Samada anda pelajar audio, pelajar visual atau pelajar kinestenik, teknik yang di sampaikan dalam buku ini akan dapat membantu setiap stail pembelajaran.

MENGENAI PENULIS

Al`Allamah Syeikh al-Muhaddith al-Faqih Abdul Fattah Abu Ghuddah al-Halabi as-Suri dilahirkan di Syria pada tahun 1917 dan wafat pada tahun 1997 di Kota Madinah. Beliau merupakan seorang `alim dan pakar dalam bidang Hadis dan Fiqh. Diantara penulisan beliau yang masyhur ialah “Ulama` al-`Uzzab” (Ulama yang Bujang), “Qeemah az-Zaman `inda al-`Ulama`” (Nilai Masa disisi Ulama) dan banyak lagi. Selain menulis, beliau juga turut mentahqiq beberapa buah kitab.


Penterjemah :  Hj. Shuhadak Mahmud, Pensyarah Jabatan Syariah KUIS

 

sebuah buku yang jelas yang padat dengan contoh yang terus menuju sasaran ibarat busur panah dilepaskan. jika dibaca buku ini dan melihat pula ilmuan yang mengikut sunnah, akan jelas terpancar keberkesanan teknik ini :)

untuk membeli sila klin sini :)

dan untuk review berkenaan buku ini ada satu sini dua sini :)

ok .. itu buku pertama .. dan dibawah ini adalah buku kedua ...


Screaming-Free Parenting
keluaran syarikat femes pts .. mudah di cari :)
 

sedikit sinopsis ..

Seorang sasterawan terkenal menceritakan bahawa pada setiap malam, dia selalu membawakan air minuman ke bilik tidur anak-anaknya.
"Teguh, beginilah salah satu cara saya menghormati anak-anak..."
Inilah ungkapan rasa kasih sayang yang melimpah daripada seorang ayah yang tulus. Kesan yang tidak akan dilupakan oleh anak-anak sehingga dewasa kelak.
Bagaimana dengan anda? Ayuh, kita raih rasa cinta anak-anak. Berdasarkan pengalamannya bersama anak-anak, Teguh Iman Perdana menawarkan:
  • Menawarkan kaedah khusus untuk meraih hati anak.
  • Mengupas tentang mitos-mitos dan paradigma yang mengelirukan dalam pola mendidik anak-anak.
  • Memberikan cara yang jitu tentang mengasuh dan mendidik anak tanpa perlu marah.
hDengan adanya buku ini, ibu bapa dapat merasakan nikmatnya menjalani peranan sebagai ibu bapa dalam mengasuh dan mendidik anak-anak dengan cara yang bebas daripada emosi negatif. Buku ini memberikan cara mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang, kreatif, ceria, dan persahabatan, bukan dengan teriakan dan ancaman.

pada saya, buku kedua ini merupakan buku yang sangat simple pimple dimple mudah ringkas dengan jalan cerita yang ringan tapi isi yang baik namun secara sinikial buku ini mencabar ego ibu ayah (terutama bapak) dalam membesarkan anak. sangat bagus .. 

dan .. bukan bermakna menunjuk nunjuk buat kalian tentang membaca, cuma usaha dalam mendidik adak perlu ada. panduan hidup sebagai hamba dimuka bumi adalah agama yang datang dariNYA, dalam mendidik anak begitu juga :)

contoh contoh, dan cerita yang ada sangat praktikal, sangat sesuai buat mereka yang ada anak yang masih kecil (yang dah beso pun boleh) kerana sistem nilai (apa yang anak anda tanam dalam ingatan / otak) masih boleh dipupuk :)

 so good luck to all mother father out there . sama sama berdoa moga anak yang menajdi amanah ini, juga menjadi hasil tuai kita kelak disini atau sana :)

pokok kelapa itu sangat banyak musuh semasa kecil cth babi, namu bila besar pokok kelapa sangat berbakti seluruhnya. daun jadi penyapu, buat ada air, ada isi, ada santan, ada kelapa parut, batangnya menjadi titi :)

begitulah hendaknya anak kita semua, diwaktu kecil mereka dengan dunia yang mencabar muga sudha besar ada manisnya :)

ok .. last sekali buku 
Ke arah pembentukan kanak-kanak 
by Riza Atiq bin O.K. Rahmat


buku yang sangat bagus.. dapat pun soft copy.. ada hilal asyraf bagi link . tapi try cari balik tak jumpa dah .. ada dalam fb hilal :(

dari awal lagi buku Professor Ir. Dr. Riza Atiq bin O.K. Rahmat menekankan perkembangan dari multiple intelligence .. bahasa , math , agama et all .. dia cakap, dengan bayi nie sejak lahir sampai 2 minggu, cakap laa dengan sume bahasa yang betul dan baik, sebba bila anak dah besar nanti, anak itu cuma perlu recall perkataan itu, bukan membina perkataan baru :)

sekador itu dulu .. ada urusan lain (nak makan ;p ) nanti ada masa sambung lain :) adioss ... semuga dalam rahmat Allah :) senyum

Tuesday, January 20, 2015

part III yang tak berapa nak part III :)

Assalamu a'laikum ...
segala puji dan puja buat yang selayaknya, tiada lain kepada ALLAH jua sehala syukur di junjung :)

semuga sentiasa kita dalam lindungan rahmat kasih sayangNya :)

jam dinding terus berdetik walau nyenyak mana manusia dibuai mimpi, kehidupan yang terus menerus menhenyak diri supaya menjadi lebih kental dan berguna dari sebelumnya. 

saat dirundung kealpaan atau lebih tepat masa lapang yang dibazir, rasa sia sia segalanya. muga lapang yang ada diisi dengan perkara perkara yang bermanfaat berfaedah supaya man adapat menajdi amal dan bekal.. 

ohh yeahhhh ... fuhhh .... rasa nak share pasal rumah lagi sebab ada beberapa perkara yang belom setel .. 

rasa macam tidak percaya penulisan pasal ruma nie sangat menggalakkan :)
dengan rating blog yang ntah keberapa bilion kedudukan nie .. hahahaha ...

haa promo promo .. nie part 1 dia , 

yang nie part 2 dia.hehe

nie yang bakal anda baca ada kisah cacamarba .. hahaha ..

mula mula is nak wan tu tulis about ;p benda yang tak sempat nak buat, pastu rasa macam tak relevan plak dengan tajuk. tapi ngak apa don, bukennyer ade penilaian :)

ekcyeli ada satu buku yang nak sangat beli sebab buku tersebut dikatakan sangat rapat dengan jiwa remaja, dan the latest info yang saya dapat adalah penulis buku ini telah di pilih utk menulis dalam genre kanak kanak. ini menyebabkan lagi bernafsu nak beli buku nie .. hehehe .. dan .. eden pernah bergambo dengan penulis buku nie .. tak cayoo ... ada dalam post ini ..  beli bukan sebab kawan pun .. hgahahahahha .. tapi sebab there are must be something special about the book, muda lagi penulis nie .. sampai post ini ditulis, gua sngat pasti penulis buku tu masih bujang . hehe ...

ok pasal buku The Top Four penulis dia .. Armahnurrasyikin Said, asal sarawak, sangat peramah, dan suka borak :)


Sinopsis
Nisha Ariana, Anna Kon, Dahlia Nur Azreen dan Sharon Valerie, masing-masing berbeza tetapi mereka ‘top student? di sekolah! Mereka ibarat seutas Pandora yang mempunyai loket-loket comel yang sangat cantik!Hari pertama persekolahan, Anna memberitahu mereka berempat perlu berpisah untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran. Namun, tindakan Anna agak mencurigakan. Jadi, kenapa Dahlia dan Sharon yang disingkirkan? Apakah ia hanya sekadar strategi rahsia Anna bagi mengekalkan legasi mereka sebagai The Top Four? dicedok dari http://www.bukuprima.com.my/prodDetails.asp?idpr=687 ..

buku nie dah ada dipasaran, tapi gua pi pustaka mukmin kat depan sogo dia kata belom masuk, tak pe wa tunggu :)

ok bab nak beli buku settle .. haa nie part sudah mau masuk pasal rumah plak .. tapi awal2 nak pesan .. gambo pasal latest buat sume dalam henfon berpunat saya, dan setakat nie belom ada kesempatan nak pindah masuk dalam pc lagi .. heheh .. :) so gambar bakal menyusul ..

dalam part 2, ada cakap pasal water filter, tapi yang outdoor punya tak tepek lagi, so as told, gambar tiada setakat nie .. akal di muatnaik kelak, segala kesulitan amat dikesali ;)


pastu yang kedua pasal ekzos fan, dah pasang pun tapi ... hahahha .. maaf dong ...


benda baru yang nak buat, kalau ada rezeki awal feb 2015 nie adalah ... jeng jeng jeng .. awning rumah .. hahaha ... so harap sume bersabor .. akan di update kemudian .. hehehe ..rasa part 3 nie melepas gian nak ketuk kibod ke .. part 4 ek saya buh gambo :)

bahaya buhh gambo siap caption bagai, nanti ada orang kata x de koje .. wakakka a.. joke ..

ok bradarrr .. mau lipat beg mau amik hero .. selamat :)

semuga post mengarut ini tidak menyesakkan dada mengurut jiwa meronta nista ;p  mana mana yang kurang, terasa hati mengarut tersasul, mohon ampun :)
sekodor itu, baik itu dari ALLAH, kurang itu dari kelemahan saya .. muga sama sama kita ditetapkan hati dalam agamaNYA .. ada rezeki jumpa lagi .. senyum :)
ada rezeki dapat laa jumpa dalam part 4 iaitu versi bergambo pasla rumah .. pasal buku akan ditulis satu post khas tu pun lepas dapat beli buku tu ...

senyum ..