Saturday, July 6, 2013

segala syukur dengan berita gembira, dan sunnah :)

Assalamu a'laikum ...

segala puji kepadaNya yang selayaknya dipuji, dan segala syukur dan gembira adalah nikmat besar antara nikmat nikmat besar yang lain ... diberi peluang menambah amal bakti di dunia sebagai bekalan di sana :)

manusia .... wujud dan terjadinya dari suatu yang jauh dari keupayaan manusia menciptanya .. maka yang MAHA PENCIPTA tiada perlu pertolongan siapa untuk menjadikannya. telah pun cabar manusia mencipta nyamuk, namun tiada daya walau segala usaha dicurah sepenuhnya untuk mencipta nyamuk :)
Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 26, bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak malu menunjukkan perbandingan apa saja, seperti lalat atau nyamuk hingga ke sesuatu yang lebih kecil daripada itu (kuman), iaitu kalau orang-orang yang beriman, maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar-benar dari Tuhan mereka (untuk difikirkan maksudnya), dan kalau orang-orang kafir pula, maka mereka akan berkata: Apakah maksud Allah membuat perbandingan dengan benda-benda ini?"
Dalam kenyataan firman Allah di atas itu dapatlah kita fahami walaupun sekadar berupa seekor lalat atau nyamuk ditunjukkan Allah kepada manusia sebagai perbandingan, namun tidak seorang pun manusia yang mampu menciptakan seperti seekor lalat atau nyamuk, walaupun manusia telah begitu maju dalam pelbagai ciptaan sains dan teknologi. - http://rakanseusaha.blogspot.com/2011/05/allah-maha-berkuasa-makhluk-tak.html

nah cukup sekadar itu cabaran itu ... semuga ayat itu menambah iman dan taqwa kita kepadaNya ..

rasa syukur dan gembira keluarga ISHAK bertambah dengan direzekikan olehNya akan seorang lagi cucu sahak .. hehehe ...

nama : SYED HASSAN NURUDDIN BIN SYED MOHD AKRAM
tarikh lahir : 7 syabaan 1434 / 16 jun 2013
tempat : PUSRAWI .. 
gambar tak de .. anak retis .. hehehehe
dah anak pertama, maka kekalutan lebih skit .. hahaha ... anak kedua nanti steady aa skit .. hopefully :)

ok ok .. dengan rasa gembira ini maka akan dikongsi beberapa sunnah dan keutamaan kepada bayi yang menjadi tanggungjawab ayah dan ibu .. nie cedok cedok skit kat blog blog .. cadang nak tulis . sekali jumpa dah :)

1. AZAN, DAN IQAMAT

pengalaman yang segar bugar semuga tiada pudar adalah azan dan qamatkan hassan .. menurut penglipur lara orang orang tua kat umat tu, biasa lepas baby keluar, nurse akan ambil mandi balut siap bedung then only bagi kat bapak azan.. tapi kat PUSRAWI ... lepas je keluar melihat dunia, diserah terus FRESH FRESH kepada ayah ... hahahahahha ... cuak tak cuak .. cuak bukan geli tapi risau .. lembuttt sungguhh ... badang cam ada lumpur kelabu.. doktor habibah cakap tu penyerap haba dalam perot .. hoho .. tak de pikiorrr nak keluar kameraa snap .. hahaha ... azan azan terus bagi kat ibunya ;p 


Nabi s.a.w mengambil berat tentang bayi yang baru lahir dari rahim ibunya dengan mengalunkan azan ke telinganya supaya sejak lahir lagi bayi tersebut didendangkan dengan Zikrullah & ia menjadi pelindungnya daripada syaitan yang direjam.
   Dalilnya ialah hadis Nabi s.a.w.: Dari Abu Rafi’, katanya: Aku melihat Rasulullah s.a.w. mengumandangkan azan di telinga al-Hasan bin Ali ketika ibunya (Fatimah) melahirkannya. (HR Abu Daud & At-Tarmizi).

Dari al-Hasan bin Ali dari Rasulullah s.a.w., baginda bersabda: Barangsiapa yang anaknya baru dilahirkan, kemudian dia mengumandangkan azan ke telinga kanannya dan iqamat di telinga kirinya, maka anak yang baru lahir itu tidak akan terkena bahaya `ummu shibyan’.(sejenis syaitan yang dikhaskan untuk menganggu bayi yang baru lahir). 

2. TAHNIK
rasa cam pernah terbaca, tahnik nie hari ketujuh, tapi tadi jumpa hadis kat bawah nie .. dan ada infografik yang tulis hari 1st .. anyway .. hassan selamat ditahnik .. as usual, nak dapat baby nie mesti ada borak borak .. so ada sorang ustaz kat sekolah tu cakap..elok bagi 7 orang TUAN GURU tahnik kan baby nie .. seorang memadai :)
tapi zaman nie bukan cam dulu .. payah nak jumpa TOK GURU .. skrang nie TOK GURU ramai dan jadual dekat dekat je dengan kita ... maka diusaha yang terbaik supaya semuga KEBERKATAN yang ada pada mereka diturun dan tumpang kepada nak ini .. kata orang doakan semuga menjadi anak yang soleh beriman bertaqwa berilmu dan beramal :)

Diriwayatkan oleh Aishah bahawa bayi yang baru lahir biasanya akan dibawa kepada Nabi s.a.w. Bayi bapa tersebut akan membawanya kepada Nabi s.a.w sebelum disusukan oleh ibunya supaya nabi boleh mentahnikannya dan memberkatinya.

Hadis Rasulullah s.a.w. dari Abu Burdah, dari Abu Musa r.a., katanya: Aku telah dikurniakan seorang anak. Lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. dan baginda menamakannya dengan Ibrahim, men`tahnik’nya dengan kurma serta mendoakannya dengan keberkatan. Kemudia baginda s.a.w. menyerahkannya kembali kepadaku. (HR Bukhari & Muslim)


tiga yang pertama ..

3. TASMIAH


Tasmiah bermaksud menamakan bayi. anak moden skang nie .. bulan ke 7 mengandung dah scan, then dah tahu jantina bayi, then sibukkk laa mencari nama .. aku pun sama :)  tapi elok bincang dengan isteri nama anak nie .. mujur orang umah den stuju .. hahaha .... pulak masa tu baru sudah habiskan novel HASSAN AL BANNA, teringat kat kisah yangust ismail kamus citer tentang HASSAN AL BASRI, pastu sibling TG HARON DIN iaitu HASSAN DIN ... maka HASSAN dipilih .. maksud pun baik :)

Waktu memberi nama: Berdasarkan hadis-hadis Rasulullah s.a.w., ada yang menunjukkan pada hari pertama kelahirannya. Ini berdasarkan hadis riwayat Muslim dari Sulaiman bin al-Mughirah dari Thabit dari Anas r.a., katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: Malam tadi telah lahir seorang anakku. Kemudian aku menamakannya dengan Ibrahim.

Ada juga hadis yang menunjukan pada hari ketujuh berdasarkan riwayat Samirah, katanya Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Setiap anak itu digadaikan dengan aqiqahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuhnya, diberi nama dan dicukur kepalanya. (HR Ashabus Sunan)

Nabi s.a.w bersabda bahawa “namakan mereka (bayi) dengan nama para nabi & sebaik-baik nama ialah Abdullah dan Abdul Rahman. Semolek-moleknya ialah Haris dan Hamam. Manakala seburuk-buruknya ialah Harb dan Murrah.”

Dari Abu Darda’ r.a., bersabda Rasulullah s.a.w.: Sesungguhnya pada hari kiamat nanti kamu akan dipanggil dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu. Oleh itu, berilah nama yang baik untuk kamu. (HR Abu Daud)


4. TAHLIQ & MENDERMA SEBERAT RAMBUT BAYI



tahliq iaitu sunnah mencukur kepala bayi. Disunatkan pada hari ke-7 kelahiran bayi untuk dicukur kepalanya sehingga habis. yang nie tak sempat buat hari ke tujuh sebaba pi tahnik pagi tu .. balik ptg dah.. so cukur buat hari ke 8 ... mmmm...kemudian beri menderma berdasarkan berat rambut bayi iaitu dengan menimbang rambut yang dicukur itu, mendermakan perak dengan timbangan tersebut. Ulamak menyatakan jika hendak didermakan dalam bentuk emas maka ia lebih baik untuk muslimin dan fakir miskin.

terasa mahu cerita pula pasal adat melayu ini .. hahah .. adat cukur jambul katanya yang melayu ini.. maka setelah cukur hassan secara total, maka dikongsi cerita susahnya rumit dan sedikit payah membotakan bayi dengan rakan sekerja ... di gelak pula dengan kata 


" ehh akram, mana ada orang botakkan kepala anak sebelom masjlis cukur jambul "

hebat tak hebat ilmu melayu .. maka diam lebih baik .. senyum dan sambung makan .. :) cakap banyak kang dikata sekolahkan orang tua pula ..


Faedahnya cukur nie sangat banyak dan, ustaz kat sekolah cakap antaranya menghindar dari penyaki kulit ..
 
Dari Ja’far bin Muhamad dari ayahnya, dia berkata: Fatimah r.a. telah menimbang rambut kepala Hasan, Husin, Zainab dan Ummu Kalsom. Lalu dia menyedekahkan perak seberat timbangan rambut berkenaan. (HR Imam Malik)
 Yahya bin Bakir meriwayatkan dari Anas bin Malik r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. telah menyuruh agar dicukur kepala al-Hasan dan al-Husin pada hari ketujuh dari kelahiran mereka. Lalu dicukur kepala mereka, dan baginda menyedekahkan perak seberat timbangan rambut berkenaan.
berambut ke licin :)
yang akan di timbang kemudian diderma ...
 
 5. AQIQAH

kambeng is too expensive man .. eheheheh ... sekor dapat rm 700 / 15 kg bersih .. tapi antara mahal dengan sunnah ????? pusing pusing, jumpa laa kat gombak .. layan ..kambeng sudah ditempah, tengah gemokkan kambeng tu kat kandang ... ada rezeki jumaat nie sembelih :)

Aqiqah adalah amalan menyembelih 2 ekor kambing untuk anak lelaki dan seekor kambing untuk anak perempuan.

Samirah, katanya Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Setiap anak itu digadaikan dengan aqiqahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuhnya, diberi nama dan dicukur kepalanya. (HR Ashabus Sunan)
ori dari ladang ... tapi dah tukar kambeng farel :)
ok ... selesai sudah berkongsi sedikit perasaan ini .. semuga semua kita terus berusaha kearah lebih baik dan maju dalam agama .. 
ok siap siap makan .. heheh ... 
kesmepatan ini .. selamat menyambut RAMADHAN mulia sebaik dan sebaiknya ... semuga berjaya peroleh ganjaranNya di bulan mulia ... korban sedikit dunia demi dunia yang kekal nanti .. 
take care .. senyum .. salam :)



Monday, May 27, 2013

sakit ..

1. Penyakit bicara adalah bohong
2. Penyakit ilmu adalah lupa
3. Penyakit ibadah adalah riak
4. Penyakit budi pekerti adalah memuji diri
5. Penyakit berani adalah takut
6. Penyakit pemurah adalah menyebut pemberian
7. Penyakit cantik adalah sombong
8. Penyakit bangsawan adalah membangga diri
9. Penyakit malu adalah lemah
10. Penyakit mulia adalah kedekut
11. Penyakit agama adalah hawa nafsu

post ini di "copy paste" pada 1.12.2009 , dan published pada 27.5.2013 :)

Thursday, May 23, 2013

kisah tipu ... tahun lepas siap semalam buat ...

Assalamu a'laikum ...
syukur dan gembira adalah nikmat besar antara nikmat nikmat besar yang lain ...
jangan di bilang nikmat , sebab tak terbilang dek akal ... jadi terima dan gunakan nikmat yang ada sebaik mungkin ...
sepanjang membesar, ditipu adalah salah satu proses yang biasa di alami oleh manusia .. tidak kira siapa yang menipu ...
akan tetapi, ditipu di usia muda untuk perkara besar seperti beli rumah, renovation,beli keter , percaya kawan et all ... semua ini sangat mematangkan dan memberi ruang berfikir, dan ruang bertindak yang baru dan berkesan ...
mahu menunjukkan hasil ditipu .. hehehehhe ... itu je sebenarnya :p

part 1  nie isu dapur sahaja ... urutan gambor itu ikot kisah dah .. hahahah ... 

bermula pecah pecah sendiri pada 14.12.12 (masih dalam status penyewa je pun .. hahahahhaha ) dapat kunci umah pada 4.12.12, tapi owner umah cakap kat loyer aku terima kunci pada oct 2012 .. nie dah start menipu dah .. hahahhahahaha .. belom kira tunggakan bil .. hahahah
  
rupa asal kicen kabinet , table top, wall hug , wall tile dapor ..

 retro ... hahahahha ..

guper asal yang sanggattt santekk ... 
(tapi kayu frame tingkap tu sangat tebal dan masih kukuh .. serius .. mesin berasap masa potong kayu tu .. no joke )

 lepas dah tinjau .. maka 17.12.12 pada jam 1.17pm bermula pecahhhhh .... ahahah ... habis dengan wiring tercabut ... huhh ... 
(hammerr sebarang tu ... haha)

 dan bogel lengkap tanpa tile pada jam 4.26 pm ...
 bawah table top tu sebnarnya ada satu lapis konkrit .. nak pecahkan konkrit tu dah dekat 45 minit .. hahahah ..

 nie sudut tepi ..

maka sayugianya selepas pecah pecah ini ... maka satu lagi penipu datang dengan OFFER yang menarik ...

bukak tender untuk reno dapur ..

1. tukor tile table top kepada 2x2 tile, dan full wall tile dapur

2. tukar siling, bumbung, dan kekuda (rangka) bumbung dapur

3. menukar tingkap kayu 4x6 kepada aluminium ..

setelah pusing pusing tanya, ada jumpa sorang tukang indon, dia offer last rm 2500 ...  dia nie pernah buat umah nenek aku ... kemas cantik dan berpatutan .

kemudian datang pula sorang lagi panggil misai je .. dia offer rm 2300, oleh karna dia melayu dan aku boleh jimat rm 200 .. ya rm 200 ... maka amik laa misai nie ... hati gumbira... sebab kalau siap nie .. nak stay situ ... 

maka maka maka dan maka .... TIPU ....

1. dia beli tile 2x2 yang rege rm 9.90, padahal masa pi kedai tile aku mintak yang rege rm 33.00 sekeping ... tapi boleh saboorr lagi sebab 9.90 pun heavy duty ...

2. wall tile satu habuukk tak pasang ....

3. siling janji siap sume tukar, kuasaNya, masa dia tengah pasang plaster siling, dia tak buat finishing lagi .. so ternampak laa dia guna kekuda lama je yang dah kene makan anai anai .. dia cakap takk apaa ... kayu tu kaut lagi .. dah tak ada anai anai ... 

tup tap tup tap tup tap tup tap tup tap .... dia amik cina yang pasangkan table top nie ... upahhh ajaa akalu aku direct dngan cina nie .. RM 850 .. hahaha ... 

kalau aku kira balik dngan tile 2x2 rm 9.90, yang kene beli 15 keping, dah dekat rm 150 tile aja .. simen, simen gam, susu lagi dah dekat rm 70, dah jadi rm 220 + rm 850 upah = rm 1070 .. hahahahahha ... 

tapi aku kisah apa .. dia kata boleh buat , tapi tak dapat buat .. kalau ikot kawalan kualiti nie .. x dapat bayaran dah nie ... hahahah ... tapi sebab aku dah bayoorr awal rm 1500 .. bijak sangat .. haha  

so apa dia buat tile dan siling tu ajerr ... 

  
 nie hasil dia .. x de cantik sangat pun .. tapi apa boleh buat ??? terima jaakk laa ..
dek karna kuciewaaa ... maka dia diamkan ajaa ...sampai laa tahap bank dah lulus, loyer loan dah bergerak, maka ada aa sedikit dorongan .. lagi pun masa pasang tile table top tu, telinga (tempat masuk mangga) grill kene umpil sampai tercabut, dan gua susperkkk si penipu tu yang buat ... lantak laa dia .. huhhh ...

so bermulaa aa cari kedai tingkap aluminium yang murah dan cantik ... so pi aa kat kedai depan tecso ampang, sebelah perabot cempaka ..ada dua kedai melayu wat tingkap aloii nie ...

mula mula dulu, aku dah try tanya kat kedai melayu 1st, dia bagi rege tingkap rm 400 + upah pasang rm 150 = rm 550 (aloi putih / biasa) .. so ok laa ... kali kedua pi, dia dah cakap len .. rege tingkap rm 600 + upah pasang rm 200= rm 800 .. hahaha . pastu dia suh pi kedai 2nd kat sebelah dia je ...

pi kedai 2nd, bangla yang jaga .. pelagi .. teruisss tanya harga aloi MB gold untuk tingkap 4x6, dia cakap rm 550 siap pasang .... haaa apa lagi .. lagi mau tunggguu ????? balonnnnnnnnnnn ............ tingkap settled ...

kebetulan dia ada wat pagorr .. tanya aa grill baper ??? dia cakap rm 350 .. hahahah ... apa lagi .. bantaii gak yang  nie ... 

** tapi untuk grill kat rawang ada murah lagi .. tapi x tau secara detail ;p

maka tingkap dapur dah dapat, dapat plak rezeki tambah grill pintu depan ... so pada 16.3.13 depa mai pasang grilll depan nie dengan sliding window kat dapur ..
  
 maka nya ... ini lah dia ... mula mula dia cakap frame grill nie petak, pastu dah siap dia mintak tambah sebab buat melengkung payah ... 
 pe lagi .. hampokkk sekali .. diam laa bangla nie .. hahahah .. x boleh bagi muka sangat ...

in progress ... (tukang nie sangat baik dan tekun)

dari sudut ...

 dari dopan ..

haa ... siap tingkap dan grill . sebab ada PAKAR KONSULTASI yang beri khidmat naseehat bagai ... maka tenaga duit masa dan kepakaran sendiri je laa digunakan bagi memutihkan yang hitam ....

so a day after dah ada grill dan sliding window ... maka mengerah lemak bermula ... 17.3.13 ... undercoat dan cat pagorrr ...

 undercoat ...

 khidmat pakar dikerah sepenuhnya ...

 hasil grill utama ..

 hasil depan umah .

 hasil luar umah .. masa nie dah lapoo .. hahhaha ... buat pun men men

last kopekkk untuk dapur make over .. wall tile ..beli tile sendiri , pastu upah tukang yang mula mulaaaa tu yang amik rm 2500 tu named wak suhar ... 

17.3.13 jumpa suhar 830 pagi kat umah bincang2 ... hari yang sama cat cat tu .... tile + simen + simen gam sume dah dah siap beli .. siap dela dia kata dah ada orang dia call ...

upah pasang dia amik rm 90 sehari , tapi time bayor bagi rm 200 .. sebab dia beli susu simen .. so deal yang sangat baik .. tengah ngecatt dalam kol 1030 pagi, suhar call .. cakap nak start 17.3.13 .. hahahah ... tapi sebba dah lapooo nak pi makan .. cakap je dah balik .. so 19.3.13 dia masuk ...

janji dua hari .. wak nur nie buat sorang, sehari siap .. hahahah .. early pagi dia datang ... kol 1130 malam dia balik .. aku tak tunggu aa .. suhar jaga dia buat keje ..

 nie wak nur, kawan suhar ...

keje kemas, bersih, cantik, puas hati ..

 kat silidng ...

 
 view besoo skit .. sampai bawah table top pun tile ..
 memang sakit pigggangg aaa oiii kalau eden buekk ...

 

 haa nie .. putunggg skit ... mintak sampai tepi pintu tile .. tapi tak ...  ayoo .. tak pe .. akan kerah suhar siapkan gak tepi tu .. hehehe :)



kisah di tipu dalam post nie adalah tipu dari orang melayu ... 

bangla, indon tidak (tak tau aa kalau yang tak nampak), malah kerjanya tekun gigih cermat cantik dan kemas. ditegur boleh, kemudian di betolkan segera ..

bukan mahu membangga bangsa lain di tanah emas ini, tapi kecewa mencengkam hati .. apa mahu jadi bangsa ini ??? masih ramai bersorak gadai menahan maruah bangsa melayu .... tapi sayang .. ISLAM tiada dijaga jua ...

** ada kisah kat atas nie yanh dah di tulis dengan lebih detail dalam post sebelum ini ... hehehheeh .... 

jadi untuk penipuan 2nd, bahan bukti sedang dikumpol .. hehehehe ...

tiada apa yang sempurna dicipta manusia ... ferrari pun ada cela apa lagi proton ... aahhahahahahah ... 

tapi jika percaya dengan segala kuasaNya .. datanglah apa jua, tiada kurang rasa ...

semuga kita terus dan tetap hati dalam membantu agamaNya .. sentum ..

zzzzzzzzzzzzzzz..............................23.5.13 ... setahun :) 

part II untuk post nie dah keluar :)