salam dan selamat pagi kepada semua ..
deretan perkara yang berlaku sepanjang minggu .. ust shahril long, ust ismail kamus, UAI, IM asyraf, ust syed norsham, ust hasrizal, TG haji hadi ...
bertemu muka dan mendengar kata mereka yang hebat ini membuka ruang di kepala agar berfikir secaralebih kritis dalam alam yang tidak lama nie ..
apa erti syukur, isu kawen muda, israk mikraj, hidup dengan syariat islam,analogi manusia dalam quran, dan surah fatihah ..
dengan keadaan sosial yang amat membmbangkan , melihat sendiri masalah remaja di sekeliling (dah hidup pun hampir hari2 berhadapan dengan remaja yang mencari identiti) .. kealpaan memasukkan agama ke dalam jiwa anak anak, sibuk teralampau mencari duit (ayah pi misi pengaman kat sudan, mak pi indon bisnes, anak kene buang tak de sape tau ) dan beberapa isu lain dalam dunia kuala lumpur ...
terdetik di hati untuk berkongsi hasil pemikiran orang2 hebat lagi berjaya dalam agama .. (dah layak jadi mufti kot dorang nie kerana jarang melihat keputusan mereka ini bias kepada parti )
meneliti dengan setiap ayat dah hujah bernas..selamat berilmu dalam isu haji dan pilihanraya :)
Oleh
Multaqa Asatizah & Du’at (MURSHID)
Kami, selaku pendakwah dan asatizah telah dan
kerap ditanya berkenaan isu mengadakan pilihanraya sewaktu musim haji.
Justeru itu, sebagai respon kepada pertanyaan tersebut, pihak Multaqa
Asatizah & Duat (MURSHID) dalam mesyuarat yang lalu berpendapat
seperti berikut :-
Di dalam system demokrasi, pilihanraya dan
proses pengundian adalah ibarat suatu mahkamah besar bagi memilih siapa
yang lebih layak diberikan amanah memerintah, maka sewaktu sistem
demokrasi dijadikan panduan dan diterima oleh majoriti rakyat, tugas
terbesar kerajaan melalui Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) adalah
memastikan semaksima mungkin penyertaan rakyat dalam pilihanraya,
justeru kempen untuk pendaftaran pengundi mestilah dipertingkatkan
kecanggihannya dan dipermudah di seluruh tanahair. Rakyat Malaysia
selaku pengundi layak yang berada di luar negara perlu di jamin hak
mereka agar boleh mengundi melalui kaedah yang berkesan lagi dipercayai.
Kami juga bersepakat bahawa Pilihanraya dan proses pengundian TIDAK BOLEH atau HARAM dilaksanakan sewaktu musim perayaan dan ibadah umat Islam khususnya musim haji yang mana berpuluh ribu pengundi dan petugas haji sedang berada di luar Negara.
Sekiranya pilihanraya tetap dilakukan di musim haji, itu merupakan suatu pengkhianatan terhadap amanah dan sistem pemilihan. Ini adalah kerana proses pengundi adalah suatu proses KESAKSIAN.

Firman Allah :
(وأشهدوا ذوى عدل منكم ..(الطلاق: 2
Mafhum : “Bersaksilah dengan mereka yang adil dari kalangan kamu”( At-Talaq: 2)
Juga Firman Allah :
وَلاَ يَأْبَ الشُّهَدَاء إِذَا مَا دُعُوا
Ertinya : Janganlah saksi-saksi itu enggan (memberi keterangan) apabila mereka dipanggil ( Al-Baqarah : 282)
Dalil-dalil di atas menunjukkan, apabila kita berada di dalam suatu
situasi atau keadaan sistem yang memerlukan mereka yang bermaklumat
memberi kesaksian demi memberikan keputusan demi keadilan, mereka adalah
dikira sebagai saksi yang diharamkan untuk menolak dari memberikan
keterangan dan kesaksian.
Dalam konteks pilihanraya, rakyat sebenarnya bertindak sebagai SAKSI sama ada untuk menyokong atau menolak mana-mana calon yang bertanding. Justeru, SEKIRANYA pihak berkuasa memutuskan pilihanraya akan dijalankan pada musim haji, ia adalah suatu tindakan yang akan menghalang rakyat dari keluar menunaikan tanggungjawab mengundi.

Jika seorang saksi TIDAK DIBENARKAN
untuk menolak tanggungjawab memberi kesaksian, maka tentunya DIHARAMKAN
juga bagi pihak ketiga untuk menghalang saksi dari memberikan kesaksian
seperti sengaja mengadakan sesi perbicaraan ketika saksi berada di luar
negara.
Justeru, setiap individu yang mempunyai hak dan berkelayakan memberikan kesaksian samada di mahkamah, termasuk kesaksian dalam bentuk mengundi sewaktu pilihanraya, tidak dibolehkan untuk sengaja menyembunyikan kesaksian atau dinafikan hak dan ruang memberi kesaksian termasuk oleh pihak berkuasa sekalipun.

Firman Allah Ta'ala :
وَلَا تَكْتُمُوا الشَّهَادَةَ وَمَنْ يَكْتُمْهَا فَإِنَّهُ آثِمٌ قَلْبُهُ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ
"Maka janganlah kamu (wahai orang-orang yang menjadi saksi) menyembunyikan perkara yang dipersaksikan itu dan sesiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya dia adalah orang yang berdosa hatinya dan (ingatlah), Allah sentiasa Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." (Al-Baqarah :283)

Akhirnya, kami menyeru pihak
berkuasa agar teguh menjalankan amanah yang terbaik buat rakyat bagi
mereka menjalankan tugas dan amanah selaku pengundi yang perlu memberi
penyaksian parti dan calon yang dipercayainya. Kami yakin, pihak
berkuasa tentunya bijak dalam memutuskan keputusan dalam hal ini.
Sekian dari kami,
1. Dr. Zaharuddin Abd Rahman (Pengerusi)
2. Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
3. Dr. Zahazan Mohamed
4. Dr. Maszlee Malek
5. Dr. Abd Basit Abd Rahman
6. Dr. Ahmad Wifaq Mokhtar
7. Dr. Khairuddin Aman Razali
8. Dr. Sukki Othman
9. Ustaz Roslan Mohammad
10. Ustaz Zamri Zainuldin
11. Ustaz Mohd Nidzam Abd Kadir
12. Ustaz Imam Muda Asyraf Ridzuan
13. Ustaz Izhar Ariff Mohd Kashim
14. Ustaz Aizam Mas’ud
15. Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman
16. Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil
17. Ustaz Syed Mohamad Nurhisham Tuan Padang
18. Ustaz Ramadan Fitri Elias
19. Ustaaz Abdullah Bukhari Abd Rahim
20. Xifu Naseer Abd Rahman

No comments:
Post a Comment