keluhan rintihan rungutan dan sungutan berlegar di minda, sangat kerap berlaku perkara ini jika di imbau ke belakang masa lalu diri :)
tidak kurang juga jika dikata gembira ceria suka gelak tawa dan gurau senda bermain warna sepanjang 2012 .. banyak saja perkara yang berlaku .. sedar atau tidak masa semakin laju ...
pernah sekali itu, senior UPSI cakap .. itu tanda kiamat .. sebenarnya memang tanda kiamat adalah masa semakin singkat :)
tidak silap .. dr haron din pernah cakap, sehari pada ALLAH sama dengan 1000 tahun manusia di bumi ..
baginda SAW pernah mengumpamakan kiamat yang hampir ibarat beza jari tengah dan jari manis ...
masa terus berlalu tanpa menghirau apa yang manusia mahu lakukan .. ada yang berpuas hati dengan apa di kecapi, ada duka meronggeng di tepi jalan merai duka di jiwa, ada berpsat ke pagi tanda suka dan merai kejayaan .. pelbagai fiil manusia ...
manusia di kawal oleh diri sendiri .. maka lakukan sesuatu yang bermanfaat supaya mana apa dilakukan menjadi bekal untuk ke syurga :)
tidak banyak mahu dikatakan, cuma ayuh menjadi yang terbaik untuk diri, keluarga, dan agama ..
semuga semua umat islam mendapat rahmat dan berkat dari ALLAH ...
selamat tahun baru ..
senyum
No comments:
Post a Comment