Tuesday, February 26, 2013

racist bangsa bahasa agama negara patriotisme gembira


assalamu ' alaikum ... salam satu malasya


kepingin bangat mahu cerita in tentang racist :)

tempoh hari sebelom cuti raya cina, ada invitation dari JPN untuk dengar speech dari mahathir ...

sebelom tu awal bulan satu ada invitation gak ,  tapi nie GGM1 ...  yang kompom kompom politik BN ... hahahah ... hantaq surat melalui JPN , pastu arah guru muda pi berkumpol sambut TPm .. pastu kuar paper kata tpm disambut bagai raja membuka kota ... gilew ....

paling brengsek bila kene jadi ketua rombongan .. hahahahah ... maka segala kepakaran dan ilmu kebal yang ada digunakan .. hahahah ... cikgu sekolah sebelah call tanya ...

encek kacak,  esok berkumpol dimana ya ?

maka jawab si kacak dengan sopan santun " buat apa tanya saya"

drama lawak ini adalah antara perkara brengsek yang berlaku semasa nak kumpol dan sambut tpm bagai sultan kapal yang berjaya keliling dunia pakai kapal kertas ...

terasa akal yang ada tidak diberi peluang berkembang dan diasuh menjadi lembu :)

namun ...

jemputan ke LPP mendengar speech dari mahathir, sedikit berbeza ... hati lebih terbuka dan lebih rela mahu mendengar .. sesampai disana, ada saja golongan pembangkang yang sibuk berbunyi bunyi macam suara ....


aku adalah aku ... aku tetap aku .... aku kekal aku .... be yourself ;p

ok ok ... cam biasa laa ... banyak topik yang keluar .. macam macam idea yang BERNAS baik kononnya sambil menunggu di lobi pejabat mahu menyambut mahatir .. aku pun sekali aa dengan depa nie :)

pastu urusetia suh sume yang berkumpol masuk ke dalam ruang dewan .. sume masuk .. aku sorang sorang dengan macam alasan tetap ada kat lobi .. hahahaah ...

kepingin mahu melihat wajah manusia kerepot yang pernah jadi PM ...
  dan berjaya ..... tak tahu laa tengok muka mahadir nie dapat pahala ke tak .. tapi setahu aku tengok muka alim ulama baru dapat pahala .. tah .. tak pe .. nak tahu pi tanya tok guru memasing .. 

hajat masa mula majlis adalah melangkah kaki pulang dan berehat .. tapi ............................ (sebab tu berbesar hati nak pi LPP dengan speech maahdir .. haahaha)

tapi simpan sat hajat tu dan duduk dengar mahadir cakap ... bla bla bla .. dah dekat sejam dengaq mahadir cakap baru aku sedar aku tak balik lagi ...

yepp .. memang mahadir cakap hebat .. based on experience jadi pm .. macam macam .. soal jawab yang baik .. jawapan yang baik even aku tetap bangkang dia pasal hudud yang mahadir cakap hari tu ...

dan berbalik kepada awal dan tajuk asal ... mahadir adalah orang yang bijak dan teliti dalam kerja .. segala onar dan pekung dijaga dengan baik walaupun ada yang terbocor skit ...


serangan peribadi tentang asal usul, siapa mahadir, mahadir kutty .. mahadir kerala ... aku tak setuju .. 

antara perikan menarik yang aku jumpa tentang racist .....

Ini ialah cara sesetengah blogger ataupun ahli2 PR melontarkan komen. Asal setiap dari kita adalah dari ADAM a.s

Walau apa pun kesalahan yang Mahathir lakukan, kepada Mahathir la kita sandarkan kesalahan tersebut.

Jangan sentuh dan heret hal peribadi bapa dia yang mungkin dah arwah. **Maaf aku kurang faham mengenai salasilah Mahathir

Nama Mahathir ialah Mahathir bin Mohammed. Nama bapa dia ialah Iskandar Kutti? Kat situ je dah wujud clash. Dan sejak bila kita di ajar untuk menentang kejahatan2 yang dia lakukan, kita kena serang ahli keluarga seseorang pemimpin itu?

Dan beginila cara korang mendapatkan sokongan?

Dan selepas itu statekan pendirian kami ialah pejuang rakyat.

Dan selepas itu berbangga2an berbanding dengan UMNO, kami la terbaik?

Dan lebih parah, sanggup serang mereka2 yang melontarkan hujah secara sembunyi2?

Manusia tak nampak, Allah swt nampak.

Kita sokong pihak bermasalah, untuk gantikan pihak yang bermasalah, tidak akan pernah menyelesaikan masalah.

Apabila kita sokong benda betul, cara untuk bawakan sokongan juga perlu betul.

Walaupun kita suka bergurau, tetapi perlu ada had dan sempadan.

Kalau inilah cara yang ditonjolkan, jangan pernah panggil penyokong umno pencacai. Amek cermin, tengok muka sendiri sambil lafazkan kata2 tersebut. Anda akan sedar, betapa sucinya anda ketika itu. Percayalah.
 

sumber : https://www.facebook.com/AmenoWorldOfficial

menjadi racist adalah meletakkan diri anda dalam kebodohan dan menyekat akal berfikir dengan lebih jauh ...


islam tidak mengajar manusia membangga dengan bangsa ... arab dan melayu tiada beza nilai tambah dan mulianya ..

dan dan dan .............


atok dan nenek sebelah ayah aku adalah dari pakistan ... pure pure pure pakistan ok .. makan capati berdulang tangan ... makan capatu kuah bohh dlam pastu gulong gulong makan ... setaill pebret aku kalau makan capati ... 

dan keluarga bapak aku menetap di rahang, seremban, negeri sembilan , malaysia .... pakcik makcik aku still ad kat situ kat taman dusun nyiur ....

 oiiiiiiii melalut apa ie .. ang nak citer pe gemokk oii .... ok ok ...

sebenaqnya simple je .. bangsa melayu yang ada kat malaysia nie secara rasminya adalah melayu ... tapi kalau disuluh suluh dan di mikroskopkan melayu sume nie sampai ke dalam darah mereka, maka melayu yang ada adalah melayu campur ..


ada campur iran, pakistan,, indonesia, india cina, patani, siam, filipin, singapore, bangla, arab, mekah, madinah, europe ... ya bercampur aduk ...

macam makan nasi kandar yang sedap, makan pasemboq padang kota yang mahal, makan laksa yang masam, macam makan yongtaufu yang melayu buat ... bercampur dan aduk sesedap rasa ... maka jadilah manusa bernama melayu ...

mulia dan eloknya melayu tetap ada cacat juga cela ... bukan menghina caci maki dusta nista . tapi beringat ...

mulia manusia bukan pada bangsa ... tiada bangunan yang belambak jika kepakaran hebat dan menakjubkan ada dari atas paper tapi tiada tukang bina .. maka indon bangla ini adalah antara  tonggak kemajuan negara .. hahahaha ...

terimalah realiti :)

sayang malaysia bukan bermakna menghina yang telah membantu membangun malaysia ...

semuga kita semua berada dibawah lindunganNya dalam apa jua tindak dan tingkah laku, pemikira, dan perasaan ..

semuga dipermudah segala urusan... semuga berjaya dunia akhirat ..

semuga berjumpa lagi ... semuga ISLAM tertegak di malaysia :)

senyum ...   

No comments:

Post a Comment