Saturday, July 6, 2013

segala syukur dengan berita gembira, dan sunnah :)

Assalamu a'laikum ...

segala puji kepadaNya yang selayaknya dipuji, dan segala syukur dan gembira adalah nikmat besar antara nikmat nikmat besar yang lain ... diberi peluang menambah amal bakti di dunia sebagai bekalan di sana :)

manusia .... wujud dan terjadinya dari suatu yang jauh dari keupayaan manusia menciptanya .. maka yang MAHA PENCIPTA tiada perlu pertolongan siapa untuk menjadikannya. telah pun cabar manusia mencipta nyamuk, namun tiada daya walau segala usaha dicurah sepenuhnya untuk mencipta nyamuk :)
Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 26, bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak malu menunjukkan perbandingan apa saja, seperti lalat atau nyamuk hingga ke sesuatu yang lebih kecil daripada itu (kuman), iaitu kalau orang-orang yang beriman, maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar-benar dari Tuhan mereka (untuk difikirkan maksudnya), dan kalau orang-orang kafir pula, maka mereka akan berkata: Apakah maksud Allah membuat perbandingan dengan benda-benda ini?"
Dalam kenyataan firman Allah di atas itu dapatlah kita fahami walaupun sekadar berupa seekor lalat atau nyamuk ditunjukkan Allah kepada manusia sebagai perbandingan, namun tidak seorang pun manusia yang mampu menciptakan seperti seekor lalat atau nyamuk, walaupun manusia telah begitu maju dalam pelbagai ciptaan sains dan teknologi. - http://rakanseusaha.blogspot.com/2011/05/allah-maha-berkuasa-makhluk-tak.html

nah cukup sekadar itu cabaran itu ... semuga ayat itu menambah iman dan taqwa kita kepadaNya ..

rasa syukur dan gembira keluarga ISHAK bertambah dengan direzekikan olehNya akan seorang lagi cucu sahak .. hehehe ...

nama : SYED HASSAN NURUDDIN BIN SYED MOHD AKRAM
tarikh lahir : 7 syabaan 1434 / 16 jun 2013
tempat : PUSRAWI .. 
gambar tak de .. anak retis .. hehehehe
dah anak pertama, maka kekalutan lebih skit .. hahaha ... anak kedua nanti steady aa skit .. hopefully :)

ok ok .. dengan rasa gembira ini maka akan dikongsi beberapa sunnah dan keutamaan kepada bayi yang menjadi tanggungjawab ayah dan ibu .. nie cedok cedok skit kat blog blog .. cadang nak tulis . sekali jumpa dah :)

1. AZAN, DAN IQAMAT

pengalaman yang segar bugar semuga tiada pudar adalah azan dan qamatkan hassan .. menurut penglipur lara orang orang tua kat umat tu, biasa lepas baby keluar, nurse akan ambil mandi balut siap bedung then only bagi kat bapak azan.. tapi kat PUSRAWI ... lepas je keluar melihat dunia, diserah terus FRESH FRESH kepada ayah ... hahahahahha ... cuak tak cuak .. cuak bukan geli tapi risau .. lembuttt sungguhh ... badang cam ada lumpur kelabu.. doktor habibah cakap tu penyerap haba dalam perot .. hoho .. tak de pikiorrr nak keluar kameraa snap .. hahaha ... azan azan terus bagi kat ibunya ;p 


Nabi s.a.w mengambil berat tentang bayi yang baru lahir dari rahim ibunya dengan mengalunkan azan ke telinganya supaya sejak lahir lagi bayi tersebut didendangkan dengan Zikrullah & ia menjadi pelindungnya daripada syaitan yang direjam.
   Dalilnya ialah hadis Nabi s.a.w.: Dari Abu Rafi’, katanya: Aku melihat Rasulullah s.a.w. mengumandangkan azan di telinga al-Hasan bin Ali ketika ibunya (Fatimah) melahirkannya. (HR Abu Daud & At-Tarmizi).

Dari al-Hasan bin Ali dari Rasulullah s.a.w., baginda bersabda: Barangsiapa yang anaknya baru dilahirkan, kemudian dia mengumandangkan azan ke telinga kanannya dan iqamat di telinga kirinya, maka anak yang baru lahir itu tidak akan terkena bahaya `ummu shibyan’.(sejenis syaitan yang dikhaskan untuk menganggu bayi yang baru lahir). 

2. TAHNIK
rasa cam pernah terbaca, tahnik nie hari ketujuh, tapi tadi jumpa hadis kat bawah nie .. dan ada infografik yang tulis hari 1st .. anyway .. hassan selamat ditahnik .. as usual, nak dapat baby nie mesti ada borak borak .. so ada sorang ustaz kat sekolah tu cakap..elok bagi 7 orang TUAN GURU tahnik kan baby nie .. seorang memadai :)
tapi zaman nie bukan cam dulu .. payah nak jumpa TOK GURU .. skrang nie TOK GURU ramai dan jadual dekat dekat je dengan kita ... maka diusaha yang terbaik supaya semuga KEBERKATAN yang ada pada mereka diturun dan tumpang kepada nak ini .. kata orang doakan semuga menjadi anak yang soleh beriman bertaqwa berilmu dan beramal :)

Diriwayatkan oleh Aishah bahawa bayi yang baru lahir biasanya akan dibawa kepada Nabi s.a.w. Bayi bapa tersebut akan membawanya kepada Nabi s.a.w sebelum disusukan oleh ibunya supaya nabi boleh mentahnikannya dan memberkatinya.

Hadis Rasulullah s.a.w. dari Abu Burdah, dari Abu Musa r.a., katanya: Aku telah dikurniakan seorang anak. Lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. dan baginda menamakannya dengan Ibrahim, men`tahnik’nya dengan kurma serta mendoakannya dengan keberkatan. Kemudia baginda s.a.w. menyerahkannya kembali kepadaku. (HR Bukhari & Muslim)


tiga yang pertama ..

3. TASMIAH


Tasmiah bermaksud menamakan bayi. anak moden skang nie .. bulan ke 7 mengandung dah scan, then dah tahu jantina bayi, then sibukkk laa mencari nama .. aku pun sama :)  tapi elok bincang dengan isteri nama anak nie .. mujur orang umah den stuju .. hahaha .... pulak masa tu baru sudah habiskan novel HASSAN AL BANNA, teringat kat kisah yangust ismail kamus citer tentang HASSAN AL BASRI, pastu sibling TG HARON DIN iaitu HASSAN DIN ... maka HASSAN dipilih .. maksud pun baik :)

Waktu memberi nama: Berdasarkan hadis-hadis Rasulullah s.a.w., ada yang menunjukkan pada hari pertama kelahirannya. Ini berdasarkan hadis riwayat Muslim dari Sulaiman bin al-Mughirah dari Thabit dari Anas r.a., katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: Malam tadi telah lahir seorang anakku. Kemudian aku menamakannya dengan Ibrahim.

Ada juga hadis yang menunjukan pada hari ketujuh berdasarkan riwayat Samirah, katanya Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Setiap anak itu digadaikan dengan aqiqahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuhnya, diberi nama dan dicukur kepalanya. (HR Ashabus Sunan)

Nabi s.a.w bersabda bahawa “namakan mereka (bayi) dengan nama para nabi & sebaik-baik nama ialah Abdullah dan Abdul Rahman. Semolek-moleknya ialah Haris dan Hamam. Manakala seburuk-buruknya ialah Harb dan Murrah.”

Dari Abu Darda’ r.a., bersabda Rasulullah s.a.w.: Sesungguhnya pada hari kiamat nanti kamu akan dipanggil dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu. Oleh itu, berilah nama yang baik untuk kamu. (HR Abu Daud)


4. TAHLIQ & MENDERMA SEBERAT RAMBUT BAYI



tahliq iaitu sunnah mencukur kepala bayi. Disunatkan pada hari ke-7 kelahiran bayi untuk dicukur kepalanya sehingga habis. yang nie tak sempat buat hari ke tujuh sebaba pi tahnik pagi tu .. balik ptg dah.. so cukur buat hari ke 8 ... mmmm...kemudian beri menderma berdasarkan berat rambut bayi iaitu dengan menimbang rambut yang dicukur itu, mendermakan perak dengan timbangan tersebut. Ulamak menyatakan jika hendak didermakan dalam bentuk emas maka ia lebih baik untuk muslimin dan fakir miskin.

terasa mahu cerita pula pasal adat melayu ini .. hahah .. adat cukur jambul katanya yang melayu ini.. maka setelah cukur hassan secara total, maka dikongsi cerita susahnya rumit dan sedikit payah membotakan bayi dengan rakan sekerja ... di gelak pula dengan kata 


" ehh akram, mana ada orang botakkan kepala anak sebelom masjlis cukur jambul "

hebat tak hebat ilmu melayu .. maka diam lebih baik .. senyum dan sambung makan .. :) cakap banyak kang dikata sekolahkan orang tua pula ..


Faedahnya cukur nie sangat banyak dan, ustaz kat sekolah cakap antaranya menghindar dari penyaki kulit ..
 
Dari Ja’far bin Muhamad dari ayahnya, dia berkata: Fatimah r.a. telah menimbang rambut kepala Hasan, Husin, Zainab dan Ummu Kalsom. Lalu dia menyedekahkan perak seberat timbangan rambut berkenaan. (HR Imam Malik)
 Yahya bin Bakir meriwayatkan dari Anas bin Malik r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. telah menyuruh agar dicukur kepala al-Hasan dan al-Husin pada hari ketujuh dari kelahiran mereka. Lalu dicukur kepala mereka, dan baginda menyedekahkan perak seberat timbangan rambut berkenaan.
berambut ke licin :)
yang akan di timbang kemudian diderma ...
 
 5. AQIQAH

kambeng is too expensive man .. eheheheh ... sekor dapat rm 700 / 15 kg bersih .. tapi antara mahal dengan sunnah ????? pusing pusing, jumpa laa kat gombak .. layan ..kambeng sudah ditempah, tengah gemokkan kambeng tu kat kandang ... ada rezeki jumaat nie sembelih :)

Aqiqah adalah amalan menyembelih 2 ekor kambing untuk anak lelaki dan seekor kambing untuk anak perempuan.

Samirah, katanya Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Setiap anak itu digadaikan dengan aqiqahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuhnya, diberi nama dan dicukur kepalanya. (HR Ashabus Sunan)
ori dari ladang ... tapi dah tukar kambeng farel :)
ok ... selesai sudah berkongsi sedikit perasaan ini .. semuga semua kita terus berusaha kearah lebih baik dan maju dalam agama .. 
ok siap siap makan .. heheh ... 
kesmepatan ini .. selamat menyambut RAMADHAN mulia sebaik dan sebaiknya ... semuga berjaya peroleh ganjaranNya di bulan mulia ... korban sedikit dunia demi dunia yang kekal nanti .. 
take care .. senyum .. salam :)



No comments:

Post a Comment