Thursday, February 20, 2014

harta terlebih

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh .. salam sejahtera .. 

muga semua yang sudi membaca berada dalam keadaan sehat lagi berkat :) 


desakan himpitan kekangan masa yang menerjah ..

letih penat lelah bercampur menjadi rojak jiwa ...



melayan keyboard hari hari .. tapi nak menulis lintasan idea di kepala terasa berat ..


sungguh sekali berhenti menulis .. parah jadi tulisannya ..




harta ... banyak kesan buat manusia .. banyak juga pembahagiannya .. ada yang memandang harta itu wang duit rumah kereta ..

apa pun pandnagan manusia terhadap harta ...  paling penting adalah


adakah harta itu akan membantu kita selepas mati ???


harta .. jika betul gunanya .. maka banyak dan besar manfaatnya ...

sudah terang lagi bersuluh ... akhir zaman ini, kita perlu lebih peka dengan tuntutan dan ajaran islam .. quran hadis perlu diutama :)

jadi dalam soal bab harta nie .. ada banyak snagat hadis yang boleh kita faham dan guna untuk diri kita ... 

ok . mari kita menyelam hadis harta nie :)


Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w.

 bersabda: "


Apabila seorang manusia mati, putuslah 

( tulisan pahala) amalan (setakat itu) 

Kecuali tiga perkara 

(yang akanberlanjutan tulisan pahalanya) 

iaitu sedekah jariah atau 

ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau

anak yang soleh yang berdoa untuknya."



(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)


nah ... jika ditanya mana lebih baik sama ada kereta besar atau syurga .. pasti dan pasti manusia normal dan waras mahu akan syurga ... 

maka denga itu, gunalah harta yang ada dengan baik .. jika hartanya itu duit yang bertambun, maka sedekahlah ...

jika hartanya adlaah ilmu yang menggunung, maka ajarkanlah kepada yang lain ...

jika ada anaknya ... maka didiklah anak dengan didikan agama yang jitu kental padu padat mampat mapan faqeh bijak arif supaya mana anak itu menjadi anak yang soleh lagi banyak amal .. 

semua ini bukan benda mainan seperti x box ps4 pc black shot dll ...

jika kepingin benar kesenangan dan keseronokkan dunia kekal abadi nanti, penuhkanlah diri dengan amal yang baik ... 

jadikan anak sebagai benih yang menjadi pokok besar yang mana bukan sahaja menjadi teduhan burung dan manusia dari hujan panas, bukan sahaja pokok yang bisa mengeluarkan buah yang harum manis lagi sedap, tetapi juga pokok yang memberi keuntungan buat sekelian mahkluk :)

menulis itu mudah dan terlalu mudah sangat mudah menulis ... ditambah pula dengan modal air liur yang meleleh ... masa berpeluk tubuh tinggalkan ... ayuhh ke hadapan membina masyarakat yang baik baik :)

bakal menempuh tahun tahun yang ketat dengan masa yang ketat dengan kelapangan yang ketat ... ada anak baru tahu .. hahahah

habis muka bapak di cakar di gigit di cubit disaat bapa berdengkur keras melepas lelah... tapi bapak masih terasa manis dan menerima perlakuan itu dengan lucu hati .. melayan keletah kerenah bau masam ..

semua itu adalah bakal menjadi bahan sejarah ... maka nikmatilah masa yang ada dengan baik .. 

jadikan semua HARTA yang kita ada untuk kebaikan masa depan kita dan keluarga :)

Sebuah hadis Rasulullah saw yang bermaksud :


“Sesungguhnya Allah akan bertanya kepada setiap 

penanggungjawab akan tanggungjawabnya, 

apakah mereka telah memeliharanya 

atau mensia-siakannya.” 

(Riwayat Ibnu Hibban)



Didiklah anak-anak kenal Akhirat 

kenal HUKUM-HUKUM ALLAH 
kerana Anak-Anak adalah AMANAH 
bukannya HAK kita.


Mohonlah kepada Allah s.w.t tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan iman, dimatikan dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurgaNya dengan iman.

semuga semua dapat membulatkan hati kepada ALLAH swt ...  

senyum .. no tensen tensen .. do the best .. semuga berjumpa lagi :)

No comments:

Post a Comment