Saturday, March 20, 2010

P.....U........A....S......

salam...wahhh penat betul hari nie...pepagi lagi dah ada orang wat aku jadi marah..tapi kelako..dah mmg suka happy..kadang benda marah..aku gelak..haha...

kalau dapat benda yang diidam adalah benda yang paling best....kembang hati nie ooo....kalau anda semua perasan aa kan..ada latest book yang aku nak beli..

buku "Murabbi Cinta" siri ke-3 di dalam kategori Aku Terima Nikahnya..haha...cam dah nikah sangat je bunyi aku nie..minggu lepas pi ceramah pasal nikah...minggu nie pi cari buku tu plak..haha...nie balik kl nie kompom " bebudak wave" gelak..haha...tapi suka hati aku aa kan..hehe...tak tau nak tulis pe pun..tapi sangat happy...

pi kl nie pun plan nak beli buku tu..lepak2...tensen sangat aa dok kolej je..ngadap pc nie haa..kompom2 tgk proposal je kan..adoiii...dah sampai KLIBF nie..dapat aa aku beli beberapa buku untuk aku ... best baca buku nie kekadang..atpi bukan febret aku aa baca buku nie..hehe...

mmm...haa tak tau nak goreng pe dah kat sini..just nak share pe yang jadi kat KLIBF je aa kan.. sebelum tu nak t
anya skit...korang yang penah baca majalah ASUH..ala majalah budak2 yang best tu..dulu masa aku koje kat 7E..memalam aku telaah buku nie aa..haha...paling best part kartun setan goda manusia tu kan..korang tau kan sape tulis citer tu..pak cik bad..so masa jejalan kat pwtc tu..aku ternampak aa sorang pakcik nie kat booth galeri ilmu..so aku tgk muka dia cam kenal..aku belek belek buku ASUH nie..murah oo yang lama2 tu..boleh dapat 2rgt..layan...so ada aa pekerja tu suggest aku beli buku yang pasal katun setan tu kan..so tah camne terkuar soklan kat pekerja tu.. " abang yang pakai kopiah tu pelukis katun nie kan ??" ....haa ahh dia balas...so tetiba aku jadi sangat excited nak pi jumpa dia...nak amik gambo aa kan...suka tol aku jumpa orang camni...so pi aa cari kawan aku yang bawa camera..pastu nak cari pak cik bad nie..tup tup dia ada kat depan aku.haha..rezeki..pe lagi..kemahiran asas pun kuar aa..haha..lepas amik gambo..teroka2 skit..haha...best best..tapi banyak lagi yang aku lupa teroka..tapi still puas hati..dalam borak2 tu..dia cakap ust hasrizal akan datang hari nie..hahahahahaha....lagi aa aku bersemangat...sebab dalam blog dia, ust tu cakap dia nak datang sok (ahad 21 mac)..

bajet hari nie ngan esok memang nak pi KLIBF nie...hari nie pi nak dapatkan buku baru tu...sok (21 mac)pi nak dapatkan sign ust hasrizal..haha...so sebab ust tu datang gak..aku tnggu aa sampai dia sampai...huhu...berbaloi-baloi...dapat aa aku menempuh kenangan paling best week nie..haha...bagus bagus...so esok jumpa kekawan plak...lepak lepak..huhu...haaaaaaaa........

aku nak citer len aa..adoiii..masuk balik part pak cik bad tu..nak citer hasil penerokaan aku nie haa...camne boleh skip sampai dapat sign plak..adoiii.... ok ok....masa borak2 tu aku tanya aa cam2 kan...dah lama lama tu..tanya aa dia nie sebagai apa dah skang dalam board tu...pastu dia cakap...ala kecik2 je...aku teroka lagi ..hahahaha..dia borak besa je..tetiba datang a sorang mamat nie dengan muka cemas..

" abang bad..duit kecik dah habis laa...." bla bla bla........................................

dalam kepala aku..pe hal aa mamat nie ngadu kat pak cik bad nie kan..mesti dia orang penting..so sesi penerokaan bersambung...hahahaha...dia cakap dia pengarah grafik (lebih kuang nie aa)..aku nampak relax..tapi otak aku ligat mengatakan..adoiii bagus betul pak cik nie...mmg stailll aa....duit banyak..tapi maintain cool dan boleh gelak gelak dengan aku dan abu..haha...best tol...kaya dan tak berlagak..so motif aku tulis nie...

hidup nie tak payah aa nak belagak...citer nie lebih kuang yang mak cik kaya yang aku penah citer dalam post yang lepas..yang aku cakap mak cik tu cam penjual sayur je muka..tapi baekkk punyaa....suka sehh tgk orang camnie...bak kata orang " berisi" huhu...semuga kita semua menjadi seperti itu...ameeennn....

sebelum sesi penerokaan..amik gambo dlu..huhu
penulis yang sangat berbakat....dengan jejaka kacak..hahahaha.... (tak yah komen gambo nie)......

walaupun penat melayan karenah 2 orang adik yang aku bawa pi KLIBF nie...macam macam perangai..ada je aku rasa nak belasah sorang sorang..ada je masalah .....adoiii...tapi....dorang aa tempat aku susah senang (kat upsi nie aa..)..thanks...hehe.....dah dah..kang aku plak kene teroka..sebelum aku mula ngarot...bek aku bagi lagi 1 benda kat korang sume...

sape rasa diri dia ada bakat menulis novel or watever things yang boleh memberi manfaat...cari aa publisher mana2..suh publish pe yang korang tulis..kalau korang kenai hilal asyraf..baru bape umo dia...21 ke 22 tah...haa disamping menajamkan penulisan or pe2 yang berkaitan...itulis buku ni boleh dijadikan sumber pendapatan...semuga semua penulis buku yang berilmu mendapat redha-Nya...amiiiiinnn....

ok ok...take care to all.. semuga selamat dalam semua perkara...nite..salam :)
sinyommmmmm............ :)

Sunday, March 14, 2010

berok..

salam..lama benor tak menulis kat sini..wahhh sangat amat sangat rindu (tak ikut tatabahasa dah)....sorry aa kepada yang bukak blog nie pastu tgk benda lama je..sebab sume manusia suka perkara yang baru dan segar (bukan semua perkara baru best pun) ...

dalam kepala nie banyak je nak menulis..tapi sangat sibuk dengan proposal..dah lama sangat dalam kepala nie..idea pun melayang entah kemana...so lupa camtu je...so pagi nie ada peluang skit nak menulis, untuk berkongsi sebuah kisah yang sangat menarik. pagi nie nak pi ceramah munakahat...tu semangat lebih je..hahaha...umur dah 23 tahun kan (ayat seorang kawan aku..)...ok ok...citer nie Fazrina yang bagi.ingat citer lawak.sebab tajuk dia..dah mmg sangat jelekit dengan benda lawak nie..suka je kalau lawak kan...happy je..kepada semua hayati kesah ini...cerita ini agak panjang..mohn kesabaran kepada yang tak suka membaca..so enjoy it..


cikgu, murid, & berok


Jam lapan lima minit loceng berbunyi. Murid-murid berbaris di tengah padang menghadap tiang bendera yang sudah condong. Di puncaknya sehelai bendera lasam berbelit kaku. Sudah lama bendera itu tidak berkibar.

Lima minit murid-murid berbaris, tanpa seorangpun datang mengawas. Barisan-barisan itu bengkang bengkok macam ular kena bedal. Begitulah setiap hari. Mereka berbaris kerana di suruh. Untuk apa mereka tidak tahu. Dan tiang bendera bersama sehelai kain berjalur merah putih di depan mereka, ertinya haram mereka tidak tahu.

Sebentar kemudian barulah keluar seorang guru bercekak pinggang. Dia Cuma memerhatikan murid-murid itu dengan penuh jemu. Tiada satu tafsiran pun terhadap masa depan murid-murid. Dia Cuma makan gaji.

“Dengar sini semua!” Dia bersuara tapi kata-kata itu tenggelam dalam suara bising murid-murid. “Diam! Dengar sini semua” Cikgu Sunan meninggikan suaranya.

Murid-murid diam. Tapi barisan masih macam tadi juga. Bengkok.

“Sudah berapa kali saya pesan. Waktu rehat jangan dekat kereta. “Cikgu Sunan memberi amaran keras. Amaran yang selalu diucapnya.

Murid-murid menoleh ke belakang. Kereta Volkswagen menjadi tumpuan mereka. Kura-kura patah kaki, kata sesetengah murid.

Murid-murid yang diam itu sering benar mendengar amaran seperti itu. Amaran-amaran seperti itu melebihi daripada Lagu Negaraku. Mereka lebih hormat kepada kereta Cikgu Sunan daripada bendera dan Lagu Negaraku. Pernah setahun dulu, dua tiga orang murid menyepak-nyepak bendera buruk yang gugur sendiri dari tiang.

Selesai Cikgu Sunan memberi amaran penting, murid-murid dibenarkan masuk ke darjah masing-masing. Dan Cikgu Sunan kembali ke bilik guru, langsung berbual-bual dengan guru-guru yang lain. Mereka bercakap-cakap pasal kereta. Pasal tangga gaji dan pasal perempuan.

Pukul lapan tiga puluh minit masing-masing masuk bertugas. Cikgu Sunan masuk ke dalam darjahnya, darjah lima. Ketua darjah melaung kuat suruh murid-murid bangun. Masing-masing bangun, tapi sama seperti berbaris tadi. Malas. Cikgu Sunan tidak ambil pusing hal itu.


Separuh masa sudah berlalu. Cikgu Sunan membuat soalan kira-kira yang lain. Tiba-tiba seorang murid masuk senyap-senyap dan duduk di bangku paling belakang. Dia terlewat datang. Cikgu Sunan sedar. Dia memerhati murid itu dengan pandangan tajam, sehingga mata murid itu tidak kuasa menentangnya.

Semakin lama Cikgu Sunan memerhati, murid itu mulai gelisah. Dia pura-pura mencari sesuatu di dalam mejanya. Menggaru-garu betis yang basah dengan air embun. “Alias! Mari sini!” Cikgu Sunan memanggil murid yang datang lambat itu dengan bengis.

Murid yang bernama Alias itu bangun lambat-lambat, kemudian melangkah perlahan-lahan ke
depan. Dia tahu, sebentar lagi dia pasti akan menerima habuan. Dan kawan-kawan yang lain pun sudah menduga yang Alias akan menerima habuan. Begitu selalunya.

“Berdiri di situ!” perintah Cikgu Sunan sambil jari tunjuknya menunjuk ke tepi meja tulis. Dia kembali menulis soalan-soalan di papan hitam. Alias berdiri di tepi meja dengan hati yang berdetap-detap. Bimbang. Takut. Gentar. Dia tidak dapat menduga apakah hukuman yang akan dijatuhkan oleh Cikgunya nanti akibat dia datang lambat.

Tapi kali ini dia bercadang, dia akan berterus terang saja. Dia akan bercakap benar walaupun tidak diterima oleh Cikgu Sunan.

“Mari dekat sini, Lias!” perintah Cikgu Sunan apabila dia selesai menulis soalan. Punggungnya yang lebar itu dihentak ke kerusi. Murid yang bernama Alias ini mendekat sedikit. Dia cuma memakai seluar dan baju tanpa dua biji butang bawah. Rambutnya tidak disikat. Berkaki ayam. Betisnya bercalar-calar diguris oleh duri lorong denai yang dilaluinya.

Cikgu Sunan memerhati dari atas ke bawah. Jijik sekali. Rupa bentuk dan pakaian muridnya ini sungguh-sungguh tidak berbeza sejak darjah empat dulu lagi. Alias tidak berani memanggung kepala apabila Cikgu Sunan memerhatinya tanpa berkata sepatah pun. Kaki kanannya menenyeh-nenyeh kaki kiri. Gatal. Jarinya memintal-mintal kaki seluarnya yang lusuh itu.


“Kenapa kau datang lambat?” Akhirnya Cikgu Sunan bersuara. Alias tidak menjawab. Dia tahu walau bagaimana benar sekalipun jawapannya, dia akan kena habuan juga. Dia tahu hukuman yang akan dijatuhkan kepadanya bukanlah berdasarkan sebab-sebab sama ada rumahnya jauh atau aral yang lain. Tapi kerana dia datang lambat.

“Hei beruk! Saya tanya kenapa kau datang lambat?” Cikgu Sunan hampir-hampir memekik.
Alias diam. Dia masih tunduk juga. Panggilan “beruk” kepadanya bukanlah sekali itu sahaja dan bukan sekadar cikgu Sunan seorang. Di sekolah dia sudah masyhur dengan panggilan “beruk” sebab dia membela seekor beruk.


“Pandang sini!” sergah Cikgu Sunan sambil mengangkat dagu Alias dengan pembaris panjang. Alias memanggung kepala. “Saya tanya kepada kau datang lambat?” Dengan suara tergagap-gagap bercampur takut, Alias menjawab, “Beruk… beruk saya putus rantai, cikgu!”.

“Haaa, kalau dah putus apa yang kau buat?”. Cikgu Sunan bertanya keras. Memang dia tidak pernah beri muka kepada murid-muridnya.
“Saya cari, cikgu!”.
“Dah jumpa?”.
Alias angguk. Tersenyum.
“Sebab itu kau datang lambat?”
Angguk juga.
”Kau lebih pentingkan beruk daripada sekolah ya? Sebab tu kau pun macam beruk”. Cikgu Sunan berleter. Muka Alias dipandang dengan jijik.

“Saya sayangkan beruk saya cikgu. Dia kawan baik saya!” kata Alias dengan jujur. Marah Cikgu Sunan naik meluap. Jawapan Alias itu sungguh menyakitkan hatinya. Dia menggaru-garu. Tubuh kurus Alias dipandangnya, bagai seekor semut.

“Kau nak main-mainkan saya, ya?” Cikgu Sunan menahan marah. Matanya bersinar-sinar.
“Tidak cikgu, saya…”

“Sudahlah!” Tiba-tiba Cikgu Sunan menempik, Serentak dengan itu satu penampar kuat hinggap di telinga kanan Alias. Alias terhuyung-hayang. Tapi tidak mengangis. Telinganya terasa bengang. Pendengarannya berdengung. Mukanya merah. Dengan langkah yang lesu dia kembali duduk di kerusi. Kawan-kawan diam membisu. Masing-masing menumpukan perhatian kepadanya.

“ Cuba kamu tengok beruk tu! Tak malu. Malas! Kamu semua jangan jadi beruk macam dia!” Cikgu Sunan bersyarah kepada murid-muridnya yang lain. Murid-muridnya diam membisu. Sekali-sekala mereka berpaling melihat Alias yang malang itu. Tapi pada Alias macam tidak ada apa-apa yang terjadi. Kalau tadi dia asyik tunduk, kali ini dia memanggung mukanya dan berwajah tenang. Begitu pun di kelopak matanya ada air yang bertakung.

Tiga hari sesudah itu Alias tidak datang ke sekolah. Daripada desas desus murid-murid yang lain, Cikgu Sunan mendapat tahu Alias sudah berhenti. Dengan tiba-tiba, dada Cikgu Sunan diserkup sayu. Sedih dan kasihan. Dia terasa macam ada suatu dosa yang telah dilakukannya terhadap Alias.

Beberapa ketika dia termenung. Dia tahu perbuatannya salah dari segi undang-undang. Tapi hari itu dia sungguh tidak tahan. Alias telah ponteng bukan sekali dua. Apabila ditanya cuma beruknya saja yang menjadi alasan. Mana hati tidak geram. Tapi apabila dia mendapat tahu bahawa Alias berhenti, perasaan hibanya tidak dapat dikawal lagi. Dia berasa tanggungjawabnya pula untuk menarik Alias supaya belajar semula hingga tamat. Dia menyesal.

Tengah hari itu Cikgu Sunan tidak terus pulang ke rumahnya. Selepas bertugas dia meminjam basikal seorang muridnya dan terus pergi ke rumah Alias yang terletak sejauh empat kilometer itu. Dia tidak memberitahu guru besar. Biarlah hal itu dia selesai sendiri. Untuk sampai ke rumah Alias, Cikgu Sunan terpaksa melalui lorong sempit yang boleh dikatakan denai. Di kiri kanan lorong itu banyak pokok “keman malu” dan senduduk. Berlopak-lopak. Tidak ada orang lalu-lalang.

Kampung tempat tinggal Alias sangat-sangat terpencil. Sekali-sekala terlintas juga di hati Cikgu Sunan, bahawa memang patut Alias tidak datang selalu ke sekolah. Kalau dia sendiri pun jadi Alias dia tentu tidak datang ke sekolah. Sekali lagi perasaan menyesal menumbuk di hatinya kerana perbuatannya itu tidak diselidik lebih dulu. Akhirnya sampai juga Cikgu Sunan. Dia terpaksa menyeberangi sebatang titi melintasi sebuah parit yang selebar tiga meter.

Alias tidak ada. Berkali-kali Cikgu Sunan memanggil, tapi senyap saja. Tiba-tiba seorang tua menjenguk dari lubang tingkap. Orang tua itu menjemput Cikgu Sunan naik. Cikgu Sunan menolak perlawaan itu, tapi berkali-kali pula orang tua itu menjemputnya. Akhirnya Cikgu Sunan mengalah apabila orang tua itu memberitahu yang dirinya lumpuh, tidak dapat turun.
Sekali lagi rasa sebak menyerang dada Cikgu Sunan. Rupa-rupanya kesulitan Alias berbagai-bagai jenis. Terasa mahu dikerat tangannya yang ganas itu.

“Alias ke mana mak cik?” tanya Cikgu Sunan.“Entah, dia turun dari rumah tadi pukul sepuluh. Katanya dia nak petik buah kelapa di hujung kampung”.
“Dia panjat pokok kelapa?”
“Takkk, dengan beruknya tulah. Itulah pencariannya sejak mak cik lumpuh,” terang ibu Alias dengan hiba. Di atas alang rumah itu terdapat buku-buku Alias. Dindingnya tembus di sana sini. Tidak ada apa yang boleh dinamakan perhiasan. Cuma satu cermin bulat sebesar tempurung jantan.

“Dah lama mak cik lumpuh?” tanyanya.“Dah hampir setahun,” terang orang tua itu lagi.Cikgu Sunan yang duduk di muka pintu sahaja itu mengangguk-angguk. Rasa simpati kepada Alias semakin tebal.

“Saya datang ni nak tau. Mengapa Alias tak ke sekolah lagi?”.
“Entahlah. Katanya dia tak sekolah lagi. Telinganya sakit”.
Cikgu Sunan termenung panjang. Wajahnya berkerut. Sedang dia termenung itu tiba-tiba dia melihat Alias pulang, beruknya di atas bahu. Alias membimbit dua biji kelapa.

“Haa, itu pun dia dah balik,” kata Cikgu Sunan dengan tersenyum. Orang tua itu menjengguk dari lubang tingkap. Dia menyambut kepulangan anaknya dengan pandangan mata saja. Lebih daripada itu dia tidak terdaya. “Begitulah kerjanya setiap hari sejak bapaknya meninggal,” kata orang tua itu dengan sedih.

Alias yang sudah hampir sampai ke rumahnya itu terhenti seketika apabila melihat ada orang di muka pintu rumahnya. Dia macam tidak percaya orang itu ialah Cikgu Sunan. Tapi apabila dia sudah pasti benar, segera dia melepaskan buah kelapa yang dipegangnya. Beruknya diletakkan ke tanah dan dia terus meluru mendapatkan Cikgu Sunan. Dia senyum girang. Bersalam tangan.
Beruk yang ditinggalkannya itu melompat-lompat. Berkereh-kereh bunyinya, kerana orang yang berada di muka pintu rumah tuannya itu belum pernah dilihatnya.

“Dia lama cikgu sampai ?” tanya Alias.“Baru sekejap,” jawab Cikgu Sunan.
Keramahan Alias sungguh mengejut Cikgu Sunan. Beruk yang ditinggalkan oleh Alias di halaman rumahnya itu melompat-melompat dengan suara garang. Alias menempik beberapa kali supaya diam, tapi beruk itu tetap melompat juga. Dia tidak kenal orang itu guru kepada tuannya.

Cikgu Sunan terpandang telinga kanan Alias. Telinga itu merah dan bengkak nampaknya. Dari lubangnya meleleh benda putih.“Dekat sini Alias,” kata Cikgu Sunan dengan lembut.

Alias mendengar kata-kata itu berlainan sekali dengan perintahnya semasa sekolah. Kata-kata itu macam, kata-kata orang yang menyayanginya. Dia mendekatkan kepalanya kepada Cikgu Sunan.

“Senget sedikit kepala kau”. Cikgu Sunan berkata lagi. Alias menyengetkan kepalanya. Cikgu Sunan memegang kepala Alias dan menekannya sedikit untuk memastikan telinga Alias yang sakit itu. Tapi dengan tiba-tiba beruk yang sedang marah-marah dan melompat-lompat di halaman tadi, melompat naik lalu menggigit tangan Cikgu Sunan. Beruk itu menyangka orang itu akan menyakiti tuannya.Cikgu Sunan mengadu sakit. Tangannya berdarah. Beruk masih bergelut. Suasana menjadi kelam-kabut. Alias menempik beberapa kali supaya beruk berlalu. Tapi tempiknya tidak diendahkan oleh beruknya. Beruk itu terus menyerang Cikgu Sunan. Demi untuk menyelamatkan Cikgu Sunan, Alias mencapai sebatang lembing yang digunakan untuk menghimpun buah-buah kelapa, lalu dengan sekuat-kuat hatinya dia meradak lembing itu ke perut beruknya. Cuma itulah saja yang boleh menyelamatkan gurunya.

Beruk yang garang itu menjadi lemah. Terlentang di atas lantai. Sebelum menghembus nafasnya yang terakhir, mata hitamnya memandang kepada Alias dengan sayu. Kelopak mata yang berbulu itu tergenang air jernih.Alias terpaku seketika. Ibunya juga tidak berkata apa-apa. Cikgu Sunan menahan darah di lengannya dengan sapu tangan. Tapi darah yang keluar di lengannya tidaklah sama dengan darah beruk yang telah diradak lembing tadi.

Suasana sepi. Cikgu Sunan memandang Alias, Alias memandang beruknya bagai satu mimpi. Dan ibu tua itu memandang anaknya dengan satu tafsiran yang asing.Alias tidak dapat menahan perasaannya. Dia menangis tersedu-sedu. Air matanya berderai keluar, jatuh menimpa di atas tubuh beruk kesayangannya. Dia bangun lambat-lambat. Matanya memandang ibunya. Ibu tua itu tetap membisu. Dia tersedu-sedu.

“Terima kasih Alias.” Tiba-tiba dalam kesepian itu Cikgu Sunan berkata. Darah di lengannya masih juga keluar.
“Cikgu sakitkah?” tanya Alias antara sedu-sedannya.
“Tak mengapa, sikit saja. Err, saya balik dulu Lias.” kata Cikgu Sunan, lalu turun dari rumah itu.
“Cikgu…”
“saya minta maaf’,” kata Alias sebaik saja Ckgu Sunan memijak tangga bawah.
“Tak apa…. tapi kau mau ke sekolah lagi?”
Alias duduk. Kaku. Sedih.
“Lebih baik kau ke sekolah, hingga darjah enam” Cikgu Sunan memberi nasihat.
“Saya tidak dapat ke sekolah lagi Cikgu.” Tiba-tiba Alias menjawab sayu.
“Kenapa?”
“Beruk… Saya mencari makan dengan beruk itu cikgu.”

Dada Cikgu Sunan bagai ditikam lembing berkarat. Perkataan Alias benar-benar menusuk hatinya. Barulah dia tahu, bahawa beruk itu pada Alias merupakan tali perhubungan nyawanya selama ini.

Dia melangkah pulang dengan dada yang sebak. Tapi Alias yang terpaku di ambang pintu lebih pilu lagi....


kredit : Azizi Hj Abdullah- Dewan Bahasa, Disember 1970

berfikir sebelum bertindak...jalani hidup dengan indah..harap semua dapan manfaat dari cerita ini..sekian..begerak ke program ...huhu....ecxited....
salam..take care to all readers...