Saturday, December 29, 2012

coret coret ...

keluhan rintihan rungutan dan sungutan berlegar di minda, sangat kerap berlaku perkara ini jika di imbau ke belakang masa lalu diri :)

tidak kurang juga jika dikata gembira ceria suka gelak tawa dan gurau senda bermain warna sepanjang 2012 .. banyak saja perkara yang berlaku .. sedar atau tidak masa semakin laju ...

pernah sekali itu, senior UPSI cakap .. itu tanda kiamat .. sebenarnya memang tanda kiamat adalah masa semakin singkat :)

tidak silap .. dr haron din pernah cakap, sehari pada ALLAH sama dengan 1000 tahun manusia di bumi ..

baginda SAW pernah mengumpamakan kiamat yang hampir ibarat beza jari tengah dan jari manis ...

masa terus berlalu tanpa menghirau apa yang manusia mahu lakukan .. ada yang berpuas hati dengan apa di kecapi, ada duka meronggeng di tepi jalan merai duka di jiwa, ada berpsat ke pagi tanda suka dan merai kejayaan .. pelbagai fiil manusia ...

manusia di kawal oleh diri sendiri .. maka lakukan sesuatu yang bermanfaat supaya mana apa dilakukan menjadi bekal untuk ke syurga :)

tidak banyak mahu dikatakan, cuma ayuh menjadi yang terbaik untuk diri, keluarga, dan agama ..

semuga semua umat islam mendapat rahmat dan berkat dari ALLAH ...

selamat tahun baru .. 
senyum    

Friday, December 7, 2012

kawen yang menyusahkan ...

Assalamua'laikum ...
musim musim mengawan orang bernikah kembali .. jemputan dan undangan ke walimah bertambun atas meja, kalau sebelum nie meja penuh dengan koje koje, jemputam program, kertas koje, dokumentasi, file file, planning perjalanan UBK, tapi skang nie planning jadual adalah berkenaan makan free ... hehehehe ...
dalam keseronokkan berkawen nie banyak yang akan dialami oleh bakal pengantin.. nie bukan cakap kosong..berani cakap pun sebab dah nikah :)

tidak kira dari aspek pemikiran, perasaan, cara hidop, ekonomi, pendidikan, perancangan , kewangan, akademik .. pantang ada expo atau pameran pengantin, sume diredah..nampak skit fesyen baru nak tiru, nampak door gift cantik hati mula berdetik rasa nak petik, nampak style hantaran yang cantik, rasa nak kutip . idea idea melimpah .. beli barang hantaran mesti hangat .. macam macam dalam kepala ...

ok selit skit .. nak beli baranghantaran, adalah dicadangkan semasa sale krismes .. mmg sangat murah dari harga biasa .. contoh ck one 100ml harga besa rm239, masa sale aku  dapat rm99 ... beza rm 140 .. nie baru 1 barang .. jam, cincin, belt wallet, coklat ... huhu .. so sila pastikan anda merancang .. :)
ok ok ... akal dah ada idea untuk siap kawen kan .. so mehh sat baca satu benda nie .. 

1.atas dunia ini ada yang ALLAH beri akal dan tiada nafsu = malaikat . siang malam diserah hidup bulat bulat mengangkat kalam ALLAH. 
2.ada yang ada nafsu dan tiada akal iaitu = binatang .. yang dipenuhi adalah nafsu semata tanpa akal .. tapi ada kadang nampak binatang lagi berakal dan bijakd ari manusia .. cth dalam melihat ibu ayam menjaga anak :)
3.kendian ada akal dan ada nafsu = maka itu adalah manusia :)
ada pula dalam islam yang mengatakan akal lelaki itu 9, dan nafsu 1 . perempuan pula akal 1 nafsu 9 .. pusing pusing akan dilihat seperti perkara yang sama .. akal yang 9 diguna untuk memenuhi nafsi yang 1.. dan nafsu yang 9 akan diguna utk memenuhi nafsu yang 1 :)
cth akal 9 untuk 1 nafsu dalam hal lelaki mengorat (amik hal yang orang suka, baru senang faham harapnya)... laki nie akan guna banyak cara gaya teknik dan taktik untuk memikat hati wanita :)
al hafiz imam hasan al basri ada kata - punca maksiat itu bermula dengan berpandangan - memberi salam - berborak - bermesra -  keluar bersama ..

oiii kata nak sembang pasal niekah .. nie dah jauh pusing nie .. ayaaaaaa ...... rilekk aaa ......

bila akal itu ada 9 bagi lelaku atau 1 bagi perempuan tidak diguna secara waras dan baik .. maka ......................

banyak benda boleh berlaku ... 

oii oii apa kaitan perancangan perkahwinan dengan akal nie .. adoiii ...

sat sat .. akal nie kepada yang guna, maka kesannya dia akan lebih bersedia untuk meghadapi transisi kehidupan yang nampak mudah tapi ... bukan mudah beb ... :)

akal nie bukan saja buat mereka yang nak bernikah tetapi juga kepada wali dan ibu pengantin ... dengan akal yang baik berfungsi maka kemewahan dalam majlis tidak akan menjadi keutamaan :)

kembali ke dunia realiti, bukan sdikit cerita dari kekawan yang nak kawen nie .. macam macam hal .. ada yang laki dah tanya bape hantaran tapi pihak perempuan tak kisah bape nak bagi .. dah tu plak gadis itu pun tak letak harga ... maka laki dengan kaal yang baik dan berfungsi ini meletakkan 8k .. :)

ada kisah lain pula ... ada yang tidak jadi bernikah gara gara wang hantaran 15k, pastu siap dengan 9 set barang hantaran .. nie kalau sume kaya cam datok k tak de hal aa.. nak panamera buat hantaran pun ok .. hahahahah ...

maka apabila tidak jadi nikah, jadi gila babi meroyan laa pasangan tadi .. maka tindakan luar kawal yang lain boleh berlaku seperti balas dendam, pukul, bunuh diri ... ** muga dijauhkan dari kita semua ..

puncanya akal yang ada tapi tak guna .. ibarat anda ada seguni benih cili, tapi tidak ditanam benih tu, yang dibuat hanya mencanag kepada orang sekeliling yang anda ada seguni benih cili .. akal tidak sihat ..

ok selain dari restu dan tidak meletakkan syarat berat buat pasangan, bijak juga perlu dalam merancang kewangan .. ada kes yang aku sendiri tengok .. dah 6 tahun kawen, abru habis bayar hutang kawen ... hoho ... sangat memilukan ..

apa yang aku boleh cakap adalah .. sebenarnya ramai dah orang cakap ... nak nikah nie tidak ada sape halang .. 

the most importang thing is  : 

" UKUR BAJU BADAN SENDIRI a.k.a IKOT KEMAMPUAN ....

apalah guna bernikah tapi dikerumun hutang ... tapi kadang bukan pasangan yang nak mewah megah hebat besar nie ,, mak bapak pakcik makcik sedara mara sepupu tua atok nenek ipar duai mertua et all ...

dan dan dan ............  

LEPAS NIKAH LAGI BANYAK NAK PAKAI DUIT 
 KALAU ANDA ANAK ORANG KAYA, ABAIKAN PERKARA INI ......
 ok aku nak pi soping soping plak .. hehehe .. ok kepada semua yang bakal mendirikan rumahtanggan.. get well planned .. dont membazir ... ikot kemampuan... dan dan dan ... selamat menambah tanggungjawab dalah hidop ... selamat menjalankan ibadah dengan baik...

take care all .. semuga semua dalam rahmat dan berkat Allah .. semuga semua amal dihitung sebagai pahala .. semuga berjumpa disyurga ..

kepada yang berbikah .. selamat bercinta hingga ke syurga dan diberkati Allah :)

senyum ..    




 

Saturday, November 17, 2012

arab melayu orang muda remaja akhlak

Assalamua'laikum ... 
1434H adalah sangat baru disambut seluruh umat .. ada yang meletakkan azam setinggi langit untuk tahun ini. ada yang drag dari tahun lepas yang tak tertunai, ada yang masih terkial mecari diri, ada yang masih leka dengan dunia .. masing masing diberi peluang untuk membuat pilihan . tidak pernah islam menyekat kemampuan dan kemahuan berfikir dan merangcang setiap insan :)
secara peribadi aku bukan orang yang hebat dan pakar dalam menghurai segala isu yang berlaku dalam dunia, di eropah di hegara islam, apa itu syiah .. no no no no no .... aku besa besa je ...
tapi .......
dalam hidup sebagai besa besa nie , sedikit perhatian dan bersikap prihatin kepada sekeliling perlu ada .. dari perkara sekecil membantu orang kenduri kahwin, atau sebesar keluar berjihad bertarung nyawa di medan perang ... 

sambutan kemenangan obama kerana berjaya mengekalkan kejuaraan sebagai presiden usa .. kalau sentuh sikit isu PRU kat usa nie .. banyak yang boleh diambil iktibar dan pelajaran. dari aspek demokrasi sehingga menyambut kemenangan bersama pihak lawan .. ustaz hasrizal ada mengulas perkara nie ..
selepas itu, umat islam menyambut kedatangan tahun baru.. selang beberapa ketika, berita palestin dibedil israel terpapar di media .. pembunuhan ketua sayap HAMAS tersebar dan membangkitkan kemarahan rakyat islam seluruh dunie termasuk malaysia .. 
tidak cukup dengan itu, ada berita pahit lagi dari tanah arab yang mana kerajaan jordan telah memotong subsidi secara keseluruhan Rentetan daripada krisis ini, rakyat Jordan mula bangkit melakukan demonstrasi di serata tempat di Jordan membantah kenaikan harga minyak ini.
bermula dari tunisia 2010, Reaksi dari kebangkitan di Tunisia mulai dirasakan di Mesir, bila mana hosni menyerah kalah, kemudian Kuwiat, Algeria, libya pula, muamar gadafi yang mati terbunuh, Jordan apabila rakyat negara-negara ini berhimpun berdemonstrasi menggerakkan perjuangan kebangkitan rakyat..syria dan rohingya tidak ketinggalan ..

 berita berita yan tidak menentu dalam pergolakan dunia sangat merungsingkan ditambah pula dengan soal akhlak remaja .. jika di arab sibuk dengan peperangan dengan yahudi tapi rata rata remaja sudah keluar dari tempurong keselesaan, berbeda dengan dimalaysia yang maa negara aman tiada perang tapi akhlak remaja tidak terbendung semuanya .. yupp aku berada di malaysia dan tidak pernah ke negara bergolak di timur tengah, so aku tak tahu dan kenal anak remaja mereka bagaimana, tapi dari pembacaan, dan pemerhatian, remaja disana sudah berdikari dan teguh hati ..
di mesir, dr mursi melakukan perubahan yang ketara hanya dalam 100 hari pemerintahan, perkara ini lebih kurang macam sulatn kelantan yang sekarang nie. humble tapi still dihormati, agama dan ulama dihargai dan dihormati.. 
ok sambung skit, boleh kata kesemua pergolakan di timur tengah yang menjadi pusat minyak dunia nie menjadi perebutan yahudi nak takluk adalah kebangkitan rakyat dan kesedaran rakyat .. boleh baca dan lihat sendiri berita yang banyak tersedia, lihat video yang disiar, buka mata ..
malaysia tidak ketinggalan akan semangat rakyat nie..yup malaysia dan cukup aman dan tenteram. duit sentiasa ada dalam poket, melayu is still no 1 dalam hati pemimpin .. hehehe ...
namun kebnagkitan rakyat tidak terlepas, tuntutan rakyat tidak banyak, cuma beberapa perkara.. antara yang besar adalah pilihanraya bersih yang telah dilaksanakan demo BERSIH 1.0, BERSIH 2.0, dan BERSIH 3.0 .. apa yang berlaku dalam perhimpuanan rakyat itu masing masing boleh buat penilaian berdasarkan bacaan masing masing :)

selain PRU yang telus, harga minyak adalah isu yang sangat besar, kemudian harga kereta buatan malaysia, dan harga rumah ... cukup beberapa isu nie ... kalau masuk isu rasuah masyukk masyukk pemimpin negara payah :)
kalau dikatakan kerajaan telah beri subsidi yang banyak kepada  rakyat untuk petrol, aku cabar dorang kenapa harga minyak sebenar ron97 dan ron 95 sama .. perkara yangsangat selalu aku sentuh.. jika benar melayu di hati UMNO, mana rumah mampu milik untuk melayu dan bumiputera ????????
jangan sentuh kerajaan selangor lagi, jawab dulu mana keupayaan UMno BN mentadbir negara .... bukan tidak menyokong kerajaan, tapi sedikit terguris kerana banyak meipu rakyat ...
comee on laaa ... jika benar mahu disayangi rakyat, bangunkan negara bukan bangunkan dan membesar kocek masing masing .. watt thee FUUUUUU anak menteri pakai hummer .... hummer bukan murah dan gaji menteri bukan beso mana pun ..

sempena tahun baru ini , semuga kebangkitan rakyat dapat mengubah negara kepada negara lebih baik dan berjaya membantu rakyat ... tidak suka tidak apa, sekadar memberi sedikit akal kepada yang membaca . jika tidak berpuas hati emel saya :)
selamat berjuang, doa akan kejayaan negara islam :)

senyum .. no hard fellingsss ...    

Saturday, November 10, 2012

himpunan masalah...

Assalamua'laikum ...
damai tenang aman sentosa .. hehehe .. suasana ceria yang membantu untuk emosi yang lebih baik pada pagi sabtu .. sebagai cikgu, cuti sekolah tampak menyeronokkan dan hari melepas lelah .. kepada umum, menjadi guru itu sangat mudah dan senang ... budak cuti cikgu cuti .. heheheh...

 awal pagi dapat sms 
" akram bertugas 26 - 30 nov " .. 
sms mudah tapi seolah mengarah .. tiada perbincangan, tiada pertemuan, tiada mesyuarat .. seperti biasa kuasa diginakan .. adat katanya cikgu bekerja semasa cuti .. mahu saja ditanya pekeliling mana yang diguna untuk perkara ini ...

ada yang lebih menyeronokkan apabila ayat yang nampak menunjukkan kuasa tapi berbaur bodoh dah tolol, yang mana hanya akan mengundang kebencian orang bawah yang baru kepada ketua ..

" akak kan ketua "

** semuga saya dan anda semua dijauhkan dari sifat ini . :)

banyak perkara di sekolah yang bersandar pada adat atau apa yang telah individu sebelum itu lakukan ... ada yang membantu ada yang menyusahkan ... banyak sudut perlu dilihat dan diberi perhatian..salah satunya penyusunan program sepanjang tahun, ada yang boleh dibuat tapi tiada pelaksanaan awal, contoh kertas kerja saat akhir cari penceramah saat akhir , cari tempat buat program saat akhir .. perkara ini boleh diselesaikan awal , cari awal awal...senaraikan penceramah mengikot bidang, senarai tempah berkelah ikot kawasan, ikot kemampun .. kalau dah siap sume nie, nak buat program kuarkan je list yang seida ada nie .. haaa pilih je apa yang mahumasuukan dalam pengetua.. jika tdak setuju terus pilih yang lain .. 

tapi ada kan daya ... mahu mengemas bilik tempat bekerja pun perlukan kebenaran ketua .. hahahahha ... bilik ketua umpama sarang tikus sudah cukup untuk dijadikan teladan .. apa perlu buat adalah, mengubah apa yang mahu semasa tiada ketua kerana ketika itu anda ketua .. hahahhahah ... :)

selain daripada itu, (cehh ayat bajet skema...hahahahaha) ... mengikot ketua itu perlu dan dabagus tapi bukan setiap masa perlu diikot dan diberi muka .. kadang kene juga melawan .. hahahhhhaha .... melawan kene bijak .. tapi kadang dalam melawan terkeluar juga ketidak bijakkan .. apa boleh buat .. layan ..

pasal plan sudah , pasal ketua sudah, pasal melawan sudah ...

pasal duit pula .... hehehehe

 
setiap bahagian dapat duit .. duit guna bagi habis, baru nama tere mengururs .. nie duit ada dekat 3k .. hahahaha ... 3k nie duit yang official ... yang bawah tikar .. hohohoho ... adalah sangat payah bila sorang je yang pegang duit dan orang itu kedekut dan tak tahu beza wish one most important .. punya lama koje , nak boleh dapat komputer elok sebijik pun susah ... yang dok kipas sana sini mudah plak .. ayaa. .. bab duit satu, bab membeli perkara yang tidak perlu ???? hahahhahahahaha ... adoiiii .... 


aku pun tak tau aa apa yang mendorong aku menulis sebegini rupa ...tapi sume nie antara yang pelik pelik berlaku .. mahu ditegur , katanya dia ketua ... beri cadangan dan diterima cadangan itu tapi tidak dilaksana, memberi cadangan disuruh laksana sepenuhnya, ... menampakkan sedang mencari jalan untuk bekerjasama ...
ok ok ... luahan or lebih tepat ngomelan merungut ini sangat tidak bagus .. tapi nak buat apa ?? hahahahah ... menanti kursus cara bekerja dengan ketua perempuan yang suka mengarah .. heheheheh ... aku tak pasti adakah ketua perempuan ini mmg selalunya bermasalah atau mereka terlalu prihatin .. hahah ...

bila dah tak tau buat koje,

" nanti akram buat koje nie ek, akak banyak koje len laa "

banyakk koje len.aku tak de koje .. hahahaha ...

ok ok dari terus merungut, ada elok aku tutup blog nie dah teruskan kerja yang ada .. hehehe... tapi kalau koje yang ada nie aku pun tak reti nak buat ??? hahhaha ..

semuga terus diberi kekuatan untuk belajar dan memenuhi kehendak kerajaan :)

semua masalah ada jalan keluar, so face it ... tak guna merungut pun .. elok elok buat, siap laa dia .. bukan membalut luka tapi berpijak di realiti :)

selamat bercuti kepada semua guru .. kalau cuti aa ... mana yang baik teruskan..yang mengarut tu abai dan tinggalkan :)

senyum .. sambung cerita nanti .. take care all ...

Thursday, November 8, 2012

kerja kerajaan...

assalamua'laikum ...
 
pagi ini sangat mendamaikan .. bangun jam 6, siap siap .. pastu tido balik .. jam 8 telefon sekolah tanya seminar kol bape dan kat mana .. hahahhaha
 
aku tak pernah kerja swasta (dalam opis) , koje kedai makan, kedai baju, kedai mamak pernah laa.. so situasi berbeza ...
 
menjadi pendatang baru dalam dunie pekerjaan sebenar dalam kerajaan banyak memberi pengalaman dan perasaan baru .. 
 
menjadi guru di sekolah kerajaan adalah sangat mudah senang, dan tak de koje berat berat, balik awal, dan paling penting banyak cuti .. hahahahaha ....
 
kepada yang nak bercakap, sila selidik dahulu ya .. atau lebih baik amik peluang untuk bersama dalam bidang perguruan .. dapat try dalam 3 bulan pun ok laa ... baru tau betapa mudah nya koje cikgu nie .. hahahha...
 
aku tidak menafikan cara dan beban kerja diswasta, atau sektor kerajaan yang lain tapi pelik bila ramai menafikan tugas guru .. terpulang :) .. dalam swasta cabaran lebih besar dan sukar ... contoh terbaik sorang sahabat baik saya koje kat CIMB.. sangat bagus dalam bekerja.. tapi tak dapat tetap pun lagi .. still contract ... dah 2 tahun koje .. tapi cina yang pandai bodek wat koje tak pandai pun boleh je tetap..racist yang terang benderang ... pastu senin lepas nenek sahabat baik aku nie meninggal .. tak dapat cuti pun ... hahahahahhahaha .... sungguh syarikat swasta itu mementingkan keuntungan dari kebajikan .. hahahahahhahahaha ....untuk aa dapat jadi cikgu
 
aku tak tau adakah perkara yang akan aku kongsi nie berlaku dalam sektor kerajaan yang lain atau tidak.. tapi ust zaharuddin (UZAR) pernah share benda nie, beliau adalah pensyarah di universiti antarabangsa ... antarabangsa ok ... :) .. hehehe ... pengalaman berulang adalah ....... 8.11.2012 perlu ke seminar kaunseling di JPWP , makluman untuk seminar adalah pada 7.11.2012 jam 8.30 malam melalui telefon .. hehehhehe ... alaaa besa aa kan benda ad hoc cam nie ...
 
ada yang kata tidak apa dan perkara biasa, tapi perkara ini adalah hampir selalu berlaku jika letterhead jabatan..aku pi jabatan tengok sume bz ... mmmmmmmmm .......... hampir 5 bulan koje kerajaan, 7 daripada 10 program kat jabatan dimaklumkan dengan cara ini ... hehehhehehehe ....
 
yang lagi best adalah .............. surat hari ni kene pi minggu lepas .. hahahahhahahahahahahahahah ...... nie yang UZAR kene .. hahahahhaha
 
rasa macam perlu ada reformis dalam bidang pendidikan yang menjadi pendesak kepada orang atas yang cikgu nie bukan kuda kambeng puppet sarkas badut atau robot yang senang senang diarah .. even dalam akujanji klausa 9 ada mengatakan tentang ingkar perintah, tapi be humanistik skit aa kot ... bab nie aku raja kene bincang dengan ijat .. hohoho
 
haaaa ... kesempatan menulis yang ada pada jam 8.40 pagi ini sebelum ke jpwp untuk program yang mula pada jam 7.30 pagi .. hahahah ... dapat ketua yang supper hebattt ............
 
"akak, jadual cuti nanti akak dah siap ke ?"
 
"dah, akak amik minggu pertama, siti minggu last sebab dia jaga exam"
 
"aii suka suka akak je ..."
 
"akak kan ketua"   
 
tanda ketua yang akan mendapat APC ahun depan dan ketua yang senantiasa mendapat sokongan konselor baru .. hahahahhahahah ............  
 
belum masu dialog mengipas pengetua .. hahahahha ... nasib badan laa dapat ketua yang suka naikkan nama sendiri . hahaha .. orang lain turun naik pejabat ahli parlimen, tebalkan muka tak tau malu macam mintak sedekah, bila dah dapat tak disebut langsung ... hahahaha ...
 
bukan penghargaan dan ucapan tahniah kerana berjaya mendapatkan sedekah , tapi letakkan nilai kerjasama dan kesepakatan dalam kerja . tapi nak buat macam mana ... nak konselor cemerlang ... hehehehe ...
 
selamat bekerja ... no hard felling .. mari bersenam sebelom ke seminar .. hehehehe .... jangan muram durja ... kerja kene heppi .. ada pesan akak tua, katanya ....

"kalau ko nak koje ko mudah je.. ko kene banyak tolong orang len dalam buat koje ... baru koje jadi mudah .. tak kisah laa kalau ko banya koje pun ... tolong je "
 
khabarnya dari ramai guru senior, ini baru permulaan .. hehehehhe ...
selamat berjuang .. sayangi PM sebab bagi bonus banyak kali... dalam dunia yang nak koje susah nie ...bersyukur laa dpat koje kerajaan ... tak de KPI .. gaji setiap tahun kompom naik ,... malas rajin kalau dah lama koje .. boleh gak dapat 10k sebulan .. hahahahahahhahaah
 
ok selamat semua hendaknya ... senyum..rileks2 . hepi hepi
 
bubuiiii 
 
** post yang membosankan..tak dan nak cari gambo .. tulis tulis tulis post .. hehehehehee .. ad hoc sebelom ke program 7.30 pagi .. skang dah 9.00 pagi :)