Wednesday, July 29, 2009

UPSI cutii....

Pengumuman cuti dibuat
Pengumuman berkenaan cuti yang bermula hari ini diumumkan di kolej-kolej. Pelajar berpusu-pusu keluar dari kawasan kolej untuk mendapatkan tiket balik kampung. Teriakan gembira juga kedengaran selepas pengumuman dibuat.
Cuti akan bermula pada hari ini 29 Julai sehingga 9 Ogos. Walau bagaimanapun cuti awal semester hanya akan dikira bermula 1 Ogos ini. Kuliah 29 hingga 31 Julai perlu diganti selepas kuliah bermula.
sumber : http://upsikini.blogspot.com/

apa lagi..orang dah bagi cuti....huhu....
selamat bercuti..
jaga keselamatan dan kesihatan...
salam...

kesan H1N1 dan makanan di KHAR...

dah dapat kupon pe lagi..nak pi reedem laa...tapi...................



haa luk habis...


jangan kata lauk...nasi pun habisss...nak makan pe ???
haa tengok sendiri.....2700 orang pi makan kat cafe..

minimart KHAR pun licin..sempat laa aku beli roti...


mereka yang mementingkan keselamatan....

dan.................


mereka yang berjaya mendapatkan makanan.....hahaha....(kene interview)

kaitan KHAR &H1N1...

adoiii..betul-betul dugaan ALLAH SWT...
semalam ingat kene kuarantin je..
sekali haa...
dengar citer ada 3 - 4 orang postitif..
apa-apa pun..berdoa laa kita laa..
buat apa yang patut..selagi termampu, kita bendung...
haa nie plak situasi yang berlaku di KHAR...

nie kat depan pejabat KHAR.haa yang dalam gambo MPP(yang berdiri tu)..sume tunggu bas nak pi klinik..(aku tengah tido lagi..)

masing-masing dalam keadaan risau memikirkan diri masing-masing (aku masih tidoo)

budak-budak tunggu bas kat blok 1 (aku sedap tidoo)....

ada plak dapat kupon free..
baru bangun pagi tadi (kol 12)..datang JMK latihan dan pembangunan sahsiah - abu handalah..
dia datang bagi kupon..muka aku nie haa..tau-tau je laa kalau baru bangun tido nie..haha....almaklumlaa...tido kol 4 pagi tadi...
masa dapat kupon ni laa..kebetulan aku bangun..hehe

haa nie laa kupon yang diberi kepada semua pelajar KHAR..waa teekjut oo..laju betul JMK KHAR wat keje...tahniahh....bayanghkan nak bagi kupon kat dekat 2700 student...sorang student dapat kupon rm 7..rm3.50 lunch..rm 3.50 dinner..layan laa

haa nie laa antara bebudak umah aku..2-4-8..
apa-apa pun take care..
gambar sumbangan : stanley (2-4-8)

mahu saja aku menangis....

dah laa kene kuarantin...
bukak je blog tadi..tgk sume link dah tak de..adoii..
dah ar sume yang dah link tu best2...sedih bangat seh....
kene laa bersengkang mata wat balik benda tu..hehe...
assigment tak siapkan plak..hahaha...
berubahlah demi kejayaan masa depan anda..hehe..
da..take care..salam....

mmm...H1N1...??rambut??

selamat pagi...
petang tadi lepak kat umah kawan...nak siapkan tugasan laa...tengok kawan sorang tu (ayie a.k.a shah) dah selseme..kol 8 malam tadi saya pun balik laa umah (KHAR)...
aktiviti malam cam besa laa...tengok-tengok koje pe yang boleh wat..persiapan awal..
pastu kol 11 tadi dah masuk tido (mmg suka tido awal..)(jangan tanya kenapa).....
tengah syok tidur..budak umah masuk.."akram kita kene kuarantin"..dalam mamai-mamai tu malas laa nak layan..roomate plak masuk..cakap benda sama plak..nak amik hati punya pasal..buat-buat bangun laa..(kemahiran mendengar/melayan)..
bebudak kat KHAR nie plak dah bising-bising...
dalam bising2 tu..dapat tau kolej kene kuarantin...
nie dalam kuarantin laa..tak boleh nak keluar KHAR..adoiii....(1st thing come out from my head is...nak makan apa nie..hahahaha)
dah laa esok kena pi meeting..
dalam mamai-mamai tadi..terus bangun..sempat lagi begambo..haha...layan je laa..

cara pemakaian penutup mulut nie dengan betul..pastikan seluruh hidung dan mulut anda tertutup.

haa cam nie laa cara pakai topeng (mask)..untuk keselamatan..pakai laa topeng ni...
manusia nie selalunya dah terhantuk baru sedar...so bertindak sebelum sesuatu yang tidak diingini berlaku..sediakan payung sebelum hujan...
secara tuntasnya...nak bagi tau kat sume..
..........
...........
..............
..................
saya baru potong rambut..hehehe...
mengantokkk.....waktu untuk tidur..
selamat malam semua...
baca doa sebelum tidor..nak tau doa pe...beli laa buku 101 doa tu..1 of the best book..sebab ada penerangan sekali..
ok ok ok.....
zzzzzzzzz.................
selamat....

Saturday, July 25, 2009

fikir....

morning to all....
haa nie ada gambar skit nak share dengan korang sume..
pagi nie nak wat assigment..
so nak amik mood terjumpa laa dengan gambo nie..
so secara automatik kepala nie mengatakan..


fikir laa sebelum wat sesuatu perkara..
kesian budak tu..nie bukan nak kenekan pompuan tau..mujur tak mati terjerut..
mm..haa nak sambung wat asgment Dr. Jazimin...nak wat pe tak tau..
tapi semalam ada Dr. pesan..
kalau asik merungut je, sampai bila pun kerja tak siap.
tak cuba tak tau lagi..selamat menyiapkan tugasan kepada semua..
gambo tu saje je..wat pembuka mood pagi2 nie..
k da...

Thursday, July 23, 2009

dunia kita...

siap2 pagi tadi pi kelas intervensi...
mmg tak de sape datang lewat laa...
kalau lewat..balik umah tarrikkk selimutt..huhu....
apa yang syok nak share dengan sume adalah...
kata2 incek Zulkifli mamat...
"kalau kejar cita-cita, kita akan dapat cinta..kalau kejar cinta, kita akan tertinggal cita-cita"
kalau pikir2 balik ada betul gak apa lec cakap nie..
so sama-sama laa kita renuungkan...
nak bercinta pun berpada laa..
dah nikah tak pe laa....
k laa.
nak siap pi kelas DADAH plak....
da...

pagi yang indah....

salam pagi kepada semua...
pagi nie saya bangun awal laa dari biasa....
kol 6 dah bangun...
padahal semalam bukan men susah nak tidor..
kat kol 1 baru dapat tido...
pc pun tak ttp tido semalam...
bangun pagi tgk kawan2 ym....
rajin dorang nie..
ada yang sign out kol 4 pagi..bagussh2..
ishh tapi bukan nak citer pasal tu pun..
nak citer pasal umah baru saya nie..
dok kat KHAR lagi...2-4-8(1)..jemput2 laa datang..
kol 6.10 bangun laa, nak pi cuci muka laa..
tengok kat hall gelap je...syokk ar dapat cuci muka dengan tenang..
apa yang nak citer kat sini...jeng jeng jeng....
kat KHAR 1 umah muat 8 org..
minggu lepas, ada 4 senior, 4 junior.
tah camne pengurusan kolej nie, bebudak junior kene pindah atas...ada budak len plak masuk...
so bangun je pagi tadi, tengok umah sunyi je.lampu pun tak on lagi...
kalau tak, haa bebudak junior nie dah siap mandi..
kadang tu bebuluuu je kene tunggu dorang nie mandi..
ada sekali tu nak tegelak pun ada...awal sangat siap...
padahal baru kol 615 kadang tu..
junior2...
paling kelako masa 1st week start study hari tu..
kol 630 tu dah penuh bustop nak pi kampus....
masa tu aku nie baru je bangun tido...
tegelak2 dengan senior lagi...gelak sampai nangis tengok dorang..
tu laa semangat nyer junior...
haa tgk skang kalau dah jadi senior..
kol 7 pun sempat lagi nak tulis blog..hehehe...
tapi dah masuk week 3 nie tengok junior dah boleh sesuaikan diri dengan keadaan..
cara manusia nie sesuaikan diri dengan keadaan (tempat )samada menerima keadaan itu, mengubah keadaan mengikut kesesuaiannya, atau tinggalkan keadaan itu (correct me..)
k laa..saje nak share..
pagi2 kalau kita happy, dengan izin-Nya, sepanjang hari laa kita akan happy.
kalau pagi2 dah muddy je..hari tu kemungkinan beso jadi tak syok..
so..kene happy selalu...
selamat menghadapi hari dengan tabah...

Monday, July 20, 2009

haa..ingatan.

Pandai bertindak tanda orang berilmu
Pandai-pandai bertindak tanda orang bodoh

syukur...

apa khabar semua...
haa saya nie bersyukur sangat2...
dah dekat 2 minggu ta dapat serve internet..
wireless adaptor rusak...
dah dapat wireless baru nie...

laju plak tu..huhu....
haa dah setel pasal nak dapat tenet nie..
nie dok penin kepala cari jurnal..
nak wat bahan sokongan koje..
awal2 sem nie ingat boleh laa relax...
haa baru nak lepak2...
tengok2 x dapat nak lebih2...adoii..
dapat plak lecturer yang tegas...
so untuk sem nie..
kene laa belajar rajin2 dan lebih kuat...
orang cakap study smart...
kalau smart je cukup ke??
pada saya tidak..
so hard pun kene ada..hehehe....
jauh menyimpang dah post nie..
syukur laa dengan apa yang kita dapat...
ok kepada semua...
selamat meghadapai hari dengan tabah...

Thursday, July 9, 2009

PPSMI dimansuhkan.....?

salam kepada semua..
seperti semua sedia maklum..
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan...
ada pemimpin yang tersenyum riang mendengar keputusan ini..
kepada yang bermandi "hujan" semasa membantah PPSMI, kini boleh tidor lena bersama keluarga.
adakah ini yang dikatakan sebagai kejayaan rakyat???
tidak kurang jyga ada yang sedih..
ada yang mempertikai pemansuhan ini...
ada yang masih meninjau pendapat rakyat...
namun apa pun, keputusan telah dambil..

Rentetan pelaksanaan PPSMI

Julai 2002 - Mesyuarat khas jemaah menteri, waktu itu perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, meluluskan dasar baru Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)

Januari 2003 - Dasar ini diperkenalkan berperingkat-peringkat dengan dimulai Tahun 1 untuk peringkat sekolah rendah, Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 Rendah untuk sekolah menengah

Januari 2007 - Pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah menengah

Januari 2008 - Pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah rendah

Mac 2009 - Lebih 8,000 menyertai demonstrasi membantah PPSMI dengan berarak ke Istana Negara. Ia didukung Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang diketuai oleh Datuk A Samad Said dan Datuk Dr Hassan Ahmad.

Mac 2009 - Satu kajian mendapati PPSMI hanya berjaya meningkatkan empat peratus penguasaan bahasa Inggeris tetapi sebaliknya mengurangkan minat untuk mempelajari Sains dan Matematik.

Kajian 53 pakar bahasa itu, merumuskan dasar kontroversi tersebut "menimbulkan kerugian berganda kepada kepada murid, terutama kepada 75 peratus murid yang tergolong dalam kategori (pencapaian) sederhana dan lemah dalam tiga mata pelajaran terbabit, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik."

Mei 2009 - Kesemua lima Sasterawan Negara yang masih hidup menolak dasar ini - sekali gus mencipta rekod sejarah budayawan menentang dasar kerajaan tersebut.

Jun 2009 - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut mempertikaikan dasar tersebut dengan memberi amaran "jangan jadikan pelajar bahan ujian" dasar yang "jelas mempunyai pelbagai kelemahan ketara."

Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman pula berkata "salah, tidak beretika dan tidak rasional jika dasar pendidikan negara diputuskan melalui prasangka, emosi, persepsi dan andaian individu-individu tertentu yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pendidikan sebenarnya."

Julai 2009 - Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan dasar PPSMI dimansuhkan sepenuhnya pada 2012.

sebagai bakal pendidik suatu masa kelak, secara peribadi saya amat bersyukur dengan keputusan ini..setiap keputusan yang diambil, pasti akan ada pro dan kon..
so to all..jangan mengharap kesempurnaan dalam semua perkara..
kita nie manusia.mesti ada silap maa..
saya harap semua dapat menerima keputusan ini dengan hati yang terbuka..
sebenarnya kerajaan pun akui PPSMI banyak kelemahan..
tapi rasa bukan kelemahan, tapi kesesuaian kot yang kurang..
nak wat pe2 plan pun..kene laa mintak pendapat semua pihak..
apa pun nak ucap tahniah kepada Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), dan mereka2 yang seangkatan dengannya..
apa2 pun.....senyum selalu...
salam