Thursday, July 9, 2009

PPSMI dimansuhkan.....?

salam kepada semua..
seperti semua sedia maklum..
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan...
ada pemimpin yang tersenyum riang mendengar keputusan ini..
kepada yang bermandi "hujan" semasa membantah PPSMI, kini boleh tidor lena bersama keluarga.
adakah ini yang dikatakan sebagai kejayaan rakyat???
tidak kurang jyga ada yang sedih..
ada yang mempertikai pemansuhan ini...
ada yang masih meninjau pendapat rakyat...
namun apa pun, keputusan telah dambil..

Rentetan pelaksanaan PPSMI

Julai 2002 - Mesyuarat khas jemaah menteri, waktu itu perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, meluluskan dasar baru Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)

Januari 2003 - Dasar ini diperkenalkan berperingkat-peringkat dengan dimulai Tahun 1 untuk peringkat sekolah rendah, Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 Rendah untuk sekolah menengah

Januari 2007 - Pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah menengah

Januari 2008 - Pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah rendah

Mac 2009 - Lebih 8,000 menyertai demonstrasi membantah PPSMI dengan berarak ke Istana Negara. Ia didukung Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang diketuai oleh Datuk A Samad Said dan Datuk Dr Hassan Ahmad.

Mac 2009 - Satu kajian mendapati PPSMI hanya berjaya meningkatkan empat peratus penguasaan bahasa Inggeris tetapi sebaliknya mengurangkan minat untuk mempelajari Sains dan Matematik.

Kajian 53 pakar bahasa itu, merumuskan dasar kontroversi tersebut "menimbulkan kerugian berganda kepada kepada murid, terutama kepada 75 peratus murid yang tergolong dalam kategori (pencapaian) sederhana dan lemah dalam tiga mata pelajaran terbabit, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik."

Mei 2009 - Kesemua lima Sasterawan Negara yang masih hidup menolak dasar ini - sekali gus mencipta rekod sejarah budayawan menentang dasar kerajaan tersebut.

Jun 2009 - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut mempertikaikan dasar tersebut dengan memberi amaran "jangan jadikan pelajar bahan ujian" dasar yang "jelas mempunyai pelbagai kelemahan ketara."

Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman pula berkata "salah, tidak beretika dan tidak rasional jika dasar pendidikan negara diputuskan melalui prasangka, emosi, persepsi dan andaian individu-individu tertentu yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pendidikan sebenarnya."

Julai 2009 - Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan dasar PPSMI dimansuhkan sepenuhnya pada 2012.

sebagai bakal pendidik suatu masa kelak, secara peribadi saya amat bersyukur dengan keputusan ini..setiap keputusan yang diambil, pasti akan ada pro dan kon..
so to all..jangan mengharap kesempurnaan dalam semua perkara..
kita nie manusia.mesti ada silap maa..
saya harap semua dapat menerima keputusan ini dengan hati yang terbuka..
sebenarnya kerajaan pun akui PPSMI banyak kelemahan..
tapi rasa bukan kelemahan, tapi kesesuaian kot yang kurang..
nak wat pe2 plan pun..kene laa mintak pendapat semua pihak..
apa pun nak ucap tahniah kepada Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), dan mereka2 yang seangkatan dengannya..
apa2 pun.....senyum selalu...
salam

2 comments:

  1. bgus laa ppsmi dh mansuh...bru la ank2 ske g sek...so thanx to a. samad said n gengs...hi3.lps nie leh laa ank sy *d ngn tenang...

    ReplyDelete
  2. mm..hope so..tapi janagan tinggal terus BI nie..
    BI sangat penting..belajar Bi cara lain..

    ReplyDelete