Monday, September 28, 2009

raya berjalan..

raya kedua dah tak tau nak pi mana.....so mengambil langkah bijak untuk meronda KLCC...jalan tak jem..tu syok berjalan...kalau dah berjalan tu..pi makan kompom..lepas makan tu..dpat plak idea senget nie..hahaha....
AMARAN : SESIAPA YANG BERMINAT JE BOLEH TENGOK..
gurau je..haha...begurau pulak (ayat sepah)

dah penat2 wat..kene ar bergambo...
dah kenyang2 melantak kat food court atas tu...berjalan laa aku nie...sampai je kat ruang bawah tu..haa cantik....lukisan lat...cantik tu....
basekal tu...ada pulak ayam mengeram kat belakang tu..









lukisan suasana raya oleh lat..ada lagi gambo len..tak amik lagi...

raya..jalan2..cerita-cerita.....

ahaa...
raya sebulan..so enjoy it..mm....
menulis pun lambat dah nie..
kueh raya tak turun lagi..hehehe..
banyak je benda yang nak tulis masa balik cuti raya hari tu..masuk pagi nie banyak hilang...mm..tulis mana ingat je laaa....
kalau dok kat KL....bulan2 pose nie...mmg boleh wat duet...jual lemang,megecun, baju raya, sampin, capal, ketupek, kad raya, kasut raya, suar jean, air, baju melayu siap, baju kurung, tudung, tali pinggang, stokin..sume2 laa yang nak dipakai masa raya nie...
so aku pun koje laa jugak (tetolong kawan je pun)..dapat jumpo noor kumalasari tu..memula tu tak perasan pun, teq (ein batra) yang bagi tau....aku nei bukan tak minat artis malaysia, tapi tah..hehehehe....
besa stat koje kol 1 tghari..habis pun kat2 kot 1 pagi...koje besa2 je pun..so x de aa penat sangat...memalam besa kekawan yang len akan datang lepak sekali...
adakah lepak ini di kategori sebagai delenkuensi????? sendiri2 pikir laa...masing2 ada pandangan, pendapat, cadangan, ideas....nak share pun ok je...just komen...
haa nie aaa aku nak citer....
sebelum citer teringat ayie cakap..."biar pandai, jangan buat-buat pandai, orang marah.."..lebih kuang cam tu gak aa ayat prof abdullah...
mmm..alkesah bermula bila kekawan naik bulu..asik kene potong je cakap dengan sorang mamat nie..nak cakap nama tapi tak sampai hati...bukan aku je bebulu..sume sama cam aku.korang bayangkan...tengah korang cakap, dia potong terus hemboss je sesuka hati dia...geram seh...nie berlaku 1st day aku balik cuti raya...nak bagi hilang bulu..cuba gak alih topik, sama gak perangai..so kekawan wat kesimpulan..."kalau I***, mmg I*** laa, tak boleh watpe"..hahaha...
so berjalan laa hari aku macam biasa....sampai laa raya..
1st raya dah spoil...
cam tahun2 sebelum....malma raya paling awal sampai rumah kol 3..hahaha...pi shopping kat jalan TAR, masjed india...mmg kaki shopping,. x boleh watpe..mmm....
dah sampai umah pun lewat, so pepagi subuh tu bangon solat, pastu booommmmmm..kol 8 memamai tu..bangun laa pi solat raya...balik solat tu..jadi pemain "snooker" lagi...hahaha...bajet kol 11 nak pi gombak, sekali hamik ko...kol 12 baru bangun tido..tu pun ada orang kejut..adoii..spoill tol..siap2 terus gerak pi gombak...sampai je,pak cik2 aku sume dah balik..geram tol...x dapat duet raya...hahaha....
boleh kata bosan gak aa raya kat kl nie...bayangkang 1st raya dah pi mcD..hahaha....bukan tak cukup makan, saje ngidam eskem..siap bagi bukti..haha...dua rumah rutin yang selalu pi dah tak de..dorang dah pindah..tu yang lari plan raya tahun nie...
dah tu bejalan je laa aku..banyak dah aku merepak nie...k aaa...nak sambong rehat..hehehe...
haa baca mastika oktober..bes gak...baru dwlod tadi...
ok ok..
selamat kepada semua...

Wednesday, September 16, 2009

Selamat Hari Raya...


puasa dah masuk 26 hari..cepat betol masa bergerak...mm..
raya pun dah nak dekat nie..
kepala pun dah malas nak pikir assigment...haha...

sempena menyambut hari raya..
saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SEMUA..
MAAF ZAHIR & BATIN DIPOHON KIRANYA ADA SALAH SILAP..
DARI S.M. AKRAM & KELUARGA..

Maafkanlah jika ada terlanjur perkataan
Diharap supaya jangan disimpan
Kuberdoa selamat panjang umur murah rezeki
Semoga Tuhan akan memberkati...

Kuih dan muih beranika macam
Makanlah jangan hanya di pandang
Ketupat rendang sila nikmati kawan
Penat memasak malam ke pagi
Wajik dan dodol jangan lupakan
Peninggalan nenek zaman berzaman....

semuga berada dalam keadaan sihat hendaknya....
semuga bergembira disamping yang tersayang dalam hidup...
ok..nak siap2 beg balik kampong..huhu...

p/s hati-hati dijalan raya..

Friday, September 11, 2009

hai lailatul qadr...


kelip pejam kelip pejam... dah 21 hari puasa... mata tak pernah sengkang dari pc..mana taknya, koje belambak-lambak kene sipakan...tido boleh kata tak penah cukup..mm..puasa puasa puasa.... rasa cepat pulak puasa tahun nie... sedar atau tidak..kita dah sampai 10 malam last puasa... malam-malam last nie laa melimpah ruah pahala yang datang kepada mereka ynag menghidupkan malam...rugi siapa yang tak penuhi malam-malam nie dengan amal...

Firman Allah dalam Surah al-Qadr maksudnya: Sesungguhnya Kami (Allah) telah menurunkan al-Quran pada malam al-qadr (lailatul qadar), dan tahukah kamu apakah lailatul qadar itu?. Lailatul qadar lebih baik dari seribu bulan...

seribu bulan tu banyaakkk ooo....bukan sama dengan seribu bulan malah lebih baik...


Antara kelebihan malam 10 terakhir Ramadan adalah;

  • Nabi Muhammad saw memperbanyakkan ibadat pada malam 10 terakhir Ramadan melebihi malam sebelumnya. Saidatina Aisyah berkata maksudnya;
  • “Rasulullah apabila masuk malam 10 terakhir Ramadan, Baginda menghidupkan malam (dengan ibadat), mengejutkan keluarganya (bangun beribadat), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah (mengasingkan diri) daripada isteri-isterinya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
  • Pada malam 10 terakhir ada satu malam yang dinamakan Lailatul Qadar (malam yang mempunyai berkat dan keistimewaan yang banyak).
  • Pada malam inilah diturunkan al-Quran seperti firman Allah bermaksud:
  • “Sesungguhnya Kami menurunkannya (al-Quran) pada Lailatul Qadar” (Surah al-Qadar, ayat 1) Ibn Abbas berkata : “Allah menurunkan al-Quran sekali gus dari Al-Luh Al-Mahfur ke Bait al-E'zzah yang terletak di langit dunia. Kemudian ia diturunkan secara berperingkat-peringkat kepada Rasulullah selama 25 tahun.
  • Lailatul Qadar disifatkan lebih baik daripada 1,000 bulan. Perkara ini seperti firman Allah bermaksud :
  • “Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan.” (Surah al-Qadar, ayat 3)
  • Malam ini juga disifatkan sebagai malam berkat, firman Allah bermaksud:
  • “Sesungguhnya Kami turunkannya (al-Quran) pada malam yang diberkati.” (Surah al-Dukhan, ayat 3)
  • Maksud ‘urusan yang penuh hikmah’ adalah pada malam itu Allah menentukan umur, rezeki dan ajal manusia.
  • Pada malam ini juga turunnya malaikat. Malaikat turun bersama-sama berkat dan rahmat Allah yang dikhaskan untuk malam ini.
  • Ditetapkan umur, rezeki dan ajal manusia. Firman Allah bermaksud : “Pada malam itu (Lailatul Qadar) dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.” (Surah al-Dukhan, ayat 4)
  • Allah mengampunkan hamba-Nya yang menghidupkan malam itu dengan penuh rasa keimanan dan pengharapan.
  • Bilakah Lailatul Qadar? Nabi Muhammad bersabda bermaksud: “Carilah Lailatul Qadar pada malam 10 terakhir Ramadan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
  • Rasulullah bersabda lagi bermaksud: “Carilah Lailatul Qadar pada malam ganjil pada 10 malam terakhir.” (Hadis riwayat Bukhari)
  • Imam Nawawi berpendapat bahawa memandangkan hadis yang menceritakan mengenai Lailatul Qadar berselisih pada waktunya, maka ini menunjukkan bahawa malam itu berpindah-pindah pada setiap tahun.
  • Dalam sebuah hadis riwayat at-Tirmizi, Ahmad dan Ibn Majah bahawa Aisyah bertanya kepada Rasulullah: “Wahai Rasulullah, sekiranya aku berada pada Lailatul Qadar, apa yang aku perlu buat? Baginda menjawab: katakanlah (maksudnya) : “Ya Allah, sesungguhnya engkau Tuhan Yang Maha Mulia dan Maha Pengampun, maka ampunkan dosa-dosaku.”
  • Iktikaf pada malam 10 terakhir Ramadan yang mana fadilatnya lebih banyak daripada hari biasa. Maksud iktikaf di sini adalah mendampingi masjid untuk mentaati Allah.
  • Rasulullah tidak pernah sekali pun meninggalkan iktikaf pada 10 malam terakhir Ramadan hingga Baginda wafat.
  • Syarat sah iktikaf: Islam, berakal, tidak berjunub dan bersih daripada haid dan nifas bagi perempuan.
  • Niat: Iktikaf adalah ibadat yang tidak sah melainkan dengan niat.
  • Masjid: Iktikaf hendaklah dilakukan di masjid.
  • Waktu bermula iktikaf: Seseorang yang ingin beriktikaf hendaklah masuk ke dalam masjid sebelum terbenam matahari ke-20 Ramadan.
  • Waktu berakhir iktikaf: Berakhirya iktikaf adalah selepas terbenamnya matahari pada hari terakhir Ramadan.
Perkara yang membatalkan iktikaf:
  • Keluar dari masjid tanpa hajat dengan sengaja.
  • Murtad.
  • Hilang akal kerana gila atau mabuk.
  • Datang haid atau nifas.
  • Jimak. Firman Allah bermaksud: “Dan jangan dekati (jimak) mereka (isteri kamu) dalam keadaan kamu beriktikaf dalam masjid.” (Surah al-Baqarah, ayat 187)
  • Perkara yang sunat dilakukan.
  • Memperbanyakkan ibadat sunat seperti solat, baca al-Quran, tasbih, tahmid, takbir, istighfar, selawat dan doa.
  • Menghadiri majlis ilmu, mengulang kaji kitab hadis, tafsir, sirah nabi dan sebagainya.
  • Perkara yang harus dilakukan.
  • Keluar daripada masjid kerana hajat seperti keluar untuk mengucapkan selamat tinggal kepada saudara mara, menziaahi kematian atau orang sakit.
  • Begitu juga harus hukumnya mandi, memotong rambut, kuku, memakai pakaian yang bersih dan wangi-wangian.
semuga kita tidak lupa padaNya...
selamat beramal...
kutip, kumpul, curi, ambik, mintak, gali, selidik, kaji, dapatkan, "duit" sekarang sebab, sekarang nie musim kumpul "duit" paling senang, mudah, cepat, ringkas..
"duit" nie boleh guna nanti...








hehehehe......tak sabo nak beraya...

Thursday, September 10, 2009

ramadhan hampir pergi..

salam..
tangan laju menekan punat keyboard..
mana tak laju..
koje yang tak siap belambak2...
nak-nak raya nie ada je benda yang kene hantoo..adoii...
nak kejar masa lagi..
puasa nie kene buka..nak buka kene aa pi beli..nak masak tak de dapor..ada dapor tak tau masak..so nak senang lagi mudah..singgah kedai..beli je..
macam2 kueh ada..kueh apam..kueh kuchi....kueh gulung...kueh kacip...kueh badak...kueh gelang..kueh tahik itik..
masa belom buka bukan main plan nak habiskan sume lauk...azan tak habis perot dah penoh...manusia-manusia..pikiran tak penah habis sebelum bertindak..ada je benda yang kene buang lepas beli mahal2...
petang ini redop..aku kat depan komputer lagi..menyiapkan kerja yang berbaki..hati dah kat kampong..syok tengok bebudak datng raya..lemang, dodol, lampu minyak tanah guna buloh besepah2...
beberapa hari lagi raya akan sampai
kasut sudah dibeli..
songkok sudah sedia..
baju sudah ditempah..ada sampai 4 5 pasang..ada yang pakai tahun2 lepas punya je...ada yang beli kat bundle je..
kueh patut dibuat...
kueh patut di beli..
ketupat dari plastik...
lemang panas depan umah...
ok dah puas merepek...
nak pi bazar cuci mata...
koej pun dah nak siap...
ngantokk mata pun dah sampai...apa2 pun...
selamat berpuasa..
selamat berbuka...
selamat balik kampong..
selamat hari raya...
waktu gembira jangan lupa yang duka..
diharap baki-baki ramadhan yang ingin pergi ini dapat kita "curi" sedikit sisa yang ada...
allah sentiasa menerima taubat dari kita sebagai hambanya...
semuga apa yang dihajat dikabul olehnya...
salam....

Friday, September 4, 2009

bendera berbucu banyak.....tandanya???

salam ramadhan..
perot pun dah kenyang...
nie rasa macam nak menulis je...post yang lepas dah cakap pasal hadiah dan kemerdekaan..semua umat sedia maklum..malaysia nie dah 52 tahun merdeka...sambutan kemerdekaan ke-52 kat parlimen pun ala kadar je..ye laa bulan puasa nie..seperti kebiasaan..kebosanan tak dapat tidak..mesti datang gak masa buat koje..so nak hilangkan "tekanan" ada laa jumpa gambo-gambo yang menarik..pulak-pulak bahang-bahang merdeka nie...mesti rakyat malaysia nie peka dengan negara kita..adalah disediakan beberapa gambar untuk tatapan umum..
tengok dan nilai...
bukan tengok sebab gambar lama..halusi, teliti, peka, renung, tatap, tengok..segala macam tingkahlaku yang menggunakan mata..guna laa untuk tengok gambo nie...
kalau rasa x cukup beso..klik gambo tu...

menteri berjabat tangan..PM melihat penuh minat..

org beso petronas sign perjanjian laa kot tu...

sign lagi..sama je...

go back time...

p/s :

Yang elok jadikan teladan,
yang buruk jadikan sempadan.

Bodoh yang tidak boleh diajar dan cerdik yang tidak boleh diikut....

Tuesday, September 1, 2009

HADIAH HARI MERDEKA...

selamat hari jadi kepada semenanjung malaysia a.k.a tanah melayu...sabah & sarawak plak merdeka pada 16 september (correct me)...
biasanya kalau hari jadi kita akan mendapat hadiah, ada yang dapat hadiah kecik, ada yang beso, seutas jam, sepasang kasut, sehelai baju, seutas rantai, sebiji kek, pasu bunga, teddy bear, seluar jeans, beg, gula-gula, coklat (x kesah aa apa pun..apa yang dapat hadiah laa tu)
sape tak melompat kalau dapat hadiah..lagi-lagi hadiah dari mereka yang tercinta..
apa plak erti merdeka dan hadiah??
sebagai hamba yang menumpang kat dunia nie...adalah baik kiranya kita ada menyumbang sesuatu yang boleh membantu negara kita untuk maju..tapi kepada yang telah sekian lama berjasa, peluh, penat, tenaga, kuasa, masa, duit semua di satukan untuk mendapat kesempurnaan dalam, hidup...tenaga dijual untuk duit....harapan mendapat balasan yang setimpal dengan usaha yang diberi selama ini pasti ada..kepada mereka yang lepak melepas tenaga,usaha, duit, masa, pada yang tidak perlu...kini masa berfikir dan bertindak....
sempena kemerdekaan ke-52...
satu kemudahan yang menjadi bahan kontroversi pasti menjadi semakin kontroversi..setelah lama diam dudok dalam selimut dunia.skarang dia datang lagi..
baca,nilai,selidik, halusi, teliti,buat laa apa yang patut....ada secubit kesah disebalik merdeka dalam bulan puasa nie....
bernama - TIADA PERUBAHAN HARGA PETROL UTAMA NEGARA: ISMAIL SABRI -
KUALA LUMPUR 31 Ogos — Tiada perubahan dalam harga petrol utama negara, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna, Ismail Sabri Yaakob.
Beliau hari ini melancarkan petrol RON95 bagi menggantikan RON97 sebagai produk petrol utama yang akan dijual mulai esok di stesen minyak di seluruh negara dengan harga RM1.80 seliter iaitu sama dengan harga RON97 sebelum ini.
harakah daily - Rakyat mendapat hadiah istimewa sempena menyambut Hari Kemerdekaan tahun ini apabila harga petrol dipercayai akan mula naik mulai tengah malam ini.
Menurut sumber, Ron 95 akan naik dari RM1.75 ke RM1.80 malam ini manakala F1 akan naik dari RM1,80 ke RM2.05. Bagaimanapun sehingga kini tidak ada sebarang pengumuman rasmi mengenainya.
malaysiakini Ogos 31, 09 6:55pm - Kerajaan hari ini mengumumkan kenaikan harga petrol RON97 daripada RM1.80 kepada RM2.05 mulai esok.Manakala harga petrol RON95 yang dilancarkan hari ini - bagi menggantikan RON92 - dijual pada harga RM1.80 seliter.Kerajaan sebelum ini telah menyatakan bahawa harga petrol akan dinaikan pada 1 September.Mei lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata harga petrol gred premium RON97 akan naik 20 sen kepada RM2 seliter, manakala petrol gred rendah RON95 akan dijual pada harga RM1.75 seliter.