Tuesday, September 1, 2009

HADIAH HARI MERDEKA...

selamat hari jadi kepada semenanjung malaysia a.k.a tanah melayu...sabah & sarawak plak merdeka pada 16 september (correct me)...
biasanya kalau hari jadi kita akan mendapat hadiah, ada yang dapat hadiah kecik, ada yang beso, seutas jam, sepasang kasut, sehelai baju, seutas rantai, sebiji kek, pasu bunga, teddy bear, seluar jeans, beg, gula-gula, coklat (x kesah aa apa pun..apa yang dapat hadiah laa tu)
sape tak melompat kalau dapat hadiah..lagi-lagi hadiah dari mereka yang tercinta..
apa plak erti merdeka dan hadiah??
sebagai hamba yang menumpang kat dunia nie...adalah baik kiranya kita ada menyumbang sesuatu yang boleh membantu negara kita untuk maju..tapi kepada yang telah sekian lama berjasa, peluh, penat, tenaga, kuasa, masa, duit semua di satukan untuk mendapat kesempurnaan dalam, hidup...tenaga dijual untuk duit....harapan mendapat balasan yang setimpal dengan usaha yang diberi selama ini pasti ada..kepada mereka yang lepak melepas tenaga,usaha, duit, masa, pada yang tidak perlu...kini masa berfikir dan bertindak....
sempena kemerdekaan ke-52...
satu kemudahan yang menjadi bahan kontroversi pasti menjadi semakin kontroversi..setelah lama diam dudok dalam selimut dunia.skarang dia datang lagi..
baca,nilai,selidik, halusi, teliti,buat laa apa yang patut....ada secubit kesah disebalik merdeka dalam bulan puasa nie....
bernama - TIADA PERUBAHAN HARGA PETROL UTAMA NEGARA: ISMAIL SABRI -
KUALA LUMPUR 31 Ogos — Tiada perubahan dalam harga petrol utama negara, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna, Ismail Sabri Yaakob.
Beliau hari ini melancarkan petrol RON95 bagi menggantikan RON97 sebagai produk petrol utama yang akan dijual mulai esok di stesen minyak di seluruh negara dengan harga RM1.80 seliter iaitu sama dengan harga RON97 sebelum ini.
harakah daily - Rakyat mendapat hadiah istimewa sempena menyambut Hari Kemerdekaan tahun ini apabila harga petrol dipercayai akan mula naik mulai tengah malam ini.
Menurut sumber, Ron 95 akan naik dari RM1.75 ke RM1.80 malam ini manakala F1 akan naik dari RM1,80 ke RM2.05. Bagaimanapun sehingga kini tidak ada sebarang pengumuman rasmi mengenainya.
malaysiakini Ogos 31, 09 6:55pm - Kerajaan hari ini mengumumkan kenaikan harga petrol RON97 daripada RM1.80 kepada RM2.05 mulai esok.Manakala harga petrol RON95 yang dilancarkan hari ini - bagi menggantikan RON92 - dijual pada harga RM1.80 seliter.Kerajaan sebelum ini telah menyatakan bahawa harga petrol akan dinaikan pada 1 September.Mei lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata harga petrol gred premium RON97 akan naik 20 sen kepada RM2 seliter, manakala petrol gred rendah RON95 akan dijual pada harga RM1.75 seliter.


2 comments:

  1. gambaq smnggu sebelum darjah 1 tu mat saleh abih. tapi skarang......... -_-"

    ReplyDelete