Monday, February 2, 2009

untuk masa depan anak-anak...



Sabda Rasulullah s.a.w :
  1. " Apa yang dipelajari oleh kanak-kanak ibarat mengukir sesuatu diatas batu
  2. "Hadis ke-2: "Setiap bayi yang dilahirkan suci tanpa dosa ibarat kain putih,ibubapanyalah yang menjadikannya Yahudi,Majusi atau Nasrani.."
  3. Kajian mendapati lebih lama bayi merangkak lebih baik perkembangan otaknya.
  4. Jangan takut untuk memanjakan anak anda,Bayi yang dimanja dengan cara yang betul(bukan terlampau dimanjakan) lebih mudah diajar dan mendengar kata.
  5. Bercakap dengan bayi anda bahasa yang betul dan sopan bukan bahasa bayi kerana mereka belajar bahasa dari ibubapanya.
  6. Apabila bayi mula bercakap,ajarkan ia menyebut "Allah", "ar-Rahman", "la ilaha illallah".
  7. Jangan ketawa apabila bayi anda membuat perbuatan yang kurang sopan walaupun mengetahui mereka sedang mempelajari sesuatu yang baru.Mereka hendaklah diberitahu dengan lembut tetapi tegas bahawa perkara itu tidak harus dilakukan.
  8. Jika anak anda mempunyai sesuatu permainan yang disukainya,hulurkan tangan anda dan senyum apabila dia memberikan kepada anda.Pastikan anda memberi semula mainan itu kepadanya supaya dia yakin bahawa barang yang dipinjam akan dan harus dipulangkan.
  9. apabila anak anda menangis,jangan bertanyakan SIAPA yang menyebabkan dia menangis,kerana ini akan mendidiknya suka menyalahkan orang lain dan mengadu domba.Memadai sekadar menanyakan KENAPA dia menangis.
  10. Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak merupakan manusia yang paling ingin mengetahui,dapatkan buku-buku teladan yang menarik untuk dibaca bersamanya setiap hari terutama sebelum tidur kerana waktu ini sangat meninggalkan kesan kepada jiwa anak-anak.Jika sukar untuk mendapatkan buku pada peringkat pertama ini,ajarlah anak anda mengunakan tulisan berhuruf kecil pada kad putih berukuran 10x32cm (flash card).kerana ia mudah ditangkap oleh pandangan mata anak-anak.

No comments:

Post a Comment