Friday, February 26, 2010

kasih kekasih

akramishak mengucapkan selamat menyambut hari besar ini..semuga mendapat rahmat dan hidayah dari Allah swt..
12 RABIULAWAL 1431 HIJRAH

nak share kisah nie skit...

Sejurus selepas kewafatan Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam, Abu Bakr mengajak Umar, “ayuh, mari kita ke rumah Ummu Ayman”.

Selepas disampaikan berita kewafatan Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam, Ummu Ayman menangis dengan tangisan yang berat.

“Apakah yang ibu tanggung dalam tangisanmu wahai Ummu Ayman? Apakah tidak ibu ketahui bahawa apa yang ada di sisi Allah itu adalah jauh lebih baik buat Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam?” Abu Bakr dan Umar cuba mencungkil beban hati Ummu Ayman.

Lantas beliau berkata, “Sesungguhnya aku, demi Allah, mengetahui akan benar katamu, bahawa apa yang ada di sisi Allah adalah lebih baik buat Rasul-Nya. Tangisanku bukanlah kerana itu wahai Abu Bakr dan Umar. Akan tetapi… aku menangis dan hiba dengan berita yang kalian bawa, kerana sesungguhnya WAHYU TELAH TERPUTUS DARI LANGIT… buat selama-lamanya…”

Tersentak Abu Bakr dan Umar… lantas mereka berdua turut menangisi hakikat kewafatan Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam pada waktu Dhuha di sore Isnin, 12 Rabi’ al-Awwal tahun ke-11H tersebut. Tiada lagi wahyu… dan moga Ummah ini dikurniakan Allah upaya hidup pada tiada lagi seorang Nabi, pembimbing jalan, pengubat lara hati… terutamanya pada hari-hari yang penuh derita ini.

kredit to : http://saifulislam.com/?p=308

" sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas nabi, wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu dan berilah salam keatasnya." (surah al-ahzab.56)

sebut pasal surah ni..banyak yang boleh diambil pengajaran. tapi bukan surah nie je..seluruh al-quran itu ada cerita dan pengajaran tertentu...
semuga semua pembaca mendapat keberkatan dan dilimpahi rezeki..
semuga aku dilimpahkan dengan kesabaran dalam menempuh hari yang mendatang....
jalani hidup dengan indah..
terima kasih kepada semua pembaca blog akramishak
..

6 comments:

  1. subhanallah.
    terputus wahyu dari khalik sejak 1400 tahun dahulu. tetapi kalam Allah sentiasa ada hingga kini. hasil dari usaha pencinta islam utk memastikan kelangsungan agama Allah hingga ke akhirnya.

    beruntung lah umat akhir zaman, kerana sahabat mencemburui nya, kerana umat akhir zaman ini kuatnya iman mereka kepada Allah dan rasul walau tak pernah menatap wajah hatta duduk bertemu lutut, tetapi yakin segala apa yang keluar dari lidah rasulullah adalah benar.

    moga kita menjadi sebahagian dari mereka yang rasulullah rindui dan cintai. :)

    salam maulid nabi abg akram.

    ReplyDelete
  2. amiiinnn....you are the one who make it happened..teruskan usaha abu tu...

    ReplyDelete
  3. terima kasih akhi. tapi lagi seronok kalau bersama. sahabat itu kan kekuatan. :)

    mungkin arena kita berbeza, tapi biar misinya ttp satu. di akhirnya bertemu atas dasar yang sama. :)

    you also the one must make it hapened bro. :)

    ReplyDelete
  4. haha.nak bersama ?? abu kan dah ada tentera yang kuat..so berjuang je lagi..tapi dah banyak pun berjuang...so kukuhkan lagi aa..

    arena pe ?? abu sukan pe??haha...

    tq..sama2 mencari yang indah dalam hidup..

    ReplyDelete
  5. defense mechanism. saya tiada tentera. tapi saya ada sahabat yang memahami. nak di bandingkan apa yang saya buat. amat sikit seperti hama. dari apa yang di perjuangkan oleh orang-orang terdahulu.

    arena sukan ragbi. percaya? hehehe.

    insyaAllah. :)

    ReplyDelete
  6. abu hama ?? oo..gelak sikit ek..hehe....bagus aa ada sahabat yang faham abu...boleh sama2 koje dengan abu..

    abu sukan ragbi ?? jogging oun x larat...hahahahaha...nie mmg x dapat tahan gelak..sori..hahahahahahahah....

    ReplyDelete