Thursday, May 7, 2015

remaja sekolah dan realiti dalam pembacaan ..

Assalamu a'laikum ... 

segala puji dan puja buat yang selayaknya, tiada lain kepada ALLAH jua sehala syukur di junjung :)

semuga sentiasa kita dalam lindungan rahmat kasih sayangNya. semuga semua pembaca sehat dan tenang dalam dugaan sehari-hari..

kalut malut caca marba terkejar kejar dalam menelusuri kehidupan yang terbatas dengan masa .ayooo ... dengan janji janji yang belom habis ditunai.. walau ramai kata jangan berjanji kalau tak mampu menunaikan, namun ada harapan setinggi awan serta tanggungjawab dan kepercayaan..haaahhhh.... baru sampai dari somban nie haa..tup tap dapat msg, 

"sila selesaikan tugas anda"

tegas... turrpppp ... terus duduk dimeja kerja dan bekerja ;p

ok ok .. mood tah kemana .. so tekan je laa..apa yang terkeluar .. itulah..tak faham ?? tak mengapa .. itu tanda saya kalut .... :)

ok ok .. pos kali ini off kossz pasal sabuah buku yang hampir 5 bulan di cari ... dan baru terjumpa dipesta buku




berada pada rak depan kaunter pembayaran

 dengan jiwa yang girang bak teruna berjumpa dengan dara pilihan di pelamin yang indah berhias bungan hidop, maka di cekopp laa satu ... haaa masa beratur boleh pulak budak depan nie beli buku sama dengan aku ... hahaha .. nampak sangat pmpuan nie sentiasa dalam dilema dalam berkawan ;p

gadis pemalu yang beratur panjang semata mata nak bayar hanya sabuah buku femenin


maka dengan sepurnama mengurung diri menelaah bahan ilmu baru dipinang tadi... maka .. bermulalah hujah yang barangkali bernas dan kritikan pedas bak cili ungu cameron ke atas buku awek serawak ini ...
 
The Top Four Armahnurrasyikin Said
persepsi awal semasa dikhabarkan akan kelahiran sulung hasil air tangan gadis sunti dari borneo ini, hati rasa macam tidak percaya.. ada plak masa minah nie nak menulis .. dulu time tulis asgment punyalaahhhh haiii ..... seingat aku..tak pernah aku ada tugasan kumpulan dengan minah senget nie .. hahahahah ....

dengan kulit buku yang lebih kepada femenin adalah sangat mustahil aku akan memberli buku ini .. hahaha .. namun selepas beberapa perbincangan ringkas dengan kawan kawan .. maka beli jugalah (terpaksa ok. ..... ;p)

kalau dilihat pada kulit dan tajuk.,.pasti dan pasti abang abang sado tidak akan menoleh walau sedikit..kalau toleh pun sekadar melepas hujung mata menjeling gadis yang terkenyit mata .. :)

ok .. secara umum buku ini menceritakan akan kisah sekumpulan 4 pelajar perempuan yang dicanang sebagai pelajar cemerlang sekolah mereka dalam imaginasi penulis.

cerita yang dihidangkan adalah latar bermula tingkatan 5, dan dimulakan dengan konflik yang tiada pangkal punca.. setelah beberapa musim menyenkang mata membaca, maka yang dapat dirungkai adalah PERSAHABATAN yang akrab rapat atau lebih tepat jelekit.

seterusnya buku ini sarat dengan kisah realiti yang mana saya sangat pasti merupakan kisah sebenar yang gadis cantik ini alami sepanjang menuntut di tingkatan 5, dan ditambah sedikit garam ajinomoto dan perasa serta pewarna yang dibenarkan supaya mana cerita yang disampaikan lebih sedap dan menurut halwa tekak remaja moden.

dalam menelusuri setiap bab yang berkait, anda akan merasa suasana dan persekitaran yang mendamaikan, jauh dari hiruk pikuk kesibukan metropolitan bandar, anak anak yang masih mampu untuk menurut kata ibu bapa, remaja yang sangat percaya akan kawan, hubungan mesra antara agama dan kaum, dan latar keluarga mengikut status..

novel ini sesuai dengan pembacaan remaja kerana bahasa yang mudah, jalan cerita yang tersusun, lenggok bahasa yang baik, jalan cerita yang mudah, metafora dan hiperbola yang lawak, dan cerita berfokus ikut bab.

pembaca juga akan mendapat ilmu baru contohnya tentang jantung besi, penjelasan pekerjaan kaunselor, bahasa yang terhidang juga merupakan bahasa aras biasa yang dibuna sehari hari, ini memudahkan target umur atau sasaran penulis sampai, input pendidikan juga banyak diselitkan. selain itu, aktiviti realiti remaja yang aktif disekolah seperti sidang redaksi, perkhemahan, kerja sekolah, riadah, dan bedah tikus makmal ..

cuma .. anda akan rasa terkapai kapai ibarat manusia kelemasan dilautan atlantik bila mana anda sampai ke titik terakhir kerana dalam keasyikan anda membaca penuh bernafsu, titik itu melenyapkan keseronokkan anda (tak faham tak pe .. pi beli dan baca....)

penulis juga berkongsi kisah teman tempat tidornya iaitu ...... ippo...

ipppooo dalam dunia fantasi pelukis (menatang kesayangan penulis)
ok .. stau perkataan yang di plagiat oleh penulis borneo dari akal bijaksana sahabat baik jejaka kacak dari banda canggih kuala lumpur adalah SENGET...
 yakin dan yakin serta pasti ... ini idea dari kl .. hahahahah

ok sekian sahaja .. muga muga sama sama kita meneruskan apa yang disukai agama iaitu membaca .. dalam membaca pastikan bahan yang dibaca itu bahan yang berilmu dan bermanfaat ...

semuga post mengarut ini tidak menyesakkan dada mengurut jiwa meronta nista ;p  

mana mana yang kurang, terasa hati mengarut tersasul, mohon ampun :)
  sekodor itu, baik itu dari ALLAH, kurang itu dari kelemahan saya .. muga sama sama kita ditetapkan hati dalam agamaNYA .. ada rezeki jumpa lagi .. 

senyum :)
  ada rezeki dapat laa jumpa lagi...

No comments:

Post a Comment