Monday, June 22, 2009

haluu....komen komen.......

salam..
lama tak menulis nie..
rasa kekok plak..hehe..
so camne cuti anda semua??
mm..
masa cuti hari tu ada laa lepak2 dengan kawan2...
pastu ada sorang mamat ni memberi satu persoalan untuk kami semua yang sedang merehatkan diri..
dia cakap..
mana lagi bagus bagi individu yang mencari pengalaman kerja dan mahukan cabaran dalam kerja..
kerja kerajaan atau swasta? perniagaan atau menjadi pensyarah??
haa mari mengomen bagi persoalan ini...
apa pun..kepada semua..
take care...
selamat bercuti...
ada masalah kene kongsi..
nak lagi sonang..
jumpa kaunselor..hehe...

Friday, May 1, 2009

horeeee cuti....ROS plak??

selamat sudah segalanya...
sudah tamat exam...
semua jam kredit tamat...huhu...
paling syokk psiko perkembangan..
nak tau kenapa..?
tanya mereka2 yang menjawab soalan "past year"..
skang nak piki pasal ROS (rancangan orentasi sekolah) plak...
mm...
bagus jugak ROS nie..
dapat merasa balik ke sekolah..
tapi dengan kelainan...
kalau dulu pi sekolah pakai suar hijaoo baju putih...
baju biru suar biru tua sebagai pengawas...
pakai tie pun pendek..haahaha..
dulu pi sekolah misai janggut licin...
tak de janggott lagi pun..wakakka...
haa nie laa gambo masa form 6...jejaka2 dari kanan epi, yang depan tu izrul, belakang tu sharir, dan jejaka paling kiri. (cuba teka sape)...huhu.....
haa amik kau..
sekarang pi sekolah baju suar crocodile, tie belasah laa jenama apa pun.
bergaya cam guru beso..haha...
janggut dan misai penghias rupa..
nie laa perkembangan...
baru bape tahun tinggal sekolah..
perubahan ketara..
mmmm......
syokkkk tol dapat pi sekolah.
tapi kan.........
kalau bergaya sangat pun..tak tau wat sesi watpe..
bek jadi besa2 je..
cam................ehh sape nie ek??baju pinjam bapak punya je..selamat badan aku sama dengan bapak aku..
jimat duit....hahahaha...

nie masa malam KHAR..dapat gak nek pentas.huhu...
nak tau sebab apa dapat naek pentas...
rahsiaa......hihi

mmm....
lupakan pentas...saje selit gambo tu...
haa to all....
mari sama-sama ke ROS...
selamat bercuti kepada semua pelajar kaunseling semester 4, sesi 2 08/09...
kejap betol rasa dok kat UPSI nie..
ciauu..
selamat berjuang...
wassalam..

Tuesday, April 28, 2009

aku di RTM....

lepas je habis paper psikologi sosial...
ada kawan datang bilik ajak pi KL...
memandangkan dia tu bakal roomate saya (camne saya dah tau)jeng jeng jeng.....
bukan tu yang saya nak cakap..
nie....saya pun terima laa..
penat oo jawab soklan p.sosial...
sebab nak relaxkan minda dan tenagkan perasaan kat exam...
saya pun terima....
rupa-rupanya.....

haa amik kau..rancangan untuk wanita...
hahaha...nak tegelak pun ada...tapi tak salah pun...
bagus tu rancangan nie...
banyak info yang dikongsi..
ada 2 slot..
pertama pasal projek permata negara..
UPSI sebagai antara peneraju program nie..
perkembangan anak-anak yang bermula sejak lahir..
so permata adalah kurikulum yang dibentuk atas kesesuaian anak-anak berkembang..
bukan suruh budak kecik tu baca buku terus nak betol..
perkembangan dari aspek psikomotor contohnya...
slot kedua kamal afendi plak sebagai tetamu..
cakap pasal pilihan beg tangan wanita..
full of humor ar dia..
informasi terkini dan berguna walaupun 20 minit je dia cakap2...
haaaa.....dah dekat 1 jam dok mencangok kat set.....
telinga dah penat dengar orang cakap-cakap...
habis suma kemahiran dalam kaunsleing dah kuar...
amik gambo plak...haha...
betoll laa aku nie..suka begambo...
sebelah VC tu...( tu pun nak kecoh)wakaka...


dah penat-penat datang x kan laa tak nak amik gambo dengan pengacara dia..
zamzarina..( tak kenal pun mula2)hahaha.....saje nak interfremm...

program yang.....??

assalamualaikum...
kawan-kawan cakap kenapa tak tulis benda baru..
sori laa...exam-exam nie...
masa banyak spend kat benda yang lagi penting..
haa gambar nie masa pi program kat sungai samak..
takott ooo nek jambatan nie...
nampak je ok...sebab gambar nie masa kat mula naik.
tak rasa pe2 lagi..
sampai tengah tu..cam nak tegolek..apa punya jambatan..gerak2 masa orang jalan..hahaha....
program nie sambungan training of trainer (TOT) yang di kendalikan oleh en aziz..
best sangat-sangat program nie.
pada saya sebagai bakal kaunselor..
nie pelaburan awal...
banyak benda baru yang diajar..
simple mimple, kos rendah, cepat, mudah, segera, stand alone fesi pun boleh wat sendiri..tapi kalau ada pembantu lagi syokk..hehehe....
aktiviti pun banyak..
kalau masa TOT kat hay resort ada dalam 8 aktiviti...
kat TOT 2 nie ada 7 aktiviti...
tak membosankan..cuma penat laa nak tunggu orang lintas jambatan..
aktiviti dia.....
1st aktiviti cam besa laa..ice breaking.
2nd buat inventori kerjaya holland..
3rd in team modul...
4th buat relaxation (en mad nor saper)
5th team building modul..
6th cara belajar guna 5 domain.
7th penutup sub con...
sangat amat berguna laa suma aktiviti nie..
very practical..
kalau tengok memang besa je aktiviti nie,..
tapi sapa yang menjalani akan nampak kreativititi pencetus idea PRODIGI nie...
thanks alot en taqi, en aziz, tuan haji md nor saper...lor...sanggup jalankan program nie untuk kami bakal kaunselor.........
pagi-pagi gosok gigi..
terima kasih jumpa lagi..hehe...

sape nie??penghulu ke??hahahaha...
geram tol aku..nie sume ida punya pasal......

Saturday, April 18, 2009

selamat berexam...

semester 4 dah nak habis pun..kejap je masa berlalu. suka duka tu standet laa hidup sebagai student nie..konfem ada social loafing. nak wat camne..manusia tu unik. personaliti dan tret yang pelbagai.. di kesempatan nie..nak wish good luck to all yang nak amik exam final nie..kepala penin tol. jadual pack sangat2. 1 week je exam, sampai 7 paper...adoii....tapi habis awal boleh balik awaii..huhu...
ok selamat menjawab peperiksaan kepada semua. jawab elok2.. tak tau hentam je.wakaka...
nak sedap lagi wat laa study group. belajar cara sinergi.. mudah, selamat, cepat, senang, macam-macam lagi laa..
ok best of luck.
semoga berjaya disini dan sana...insya allah..
assalamualaikum...salam sejahtera..

Friday, April 17, 2009

kereta baru proton..


haa nie laa dia pelancaran kereta tempatan.
MPV pertama malaysia. cantik gak..harga pun boleh tahan.
a 1.6 liter automatic high-line and a 1.6 liter automatic medium-line, priced at RM75,998.00 and RM69,998.00 respectively OTR with insurance.
haa besar dah cam inova, puas laa kalau nek dengan family pi picnic...



haa yang nie exora prestij...

kasih dan sayang dari??


assalamu'alaikum..
cuba kita perhatikan gambar kat atas nie..gambar nie saya amik kat blog aznil nawawi.
nie macam soalan exam laa untuk bebudak sekolah rendah.
sekali tengok konfem kita gelak sebab jawapan yang diberi..tapi cuba singkap perasaan sebenar budak nie.
adakah budak ini mendapat kasih dan sayang dari ibu dan ayah atau sudah tidak ada ayah atau ibu.
kemana kedua-dua ayah dan ibu budak ini?
persekitaran anak-anak mempengaruhi perkembangan tumbesarannya.
kesan perkembangan anak-anak pula mempengaruhi personaliti dan tert yang bakal anak tunjukkan.
kalau dah kurang kasih sayang camne nak bentuk anak tu dengar cakap.
kalau boleh pun tak semudah ABC....
bukak je blog aznil tadi, saya tersentak, sedih, kecewa, (empati sangat)
kepada semua pembaca...
harap gambar yang memberi banyak makna ini dapat menyedarkan kita supaya tidak terlalu obses kepada sesuatu sehingga terlupa peranan sebagai ibu atau ayah. kepada yang belon kawin cam saya nie.
share laa kasih sayang yanga da dengan adik..
teringat kata-kata en. taquddin (pensyarah psikologi perkembangan)
cukup ke dengan peluk anak hanya 5 minit sebelum tidor sedangkan kita keluar berkerja dari pagi hingga lewat malam. jumpa anak-anak pun kejap sangat..
ok laa..sama-sama laa kita meningkatkan kasih dan sayang kepada yang keluarga.walau sesibuk mana pun kasih dan sayang kat family jangan kita lupa..amin..

Friday, April 10, 2009

keajaiban ilahi..


Program Kem Jati Diri Muslim (KERIS) ’09 yang dijalankan pada 24 hingga 26 Januari kat ulu yam..anjuran Kelab Rakan Surau Ar-Rasyidin dengan kerjasama Biro Latihan dan Pembangunan Sahsiah, Jawatankuasa Mahasiswa Kolej (JMK) Kolej Harun Aminurrashid (KHAR).
kawan aku yang pi pun cakap bagus program nie..
gambo nie malam masa dorang dapat sorang satu quran, lilin. bukan OBH...
pastu tiba2 kuar laa "tulisan" yang ajaib ini...
kalau nak kata kita hebat..sebenarnya ada yang lagi hebat...
ingatan bersama...

Monday, March 30, 2009

program tentang keluarga

assalamualaikum..
7 mac lepas, sekumpulan pelajar dari program kaunseling telah mengadakan program di kolej harun, UPSI (KHAR)
program diberi nama program
eksplorasi kepimpinan diri dalam keluarga..
so program nie berkisar tentang kehidupan dalam keluarga..
nak "expose" bakat kepimpinan diri peserta dalam keluarga..
dalam kitab ALLAH pun ada cakap setiap makhluk itu adalah pemimpin..
so nak bagi peserta rasa laa sifat nie..
peserta tak ramai pun..
17 orang je...( Dr fauziah hanim cakap tak payah ramai pun..)hehehe...
memang sporting laa dorang nie...
tak malu untuk berkongsi pengalaman dan berlakon...
sebagai fesi saya mengucapkan banyak-banyak terima kasih laa kat peserta.
tak lupa kepada YDP KHAR - hafiez yang menyokong program nie.
tak lupa kepada JMK kolej yang bagi saya "pinjam" rexco dorang untuk melancarkan program insaya harap semua peserta mendapat manfaat dari program ini..


barisan fasilitator yang menjayakan program ini.
amelia, ida, ain, syawana, akram, liyana, radiah, azmir..

Wednesday, March 18, 2009

anak kecil main api

asslamu'alaikum..
lama tak tulis menulis meluah isi dalam kepala nie..
pagi tadi baru pi forum yang bincang pasal ppsmi...
ahli panel Prof. Emi. Dato' Isahak Haron, Prof. Emi. Abdullah Hassan, dan sorang wakil pelajar islam, saudara khairul.
Prof Isahak pernah ajar saya pedagogi pendidikan masa saya semester 3..
beliau dah wat kajian pun pasal ppsmi nie tahun 2007...
Prof Abdullah pulak pakar bahasa kat UPSI yang penah kene "tembak" dengan fru sebab wat demo kat sogo...
bukan prof je kene, sasterawan negara pun kene "tembak"...
sume ni sebab nak jaga warisan bahasa bangsa.
rasa len "panas" je lepas pi forum tu...
forum yang agak terbuka dalam membincangkan isu nie dengan bakal pendidik..
camne tak panas, benda dah terbukti tak berjaya, tapi diteruskan...
sebagai bakal pendidik nie..tak senang duduk laa saya..
balik dari forum tadi dapat idea nak tulis blog nie...
nak relate dengan lagu anak kecil main api nie
kalau dengar betul2...
mmg betul.. lagu nie, boleh nangis waaa cakap luu..
bila kita nak bersatu?
renung-renungkanlah wahai bangsaku..


Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap diarus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ketangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang - prof abdullah ada sentuh pasal nie...

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah dinusantara

harap apa yang ada nie..
kita sama-sama memajukan bangsa sendiri untuk memastikan anak bangsa tidak mudah untuk bergantong harap kalau ada masalah. tau laa nak hadapai masalah atau rintangan dengan sendiri.

Sunday, February 22, 2009

ilmu itu........


  1. Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu adalah pusaka nabi-nabi, manakala harta adalah pusaka Qarun dan Firaun.
  2. Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu memelihara kamu, tetapi kamu pula yang memelihara harta.
  3. Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu ramai taulannya dan sebaliknya orang yang berharta ramai seterunya.
  4. Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu apabila dinafkahkan akan bertambah, tetapi harta pula apabila dinafkahkan akan berkurangan.
  5. Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu diseru dengan nama yang mulia, manakala orang yang berharta diseru dengan nama bakhil.
  6. Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu tidak perlu dipelihara daripada pencuri, tetapi harta perlu dipelihara daripada pencuri.
  7. Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu akan diberi syafaat diakhirat nanti, manakala orang yang berharta akan dihisab hartanya.
  8. Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu tidak akan binasa, manakala harta pula akan binasa.
  9. Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu itu melembutkan hati dan harta pula mengeraskan hati.
  10. Ilmu lebih baik daripada harta kerana yang berilmu mendakwa kehambaan dan yang berharta mendakwa ketuhanan.

Monday, February 16, 2009

penyakit kita...

1. Penyakit bicara adalah bohong
2. Penyakit ilmu adalah lupa
3. Penyakit ibadah adalah riak
4. Penyakit budi pekerti adalah memuji diri
5. Penyakit berani adalah takut
6. Penyakit pemurah adalah menyebut pemberian
7. Penyakit cantik adalah sombong
8. Penyakit bangsawan adalah membangga diri
9. Penyakit malu adalah lemah
10.Penyakit mulia adalah kedekut
11.Penyakit agama adalah hawa nafsu

“Dada orang berakal itu ialah peti rahsianya”
(Saidina Ali Abi Talib)

Orang yang berilmu itu menyedari

1) Timbulnya keinsafan dari kemahuan
2) Timbulnya kemahuan dari keinginan
3) Timbulnya keinginan dari kepercayaan
4) Timbulnya kemajuan dari perubahan
5) Timbulnya kepandaian dari kerajinan
6) Timbulnya kesihatan dari kebersihan
7) Timbulnya cinta dari mata
8) Timbulnya dengki dari iri hati
9) Timbulnya kekuatan dari persatuan

Be slow in choosing a friend, slower in changing.
Benjamin Franklin

Friday, February 6, 2009

to my mum...love you...


assalamualaikum...
today is my mum birthday puan zaiton binti mohd yassin.
hari lahir yang ke-47.. ( 7/2/2009
bersamaan 11 safar 1430 )
semoga sihat selalu, ceria selalu, senyum selalu, mesra selalu, murah rezeki, berjaya dalam kehidupan...
semoga mendapat apa yang dikenankan ( hope not furniture )
semoga mendapat rahmat dan bersyukur selalu...
i love you soo muchh more then others...

your great cook make me fat..heheheh...
happy birth day....

Monday, February 2, 2009

untuk masa depan anak-anak...



Sabda Rasulullah s.a.w :
  1. " Apa yang dipelajari oleh kanak-kanak ibarat mengukir sesuatu diatas batu
  2. "Hadis ke-2: "Setiap bayi yang dilahirkan suci tanpa dosa ibarat kain putih,ibubapanyalah yang menjadikannya Yahudi,Majusi atau Nasrani.."
  3. Kajian mendapati lebih lama bayi merangkak lebih baik perkembangan otaknya.
  4. Jangan takut untuk memanjakan anak anda,Bayi yang dimanja dengan cara yang betul(bukan terlampau dimanjakan) lebih mudah diajar dan mendengar kata.
  5. Bercakap dengan bayi anda bahasa yang betul dan sopan bukan bahasa bayi kerana mereka belajar bahasa dari ibubapanya.
  6. Apabila bayi mula bercakap,ajarkan ia menyebut "Allah", "ar-Rahman", "la ilaha illallah".
  7. Jangan ketawa apabila bayi anda membuat perbuatan yang kurang sopan walaupun mengetahui mereka sedang mempelajari sesuatu yang baru.Mereka hendaklah diberitahu dengan lembut tetapi tegas bahawa perkara itu tidak harus dilakukan.
  8. Jika anak anda mempunyai sesuatu permainan yang disukainya,hulurkan tangan anda dan senyum apabila dia memberikan kepada anda.Pastikan anda memberi semula mainan itu kepadanya supaya dia yakin bahawa barang yang dipinjam akan dan harus dipulangkan.
  9. apabila anak anda menangis,jangan bertanyakan SIAPA yang menyebabkan dia menangis,kerana ini akan mendidiknya suka menyalahkan orang lain dan mengadu domba.Memadai sekadar menanyakan KENAPA dia menangis.
  10. Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak merupakan manusia yang paling ingin mengetahui,dapatkan buku-buku teladan yang menarik untuk dibaca bersamanya setiap hari terutama sebelum tidur kerana waktu ini sangat meninggalkan kesan kepada jiwa anak-anak.Jika sukar untuk mendapatkan buku pada peringkat pertama ini,ajarlah anak anda mengunakan tulisan berhuruf kecil pada kad putih berukuran 10x32cm (flash card).kerana ia mudah ditangkap oleh pandangan mata anak-anak.

Thursday, January 22, 2009

kepenatan....



aduhh penat tol hari nie...
dapat tugasan baru plak..haha...
kelas 11pagi-11malam...
waduh...
x pe hadapai dengan tabah..hehehe...
haa sok nak balik kampong...
cuti sem...syok tol dapat tidoq kat katil sendiri...
boleh guling2..
hehehe..
makan pun enak je...
mmg x dapat kurus laa kalau dok umah...hehe..
k take care..

Wednesday, January 21, 2009

to my freind in gaza



mmm...
pilu sangat hati bila tgk berita kan...
saya dah x larat nak tgk penduduk kat gaza..
kasihan sangat2..
tah laa...
nak cakap pe pun x tau..
sama2 laa kita wat yang termampu untuk membantu...
kesakitan je yang ada kat gaza..
dekat 3 minggu anak2 kecil nie x de pe2 selain bom, kematian...
sedih...
selamatkan bumi ini...

masa form 6....



haa nie laa masa yang x boleh lupe...
masa aku form 6..
pehh senior kat sekolah tu..
so baikk laa dengan sume cikgu..
tq kat cikgu2 sume..
x sabo rase nak pi sekolah..
mana tau rezeki...
dapat tabur bakti kat sekolah sendiri...
sama2 berusaha ke arah kejayaan...

dodol raya khar



aduhh sedap tol dodol nie...
nie masak mase bulan puasa..
program khar nie...
khar kolej kediaman aku dari sem satu sampai laa sem 4 nie haa...
penat tuu kacau dodol nie...
dapat gak aku merasa dodol yang aku kacau (sekejap pun janji kacau)wakaka...

kita....

Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuh yang celaka adalah jahil

aku dan buku

salam kenalan....

assalamu'alaikum..
hajat nak wat blog nie dah lama dah..
lagipun abah pun ada suruh wat blog nie..
nie free2 tu try wat..
syukur dapat gak buat..
ingat x nak buat blog nie...
cam leceh je..
hahaha...
haa niat tu datang bukan sebab bosan je...
sebab senior cakap masa sem 6 nanti kene wat blog gak..
so bek wat awal2..
sediakan payung sebelun hujan..
teknologi laju sangat laa..
kalah bullet train jepun..
kah kah kah....
kalau ada apa2 idea nak share bagi laa komen ek..
haa belajar rajin2..
priority kat family n study ( kat yang belum nikah laa)
k take care..
salam...