Monday, August 29, 2011

selamat hari kemenangan ...

sempena dengan syawal yang bakal menjelang..tak lama pun lagi..ada aa dalam 8 jam lagi masuk dah 1 syawal..puasa hanya 29 hari...tiada kepuasan hati dalam ramadhan ini...seperti ada yang masih belum dipenuhi..kadang ada masa yang di sia sia begitu sahaja..kecewa, kesal, sedih, duka, lara...namun tiada guna kerana 11 bulan tarbiah dari syaitan belum mampu aku lawan sepenuhnya...

tapi kan..nak salahkan syaitan kenapa plak..dah kalau diri sendiri tu yang tak asertif...mmmm.....ok ok...tak de banyak nak cakap pun...plan raya pun biasa biasa...baju pun biasa biasa...rasa masih mahu pergi kerja kerana tiada apa pun buat kat umah nie...hishhh.....dah hujung hujung nie pun tak reti nak manfaatkan jugak.ayaaa....

bacaan dari blog saifulislam sedikit mengisi kerelevanan mengapa ramadhan itu sebulan dalan setahun dan kita bakal makan puas puas untuk 11 bulan yang akan datang ... lagu manbai dan raihan sedikit mengusik hati namun masih begini seperti tahun tahun sebelum...

baiklah...cukup rasa luahan hati yang tak seberapa...dikesempatan menulis di blog ini...saya mengucapkan :

semuga Allah menerima ibdaah kita sepanjang ramadhan & memperkenankan keampunan kepada kita, seterusnya mampu menaikkan tahap kecelikan hati kepada taqwa. Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf Zahir dan Batin.

selamat hari raya dari akram ishak dan keluarga..semuga semua sehat dan berada dalam keadaan sehat sejahtera....semuga dikesempatan syawal nanti, sama sama kita dapat menunaikan puasa 6 .... :)

-akram ishak-
-desa wangsa keramat-
-29 ramadhan 1432-
-29 ogos 2011-
-11.29 a.m-

No comments:

Post a Comment