Wednesday, January 21, 2015

anak dan buku dan bapa dan ibu ....

Assalamu a'laikum ...
 
segala puji dan puja buat yang selayaknya, tiada lain kepada ALLAH jua sehala syukur di junjung :)
semuga sentiasa kita dalam lindungan rahmat kasih sayangNya :)

dengan kehidupan yang semakin mendesak, disamping memenuhi kehendak yang tiada merundum, harga keperluan yang mencanak, nafsu muda yang berbaur kehendak. ok pening dah aku .. hehe

post kali nie pasal anak anak .. yup anak .. pasal barang keperluan anak anda, dan bahan bacaan utk ibu ayah :)

cuma perkongsian, skit sebelum jump to isu utama. malam semalam pi beli susu anak. anak minum enfagrow A+ step 3 .. harga standart bagi tin 1.7kg adalah rm120, kadang tesco giang aeon sale so boleh aa dalat dalam rm 112, rm 109, rm 107, dan paling murah adalah masa sale kat sogo dapat rm97 utk 1.7kg tin .. 

tapi .. jeng jeng jeng .. mula mula dah tulis sikit pasal beli susu anak nie kat fb, tapi tak jadi post sebab macam ..... tah rasa malas post kat fb .. hahahah ...

malam tadi pi laa kedai ubat cina, kebetulan ada pek dalam kotak 650gmx2pek so dapat laa 1.3kg, pastu ada pek yang dapat free 200gm (bukan semua, tapi ada lagi 4 kotak je) so jadi laa 1.5kg dengan harga rm86 .. berbekal dengan rezeki bones dari kerajaan pemerintah yang amat mengamalkan islam yang wasatiyah secara syumul bonus yang ada dalam bank, beli laa skit wat stok ...

nak citernya .. beli laa kat kedai ubat cina .. hahaha .. bukan promo tapi realiti yang tiada sangkal lagi .. kedia cina yang aku beli nie area taman saga, kat taman midah ada gak belakang shell .. so rajin2 laa nek motor dan meronda kawasan kejiranan anda utk dapatkan sesuatu yang mahal dengan harga yang berpatutan :)

kalau pampers tu, beli kat pasaraya biasa pun ok .. kadang mamy poko yang biasa rm 55, boleh jadi rm 40 .. whoopi pun memadai utk pakaian harian anak kecil anda dengan harga yang jauh lebih rendah.. kalau di belakang giant ulu kelang ad ajuga yang menjual pampers yang murah secara pukal :) 

anak anda pilihan anda :)

ok .. bab seterusnya .. pasal bahan bacaan buat ibu ayah .. semua sedia maklum, ibu ayah cermin kepada anak. teringat pesan seorang ilmuan, jika kita menanam pokok, kita akan sayang dan memberi penuh tumpuan kepada pokok tersebut sekurang kurangnya sehingga pokok itu dilihat mampu membesar sendiri. cth pokok mangga. dibaja, digembur tanah, di siram sehari hari, mencecah saja batang mangga itu lebih kurang satu inci, maka kita pun lega dan seronok kerana kit asedar dan tahu pohon itu sudah remaja dan mampu survival sendiri...

jika pokok pun kita sayang sebegitu, apatah lagi anak kita. anak kecil kerap kali dicantas bakatnya yang membuak ibarat nafsu si bujang yang sudah mampu bernikah sedang mencari pasangan. 

oleh itu, suka saya menyarankan dua buah buku yang baik untuk bacaan kita .. yang pertama

40 Teknik Rasulullah Mengajar

40 Teknik pengajaran yang disarankan oleh Rasulullah SAW dapat merangsang setiap deria pembelajaran dan menjadi pengajaran lebih efektif dan sesuai dengan setiap stail pembelajaran insan. Samada anda pelajar audio, pelajar visual atau pelajar kinestenik, teknik yang di sampaikan dalam buku ini akan dapat membantu setiap stail pembelajaran.

MENGENAI PENULIS

Al`Allamah Syeikh al-Muhaddith al-Faqih Abdul Fattah Abu Ghuddah al-Halabi as-Suri dilahirkan di Syria pada tahun 1917 dan wafat pada tahun 1997 di Kota Madinah. Beliau merupakan seorang `alim dan pakar dalam bidang Hadis dan Fiqh. Diantara penulisan beliau yang masyhur ialah “Ulama` al-`Uzzab” (Ulama yang Bujang), “Qeemah az-Zaman `inda al-`Ulama`” (Nilai Masa disisi Ulama) dan banyak lagi. Selain menulis, beliau juga turut mentahqiq beberapa buah kitab.


Penterjemah :  Hj. Shuhadak Mahmud, Pensyarah Jabatan Syariah KUIS

 

sebuah buku yang jelas yang padat dengan contoh yang terus menuju sasaran ibarat busur panah dilepaskan. jika dibaca buku ini dan melihat pula ilmuan yang mengikut sunnah, akan jelas terpancar keberkesanan teknik ini :)

untuk membeli sila klin sini :)

dan untuk review berkenaan buku ini ada satu sini dua sini :)

ok .. itu buku pertama .. dan dibawah ini adalah buku kedua ...


Screaming-Free Parenting
keluaran syarikat femes pts .. mudah di cari :)
 

sedikit sinopsis ..

Seorang sasterawan terkenal menceritakan bahawa pada setiap malam, dia selalu membawakan air minuman ke bilik tidur anak-anaknya.
"Teguh, beginilah salah satu cara saya menghormati anak-anak..."
Inilah ungkapan rasa kasih sayang yang melimpah daripada seorang ayah yang tulus. Kesan yang tidak akan dilupakan oleh anak-anak sehingga dewasa kelak.
Bagaimana dengan anda? Ayuh, kita raih rasa cinta anak-anak. Berdasarkan pengalamannya bersama anak-anak, Teguh Iman Perdana menawarkan:
  • Menawarkan kaedah khusus untuk meraih hati anak.
  • Mengupas tentang mitos-mitos dan paradigma yang mengelirukan dalam pola mendidik anak-anak.
  • Memberikan cara yang jitu tentang mengasuh dan mendidik anak tanpa perlu marah.
hDengan adanya buku ini, ibu bapa dapat merasakan nikmatnya menjalani peranan sebagai ibu bapa dalam mengasuh dan mendidik anak-anak dengan cara yang bebas daripada emosi negatif. Buku ini memberikan cara mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang, kreatif, ceria, dan persahabatan, bukan dengan teriakan dan ancaman.

pada saya, buku kedua ini merupakan buku yang sangat simple pimple dimple mudah ringkas dengan jalan cerita yang ringan tapi isi yang baik namun secara sinikial buku ini mencabar ego ibu ayah (terutama bapak) dalam membesarkan anak. sangat bagus .. 

dan .. bukan bermakna menunjuk nunjuk buat kalian tentang membaca, cuma usaha dalam mendidik adak perlu ada. panduan hidup sebagai hamba dimuka bumi adalah agama yang datang dariNYA, dalam mendidik anak begitu juga :)

contoh contoh, dan cerita yang ada sangat praktikal, sangat sesuai buat mereka yang ada anak yang masih kecil (yang dah beso pun boleh) kerana sistem nilai (apa yang anak anda tanam dalam ingatan / otak) masih boleh dipupuk :)

 so good luck to all mother father out there . sama sama berdoa moga anak yang menajdi amanah ini, juga menjadi hasil tuai kita kelak disini atau sana :)

pokok kelapa itu sangat banyak musuh semasa kecil cth babi, namu bila besar pokok kelapa sangat berbakti seluruhnya. daun jadi penyapu, buat ada air, ada isi, ada santan, ada kelapa parut, batangnya menjadi titi :)

begitulah hendaknya anak kita semua, diwaktu kecil mereka dengan dunia yang mencabar muga sudha besar ada manisnya :)

ok .. last sekali buku 
Ke arah pembentukan kanak-kanak 
by Riza Atiq bin O.K. Rahmat


buku yang sangat bagus.. dapat pun soft copy.. ada hilal asyraf bagi link . tapi try cari balik tak jumpa dah .. ada dalam fb hilal :(

dari awal lagi buku Professor Ir. Dr. Riza Atiq bin O.K. Rahmat menekankan perkembangan dari multiple intelligence .. bahasa , math , agama et all .. dia cakap, dengan bayi nie sejak lahir sampai 2 minggu, cakap laa dengan sume bahasa yang betul dan baik, sebba bila anak dah besar nanti, anak itu cuma perlu recall perkataan itu, bukan membina perkataan baru :)

sekador itu dulu .. ada urusan lain (nak makan ;p ) nanti ada masa sambung lain :) adioss ... semuga dalam rahmat Allah :) senyum

No comments:

Post a Comment