Di antara ciri dakwah ini ialah,
Bertahap-tahap dalam mengatur langkah,
Menunggu masa,
Tidak tergesa-gesa mahu melihat hasil,
Kerana
Tiap-tiap sesuatu ada masanya yang telah ditentukan.
salam ramadhan.. perot pun dah kenyang... nie rasa macam nak menulis je...post yang lepas dah cakap pasal hadiah dan kemerdekaan..semua umat sedia maklum..malaysia nie dah 52 tahun merdeka...sambutan kemerdekaan ke-52 kat parlimen pun ala kadar je..ye laa bulan puasa nie..seperti kebiasaan..kebosanan tak dapat tidak..mesti datang gak masa buat koje..so nak hilangkan "tekanan" ada laa jumpa gambo-gambo yang menarik..pulak-pulak bahang-bahang merdeka nie...mesti rakyat malaysia nie peka dengan negara kita..adalah disediakan beberapa gambar untuk tatapan umum.. tengok dan nilai... bukan tengok sebab gambar lama..halusi, teliti, peka, renung, tatap, tengok..segala macam tingkahlaku yang menggunakan mata..guna laa untuk tengok gambo nie... kalau rasa x cukup beso..klik gambo tu... menteri berjabat tangan..PM melihat penuh minat.. org beso petronas sign perjanjian laa kot tu... sign lagi..sama je... go back time...
p/s :
Yang elok jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.
Bodoh yang tidak boleh diajar dan cerdik yang tidak boleh diikut....
selamat hari jadi kepada semenanjung malaysia a.k.a tanah melayu...sabah & sarawak plak merdeka pada 16 september (correct me)... biasanya kalau hari jadi kita akan mendapat hadiah, ada yang dapat hadiah kecik, ada yang beso, seutas jam, sepasang kasut, sehelai baju, seutas rantai, sebiji kek, pasu bunga, teddy bear, seluar jeans, beg, gula-gula, coklat (x kesah aa apa pun..apa yang dapat hadiah laa tu) sape tak melompat kalau dapat hadiah..lagi-lagi hadiah dari mereka yang tercinta.. apa plak erti merdeka dan hadiah?? sebagai hamba yang menumpang kat dunia nie...adalah baik kiranya kita ada menyumbang sesuatu yang boleh membantu negara kita untuk maju..tapi kepada yang telah sekian lama berjasa, peluh, penat, tenaga, kuasa, masa, duit semua di satukan untuk mendapat kesempurnaan dalam, hidup...tenaga dijual untuk duit....harapan mendapat balasan yang setimpal dengan usaha yang diberi selama ini pasti ada..kepada mereka yang lepak melepas tenaga,usaha, duit, masa, pada yang tidak perlu...kini masa berfikir dan bertindak.... sempena kemerdekaan ke-52... satu kemudahan yang menjadi bahan kontroversi pasti menjadi semakin kontroversi..setelah lama diam dudok dalam selimut dunia.skarang dia datang lagi.. baca,nilai,selidik, halusi, teliti,buat laa apa yang patut....ada secubit kesah disebalik merdeka dalam bulan puasa nie.... bernama - TIADA PERUBAHAN HARGA PETROL UTAMA NEGARA: ISMAIL SABRI - KUALA LUMPUR 31 Ogos — Tiada perubahan dalam harga petrol utama negara, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna, Ismail Sabri Yaakob. Beliau hari ini melancarkan petrol RON95 bagi menggantikan RON97 sebagai produk petrol utama yang akan dijual mulai esok di stesen minyak di seluruh negara dengan harga RM1.80 seliter iaitu sama dengan harga RON97 sebelum ini. harakah daily - Rakyat mendapat hadiah istimewa sempena menyambut Hari Kemerdekaan tahun ini apabila harga petrol dipercayai akan mula naik mulai tengah malam ini. Menurut sumber, Ron 95 akan naik dari RM1.75 ke RM1.80 malam ini manakala F1 akan naik dari RM1,80 ke RM2.05. Bagaimanapun sehingga kini tidak ada sebarang pengumuman rasmi mengenainya. malaysiakini Ogos 31, 09 6:55pm - Kerajaan hari ini mengumumkan kenaikan harga petrol RON97 daripada RM1.80 kepada RM2.05 mulai esok.Manakala harga petrol RON95 yang dilancarkan hari ini - bagi menggantikan RON92 - dijual pada harga RM1.80 seliter.Kerajaan sebelum ini telah menyatakan bahawa harga petrol akan dinaikan pada 1 September.Mei lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata harga petrol gred premium RON97 akan naik 20 sen kepada RM2 seliter, manakala petrol gred rendah RON95 akan dijual pada harga RM1.75 seliter.
berubah corak sambutan kemerdekaan tahun nie..dalam paper tadi ada tertulis..dari 2 jam sambutan kepada 40 minit je..adalah diharap pengisian pada kali ini bersesuaian dengan bulan ramadhan...selamat menyambot bulan kemerdekaan kepada semua... when you have something to say, say it loud.. say it proud... tingkatkan prestasi.. kepala nie dok pikir assigment yang melambak-lambak.. ada plak dapat asgment tadi..kene hanto sebelum ghayo..adeii..sebelum jauh menyimpang, nak tamatkan dulu penulisan kali ini..jumpa lagi di lain entry...haha...(tengah mamai) salam
selamat menjalankan rukun islam ini dengan sesempurna mungkin.. semuga segala amalan baik kita diterimaNya... dah bulan puasa nie, semuga terbukalah hati untuk ALLAH beri hidayah supaya kita meneruskan amalan yang baik-baik hendaknya.
salam..lepas je tulis "bunga yang cantik, jarang harum" kat YM...ramai kekawan pompuan usik saya..saya pun tak tau kenapa..pada saya semua manudia berusaha untuk menjadi yang paling menarik tak kira dimana mereka berada..kelas, padang, pasar malam, kedai makan, dalam bas, masa tunggu bas dan banyak lagi situasi lain...dari pemerhatian saya, nak tengok camne seseorang tu menarik perhatian orang, bila dia duduk sesorang...haa dah jauh ngarutt...hehe..apa sebenrnya nak cakap kat sini adalah pasal tajuk tu...
silalah teruskan membaca......
Wanita sinonim dengan kecantikan. Istilah “cermin” dalam bahasa Arab dekat sangat dengan wanita – kerana cermin itu dekat pula dengan kecantikan. Bercermin untuk kelihatan cantik. Ke mana-mana wanita pergi, cermin ada di sisi.
Bagi yang tidak cantik bagaimana? Mereka bukan wanita?adakah mereka akan disisihkan? tak ada laki nak ke?
Tunggu dulu, setiap yang Allah cipta pasti indah kerana Allah itu Maha Indah dan suka pada keindahan. Tuhan tidak mencipta manusia hodoh, Tuhan hanya mencipta manusia dengan kecantikan berbeza. Jadi, ingat itu… setiap wanita berhak untuk rasa cantik!
Soalnya, di manakah letaknya kecantikan sebenar pada seorang wanita? Kalau kita tanyakan kepada para lelaki maka sudah pasti kita akan temui pelbagai jawapan. Ada yang merasakan kecantikan wanitaitu pada agama, sikap, percakapan, cara jalan, wajah, pada bentuk tubuh, pada kebijaksanaan atau pada tingkah lakunya.
kalau kecantikan pada wajah, terbahagi kepada pelbagai pandangan, ada yang mengatakan kecantikannya terletak pada hidung, pada mata dan sebagainya. Pendekata kecantikan itu bagi anggapan sesetengah orang sangat relatif sifatnya. Lain orang, lain penilaiannya.
Namun sebagai seorang Islam, kita tentulah ada kayu ukur tersendiri untuk menilai kecantikan. Kita tentunya mengukur kecantikan wanita mengikut kayu ukur Islam. Dan tentu sahaja kecantikan yang menjadi penilaian Islam adalah lebih hakiki dan abadi lagi.
Misalnya, kalaulah kecantikan itu hanya terletak pada wajah, wajah itu lambat-laun akan dimakan usia. Itu hanya bersifat sementara. Apabila usia meningkat, kulit akan berkedut tentulah wajah tidak cantik lagi. Jadi tentulah ini bukan ukuran kecantikan yang sejati dan abadi. kalau laa pikir bebetul, kalau hari ni dapat wanita tercantik kat dunia, tahun depan ada je lagi pompuan lain yang akan menang title tu...
Sebagai hamba Allah, kita hendaklah melihat kecantikan selaras dengan penilaian Allah atas keyakinan apa yang dinilai oleh-Nya lebih tepat dan betul. Apakah kecantikan yang dimaksudkan itu? Kecantikan yang dimaksudkan ialah kecantikan budi pekerti ataupun akhlak. Itulah misi utama kedatangan Rasulullah SAW – untuk menyempurnakan akhlak manusia.
Kecantikan akhlak jika ada pada seseorang, lebih kekal. Inilah kecantikan yang hakiki mengikut penilaian Allah. Hancur badan dikandung tanah, jasa baik di kenang juga. Kecantikan akhlak ini juga adalah satu yang lebih abadi. Kata pepatah lagi, hutang budi dibawa mati. Malah akhlak yang baik juga sangat disukai oleh hati manusia. Contohnya, kalaulah ada orang yang wajahnya sahaja cantik tetapi akhlaknya buruk, pasti dia akan dibenci.
Ya, mata menilai kecantikan pada rupa. Akal menilai pada fikiran. Nafsu menilai pada bentuk tubuh. Tetapi hati tentulah pada akhlak dan budi. Kecantikan akhlak ini diterima oleh semua orang. Katalah orang jujur, siapapun suka. Semua orang sepakat menyayangi orang yang jujur itu disukai. Sedangkan jika menurut ukuran rupa, penilaian manusia tetap tidak sama. Sebab itu ada pepatah yang mengatakan, ‘beauty in the eye of beholder’.
Rasulullah saw juga telah pernah menegaskan, sebaik-baik perhiasanadalah wanita yang solehah. Wanita solehah ialah perhiasan rumah-tangga, perhiasan masyarakat dan perhiasan negara. Jika ada ibu yang solehah, anak-anaknya tentu mendapat manfaat. Mereka akan terdidik dengan baik.
Jika ada isteri yang solehah, suami pun akan mendapat manfaat. Para isteri ini akan memudahkan urusan rumah-tangga, menjalinkan hubungan keluargha dengan penuh kasih-sayang dan lain-lain. Tuturkatanya baik, tingkah lakunya baik, senyumannya menawan dan segala-galanya indah… mereka bayangan bidadari syurga di dunia ini.
Kenapa banyak wanita yang memiliki kecantikan tetapi musnah hidupnya? Ada ungkapan yang berbunyi, kemusnahan akan menimpa bilawanita mula merasai dirinya cantik dan mempamirkan kecantikan. Sejauhmana benarnya, wallahua’lam. Tetapi apa yang pasti, menurut Islam jika kecantikan tidak disertai iman yang kuat, maka pemiliknya akan hilang kawalan diri. Akibatnya ramai wanita cantik diperdayakan oleh syaitan untuk menggoda manusia melakukan kemungkaran. Lihatlah di sekeliling kita. Kata orang, bunga yang cantik jarang yang harum! Ini sudah menjadi sesuatu yang lumrah.
Tanpa iman, kecantikan akan dipergunakan ke arah kejahatan dan kemaksiatan, yang akhirnya akan memusnahkan diri pemiliknya dan orang lain. Cuba kita lihat apa yang terjadi kepada bintang filem barat (di sinipun apa kurangnya), ada yang memporak-perandakan negara, rumah-tangga dan berakhir dengan sakit jiwa dan bunuh diri.
Cantik tidak salah, tetapi salah menggunakan kecantikkan itulah yang salah. Kata orang, wanita yang cantik jarang berakhlak. Umpama bunga yang cantik, jarang yang wangi. Tetapi kalau cantik dan berakhlak pula, inilah yang hebat. Umpama cantiknya wanita solehah pada zaman nabi seperti Siti Aishah RA, Atikah binti Zaid dan lain-lain.
Bagaimana mendapat kecantikan sejati? Perlu kita faham kecantikan itu bermula dari dalam ke luar. Bukan sebaliknya. Oleh itu pertama, tanamkan di dalam hati kita iman yang benar-benar kuat berdasarkan ilmu yang tepat dan penghayatan yang tinggi. Iman itu keyakinan, kasih sayang, kemaafan, sangka baik dan reda. Rasa-rasa ini buktikanlah dengan perbuatan yang baik. Bila hati baik, wajah akan sentiasa cantik.
Jadi perkara kedua ialah susulilah iman itu dengan perbuatan yang baik. Ertinya, kita atur kehidupan mengikut syariat atau peraturan Tuhan. Dan apabila iman ditanam, syariat ditegakkan, akan berbuahlah akhlak yang mulia. Wajah, perilaku dan peribadi kita akan nampak cantik sekali. Inilah yang dikatakan kecantikan yang hakiki. Biar buruk rupa, jangan buruk perangai. Apa gunanya mulut yang cantik kalau kita gunakan untuk mengumpat?
Ya, kecantikan akhlak… boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja, oleh yang rupawan mahupun yang hodoh. Itu bukti keadilan Allah yang mencipta wanita dengan berbagai wajah dan rupa… tapi peluangnya untuk “cantik” tetap serupa...
adakah kemenangan penting? adakah kemenangan perlu? adakah kemenangan yang dinginkan? adakah kemenangan milik semua? adakah kemenangan yang aku kejar? adakah kemenangan membantu anda? semua nie persoalan untuk anda... bagi saya..... kemenangan penting, perlu, diinginkan, dan membantu... sebab apa... lihat, fikir, renung, dalami, halusi, perhatikan, buatlah keputusan anda.. semalam lepas kelas intervensi yang penuh dengan pelajar yang kene "paku" dengan pensyarah,aku pi padang UPSI...menurut kata azizi ada acara makan buah-buahan tempatan yang dianjur oleh kolej aminuddin baki (KAB)..so mengambl peluang ini, aku pun ikut laa azizi ke padang.sesampai kami ke sana aku jumpa laa kekawan aku yang uruskan acara nie..mula-mula masa azizi bagitau tu, ingat merasa je, rupa-rupanya pertandingan..kalu diimbas balik, aku nie penah menang dalam pertandingan makan buah2 nie (masa annual dinner pengawas)..haha... syarat nak masuk pertandingan nie = 1 grup 3 org.. haa nie laa ahli dalam kumpulan aku yang ditubuhkan secara ad-hoc.orang tgk pun tau dah boleh jadi juara....dari kanan :rizal, azizi, akram. nie laa habuan yang perlu dihabiskan untuk berjaya...nenas 1 biji, tembikai separuh, betik separuh, mangga 3 biji, tembikai susu separuh..banyak tu.. setiap sesuatu perkara yang ingin dilakukan, kene ada strategi..so ketua kumpulan iaitu azizi memberi penerangan cara nak menang...hahaha.... apakah ending dari kisah yang diceritakan ini?
adakah kumpulan kami medapat taktha juara???
jawapannya : setiap pertandingan ada yang kalah dan menang, so kumpulan kami nie bukan nak sangat menang...go out and get some enjoy for yourself..best tu dpat enjoy2 jumpa kawan2...(kalah laa tu sebab tu cakap camnie..hahaha)... kalah plak kami...tempat last plak tu..tapi puas hati laa..haha...buah yang makan tu pun tak dapat dihabiskan..pelik betul..hahaha... pe2 pun tq to KAB sebab anjur acara nie...
Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA)2009 yang diselenggarakan oleh UPSI sebagai penganjur utama bagi tahun ini. Skop persidangan pada tahun ini diperluaskan supaya merangkumi semua aspek dan bidang kehidupan masyarakat yang memerlukan perkhidmatan kaunseling ke arah memperkasakan masyarakat sejahtera, mempunyai jiwa dan minda yang lapang, yang akhirnya akan menjadi warganegara yang produktif, gembira, bahagia dan aman sentosa. Kami memilih tema ini untuk memberikan penekanan khusus terhadap pentingnya peranan kaunseling sebagai penawar bagi ‘menyembuhkan’ pelbagai penyakit masyarakat yang menyebabkan mereka menghadapi tekanan dan stres, kemurungan, ketakutan, rasa mahu membunuh diri dan sebagainya.
tarikh : 3-5 november 2009 tema : "Strengthening Individuals, Families & Communities through Quality Counseling Services" tarikh akhir : Penghantaran Abstrak : 20 Ogos 2009 Penghantaran Kertas Kerja : 30 September 2009
Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut, sila hubungi Urusetia melalui maklumat berikut :-
Tel : 605-4506677 / 6107 / 6001 / 6119 Emel : pkk09@upsi.edu.my This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it Laman Web : http://pkk09.upsi.edu.my
siapa tak gembira kalau dah siap tugasan.. lagi-lagi tugasan yang susah... tapi cuba bayangkan kalau tugasan yang dah siap lengkap complete... tiba-tiba dapat tau tugasan tu silap..padahal sok nak hantar nie..haha... tu laa akibat kalau semangat sangat nak wat kerja cepat2....hahaha... pengajaran yang mengajar...haha... ayuhh siapkan kerja yang tersilap.. ada 8 jam je lagi nak siapkan..haha... mencari kekuatan dan keberkatan.. kurangkan konspirasi tingkatkan prestasi... jangan buang masa.....
pagi tadi bangun2 je pagi tadi terus wat tugasan...(rajin tu)..tapi mmg balik awal nie nak wat koje pun..lama sangat wat koje, pe lagi..cari laa gambar2 yang boleh wat release tension..penat tu wat koje.. tengah pusing2 cari benda yang menarik, terjumpa laa.....
koleksi gambar-gambar sebuah van yang terbakar. Hangus. Habis hancur semuanya. Tapi di dalamnya ada senaskhah Al-Quran yang tidak terbakar. Kalau difikir secara logik akal selepas melihat keadaan van tue, sepatutnya memang Al-Quran nie pun turut serta hangus. Tapi sesungguhnya kebesaran agama Islam mengatasi segalanya.
keadaan kereta yang terbakar.....
dalam kereta..
haa alquran...
Semoga semua amalan kita diterima Nya. Renung-renungkan dan selamat beramal.dah dekat puasa nie..tapiu jangan nak puasa baru beramal.beramal setiap masa....(ingatan untuk diri sendiri sebenarnya)....
ok nak sambung wat koje....banyak lagii...mmmm.....
salam.. tadi bertolak ke TM jam 3.30 petang... sampai dari KL jam 4.45 ptg..laju gak bas tadi.. sampai je cam besa laa..kene kemas bilik dulu.. kene balik awal...assigment bertimbun-timbun.... sekarang masa untuk menyiapkan tugasan yang diberi.. so good luck to all... cepat-cepat laa siap tugasan ..nanti senang di kemudaian hari.. penat gak naik bas tadi..sejuk betul.. ada kawan ajak pi cameron..ikut hati mmg nak pi..syokk tu.. tapi apa kan daya...tugasan lebih penting..hehe.. k laa..selamat...
Pengumuman cuti dibuat Pengumuman berkenaan cuti yang bermula hari ini diumumkan di kolej-kolej. Pelajar berpusu-pusu keluar dari kawasan kolej untuk mendapatkan tiket balik kampung. Teriakan gembira juga kedengaran selepas pengumuman dibuat. Cuti akan bermula pada hari ini 29 Julai sehingga 9 Ogos. Walau bagaimanapun cuti awal semester hanya akan dikira bermula 1 Ogos ini. Kuliah 29 hingga 31 Julai perlu diganti selepas kuliah bermula.
sumber : http://upsikini.blogspot.com/
apa lagi..orang dah bagi cuti....huhu.... selamat bercuti.. jaga keselamatan dan kesihatan... salam...
dah dapat kupon pe lagi..nak pi reedem laa...tapi...................
haa luk habis...
jangan kata lauk...nasi pun habisss...nak makan pe ??? haa tengok sendiri.....2700 orang pi makan kat cafe.. minimart KHAR pun licin..sempat laa aku beli roti...
mereka yang mementingkan keselamatan....
dan.................
mereka yang berjaya mendapatkan makanan.....hahaha....(kene interview)
adoiii..betul-betul dugaan ALLAH SWT... semalam ingat kene kuarantin je.. sekali haa... dengar citer ada 3 - 4 orang postitif.. apa-apa pun..berdoa laa kita laa.. buat apa yang patut..selagi termampu, kita bendung... haa nie plak situasi yang berlaku di KHAR... nie kat depan pejabat KHAR.haa yang dalam gambo MPP(yang berdiri tu)..sume tunggu bas nak pi klinik..(aku tengah tido lagi..) masing-masing dalam keadaan risau memikirkan diri masing-masing (aku masih tidoo) budak-budak tunggu bas kat blok 1 (aku sedap tidoo)....
ada plak dapat kupon free.. baru bangun pagi tadi (kol 12)..datang JMK latihan dan pembangunan sahsiah - abu handalah.. dia datang bagi kupon..muka aku nie haa..tau-tau je laa kalau baru bangun tido nie..haha....almaklumlaa...tido kol 4 pagi tadi... masa dapat kupon ni laa..kebetulan aku bangun..hehe haa nie laa kupon yang diberi kepada semua pelajar KHAR..waa teekjut oo..laju betul JMK KHAR wat keje...tahniahh....bayanghkan nak bagi kupon kat dekat 2700 student...sorang student dapat kupon rm 7..rm3.50 lunch..rm 3.50 dinner..layan laa haa nie laa antara bebudak umah aku..2-4-8.. apa-apa pun take care..
dah laa kene kuarantin... bukak je blog tadi..tgk sume link dah tak de..adoii.. dah ar sume yang dah link tu best2...sedih bangat seh.... kene laa bersengkang mata wat balik benda tu..hehe... assigment tak siapkan plak..hahaha... berubahlah demi kejayaan masa depan anda..hehe.. da..take care..salam....
selamat pagi... petang tadi lepak kat umah kawan...nak siapkan tugasan laa...tengok kawan sorang tu (ayie a.k.a shah) dah selseme..kol 8 malam tadi saya pun balik laa umah (KHAR)... aktiviti malam cam besa laa...tengok-tengok koje pe yang boleh wat..persiapan awal.. pastu kol 11 tadi dah masuk tido (mmg suka tido awal..)(jangan tanya kenapa)..... tengah syok tidur..budak umah masuk.."akram kita kene kuarantin"..dalam mamai-mamai tu malas laa nak layan..roomate plak masuk..cakap benda sama plak..nak amik hati punya pasal..buat-buat bangun laa..(kemahiran mendengar/melayan).. bebudak kat KHAR nie plak dah bising-bising... dalam bising2 tu..dapat tau kolej kene kuarantin... nie dalam kuarantin laa..tak boleh nak keluar KHAR..adoiii....(1st thing come out from my head is...nak makan apa nie..hahahaha) dah laa esok kena pi meeting.. dalam mamai-mamai tadi..terus bangun..sempat lagi begambo..haha...layan je laa.. cara pemakaian penutup mulut nie dengan betul..pastikan seluruh hidung dan mulut anda tertutup. haa cam nie laa cara pakai topeng (mask)..untuk keselamatan..pakai laa topeng ni... manusia nie selalunya dah terhantuk baru sedar...so bertindak sebelum sesuatu yang tidak diingini berlaku..sediakan payung sebelum hujan... secara tuntasnya...nak bagi tau kat sume.. .......... ........... .............. .................. saya baru potong rambut..hehehe... mengantokkk.....waktu untuk tidur.. selamat malam semua... baca doa sebelum tidor..nak tau doa pe...beli laa buku 101 doa tu..1 of the best book..sebab ada penerangan sekali.. ok ok ok..... zzzzzzzzz................. selamat....
morning to all.... haa nie ada gambar skit nak share dengan korang sume.. pagi nie nak wat assigment.. so nak amik mood terjumpa laa dengan gambo nie.. so secara automatik kepala nie mengatakan..
fikir laa sebelum wat sesuatu perkara.. kesian budak tu..nie bukan nak kenekan pompuan tau..mujur tak mati terjerut.. mm..haa nak sambung wat asgment Dr. Jazimin...nak wat pe tak tau.. tapi semalam ada Dr. pesan.. kalau asik merungut je, sampai bila pun kerja tak siap. tak cuba tak tau lagi..selamat menyiapkan tugasan kepada semua.. gambo tu saje je..wat pembuka mood pagi2 nie.. k da...
siap2 pagi tadi pi kelas intervensi... mmg tak de sape datang lewat laa... kalau lewat..balik umah tarrikkk selimutt..huhu.... apa yang syok nak share dengan sume adalah... kata2 incek Zulkifli mamat...
"kalau kejar cita-cita, kita akan dapat cinta..kalau kejar cinta, kita akan tertinggal cita-cita" kalau pikir2 balik ada betul gak apa lec cakap nie.. so sama-sama laa kita renuungkan... nak bercinta pun berpada laa.. dah nikah tak pe laa.... k laa. nak siap pi kelas DADAH plak.... da...
salam pagi kepada semua... pagi nie saya bangun awal laa dari biasa.... kol 6 dah bangun... padahal semalam bukan men susah nak tidor.. kat kol 1 baru dapat tido... pc pun tak ttp tido semalam... bangun pagi tgk kawan2 ym.... rajin dorang nie.. ada yang sign out kol 4 pagi..bagussh2.. ishh tapi bukan nak citer pasal tu pun.. nak citer pasal umah baru saya nie.. dok kat KHAR lagi...2-4-8(1)..jemput2 laa datang.. kol 6.10 bangun laa, nak pi cuci muka laa.. tengok kat hall gelap je...syokk ar dapat cuci muka dengan tenang.. apa yang nak citer kat sini...jeng jeng jeng.... kat KHAR 1 umah muat 8 org.. minggu lepas, ada 4 senior, 4 junior. tah camne pengurusan kolej nie, bebudak junior kene pindah atas...ada budak len plak masuk... so bangun je pagi tadi, tengok umah sunyi je.lampu pun tak on lagi... kalau tak, haa bebudak junior nie dah siap mandi.. kadang tu bebuluuu je kene tunggu dorang nie mandi.. ada sekali tu nak tegelak pun ada...awal sangat siap... padahal baru kol 615 kadang tu.. junior2... paling kelako masa 1st week start study hari tu.. kol 630 tu dah penuh bustop nak pi kampus.... masa tu aku nie baru je bangun tido... tegelak2 dengan senior lagi...gelak sampai nangis tengok dorang.. tu laa semangat nyer junior... haa tgk skang kalau dah jadi senior.. kol 7 pun sempat lagi nak tulis blog..hehehe... tapi dah masuk week 3 nie tengok junior dah boleh sesuaikan diri dengan keadaan.. cara manusia nie sesuaikan diri dengan keadaan (tempat )samada menerima keadaan itu, mengubah keadaan mengikut kesesuaiannya, atau tinggalkan keadaan itu (correct me..) k laa..saje nak share.. pagi2 kalau kita happy, dengan izin-Nya, sepanjang hari laa kita akan happy. kalau pagi2 dah muddy je..hari tu kemungkinan beso jadi tak syok.. so..kene happy selalu... selamat menghadapi hari dengan tabah...
apa khabar semua... haa saya nie bersyukur sangat2... dah dekat 2 minggu ta dapat serve internet.. wireless adaptor rusak... dah dapat wireless baru nie...
laju plak tu..huhu.... haa dah setel pasal nak dapat tenet nie.. nie dok penin kepala cari jurnal.. nak wat bahan sokongan koje.. awal2 sem nie ingat boleh laa relax... haa baru nak lepak2... tengok2 x dapat nak lebih2...adoii.. dapat plak lecturer yang tegas... so untuk sem nie.. kene laa belajar rajin2 dan lebih kuat... orang cakap study smart... kalau smart je cukup ke?? pada saya tidak.. so hard pun kene ada..hehehe.... jauh menyimpang dah post nie.. syukur laa dengan apa yang kita dapat... ok kepada semua... selamat meghadapai hari dengan tabah...
salam kepada semua.. seperti semua sedia maklum.. Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan... ada pemimpin yang tersenyum riang mendengar keputusan ini.. kepada yang bermandi "hujan" semasa membantah PPSMI, kini boleh tidor lena bersama keluarga. adakah ini yang dikatakan sebagai kejayaan rakyat??? tidak kurang jyga ada yang sedih.. ada yang mempertikai pemansuhan ini... ada yang masih meninjau pendapat rakyat... namun apa pun, keputusan telah dambil..
Rentetan pelaksanaan PPSMI
Julai 2002 - Mesyuarat khas jemaah menteri, waktu itu perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, meluluskan dasar baru Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)
Januari 2003 - Dasar ini diperkenalkan berperingkat-peringkat dengan dimulai Tahun 1 untuk peringkat sekolah rendah, Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 Rendah untuk sekolah menengah
Januari 2007 - Pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah menengah
Januari 2008 - Pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah rendah
Mac 2009 - Lebih 8,000 menyertai demonstrasi membantah PPSMI dengan berarak ke Istana Negara. Ia didukung Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang diketuai oleh Datuk A Samad Said dan Datuk Dr Hassan Ahmad.
Mac 2009 - Satu kajian mendapati PPSMI hanya berjaya meningkatkan empat peratus penguasaan bahasa Inggeris tetapi sebaliknya mengurangkan minat untuk mempelajari Sains dan Matematik.
Kajian 53 pakar bahasa itu, merumuskan dasar kontroversi tersebut "menimbulkan kerugian berganda kepada kepada murid, terutama kepada 75 peratus murid yang tergolong dalam kategori (pencapaian) sederhana dan lemah dalam tiga mata pelajaran terbabit, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik."
Mei 2009 - Kesemua lima Sasterawan Negara yang masih hidup menolak dasar ini - sekali gus mencipta rekod sejarah budayawan menentang dasar kerajaan tersebut.
Jun 2009 - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut mempertikaikan dasar tersebut dengan memberi amaran "jangan jadikan pelajar bahan ujian" dasar yang "jelas mempunyai pelbagai kelemahan ketara."
Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman pula berkata "salah, tidak beretika dan tidak rasional jika dasar pendidikan negara diputuskan melalui prasangka, emosi, persepsi dan andaian individu-individu tertentu yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pendidikan sebenarnya."
Julai 2009 - Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan dasar PPSMI dimansuhkan sepenuhnya pada 2012.
sebagai bakal pendidik suatu masa kelak, secara peribadi saya amat bersyukur dengan keputusan ini..setiap keputusan yang diambil, pasti akan ada pro dan kon.. so to all..jangan mengharap kesempurnaan dalam semua perkara.. kita nie manusia.mesti ada silap maa.. saya harap semua dapat menerima keputusan ini dengan hati yang terbuka.. sebenarnya kerajaan pun akui PPSMI banyak kelemahan.. tapi rasa bukan kelemahan, tapi kesesuaian kot yang kurang.. nak wat pe2 plan pun..kene laa mintak pendapat semua pihak.. apa pun nak ucap tahniah kepada Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), dan mereka2 yang seangkatan dengannya.. apa2 pun.....senyum selalu... salam
salam.. lama tak menulis nie.. rasa kekok plak..hehe.. so camne cuti anda semua?? mm.. masa cuti hari tu ada laa lepak2 dengan kawan2... pastu ada sorang mamat ni memberi satu persoalan untuk kami semua yang sedang merehatkan diri.. dia cakap.. mana lagi bagus bagi individu yang mencari pengalaman kerja dan mahukan cabaran dalam kerja.. kerja kerajaan atau swasta? perniagaan atau menjadi pensyarah?? haa mari mengomen bagi persoalan ini... apa pun..kepada semua.. take care... selamat bercuti... ada masalah kene kongsi.. nak lagi sonang.. jumpa kaunselor..hehe...
selamat sudah segalanya... sudah tamat exam... semua jam kredit tamat...huhu... paling syokk psiko perkembangan.. nak tau kenapa..? tanya mereka2 yang menjawab soalan "past year".. skang nak piki pasal ROS (rancangan orentasi sekolah) plak... mm... bagus jugak ROS nie.. dapat merasa balik ke sekolah.. tapi dengan kelainan... kalau dulu pi sekolah pakai suar hijaoo baju putih... baju biru suar biru tua sebagai pengawas... pakai tie pun pendek..haahaha.. dulu pi sekolah misai janggut licin... tak de janggott lagi pun..wakakka... haa nie laa gambo masa form 6...jejaka2 dari kanan epi, yang depan tu izrul, belakang tu sharir, dan jejaka paling kiri. (cuba teka sape)...huhu..... haa amik kau.. sekarang pi sekolah baju suar crocodile, tie belasah laa jenama apa pun. bergaya cam guru beso..haha... janggut dan misai penghias rupa.. nie laa perkembangan... baru bape tahun tinggal sekolah.. perubahan ketara.. mmmm...... syokkkk tol dapat pi sekolah. tapi kan......... kalau bergaya sangat pun..tak tau wat sesi watpe.. bek jadi besa2 je.. cam................ehh sape nie ek??baju pinjam bapak punya je..selamat badan aku sama dengan bapak aku.. jimat duit....hahahaha... nie masa malam KHAR..dapat gak nek pentas.huhu... nak tau sebab apa dapat naek pentas... rahsiaa......hihi
mmm.... lupakan pentas...saje selit gambo tu... haa to all.... mari sama-sama ke ROS... selamat bercuti kepada semua pelajar kaunseling semester 4, sesi 2 08/09... kejap betol rasa dok kat UPSI nie.. ciauu.. selamat berjuang... wassalam..
Welcome to my Weblog. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, bantahan atau cadangan, sila email kepada kaloilaut@gmail.com atau akram_ishak@yahoo.com
pengkhianat
belajar sambil .........
"Belajar sambil mencabar, pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang, bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin, biarlah mahasiswa mencabar asalkan sambil itu mereka belajar.." - Prof Ungku A. Aziz..
kebenaran....
setiap yang benar
betapa ditekan tetap menjalar
tanpa dibaja kan tetap mekar
tanpa udara pun kan tetap segar
silent killer
musuh atasan
ayuh berjuang...
Cantik sungguh puteri Palembang, Sayang bersunting bunga pudak; Betapa keras dilambung gelombang, Kucacak tiang, kulayar jua.
Buku 101 Doa Para Nabi Dan Rasul Dalam Al-Quran
Buku ini mengandungi doa para nabi dan rasul yang terdapat di dalam Al-Quran. Doa mereka merupakan potongan ayat-ayat Al-Quran. Jadi bagi yang mengamalkan doa ini, kita berdoa dan membaca ayat Al-Quran pada masa yang sama. Al-Quran adalah sebaik-baik susunan ayat munajat kepada Allah s.w.t. Kata-kata ikhlas yang keluar daripada hati para nabi dan rasul adalah kata bimbingan dari pencipta alam, Allah s.w.t...Penulis : Ustaz Zahazan Mohamed
Indahnya Hidup Bersyariat
Isi buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu kifayah). Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekanan pendidikan remaja, hukum-hakam muamalat (jual beli), munakahat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu bersumberkan al-Quran dan hadis sahih. Penulis : Dato' Ismail Kamus
Aku Terima Nikahnya
Buku ini menghimpun coretan rasa dan pengalaman seorang bapa dalam memenuhi tanggungjawab yang menanti sebuah perkahwinan. Pengarang : Hasrizal Abdul Jamil
Bercinta Sampai Ke Syurga
Kesinambungan kepada buku Aku Terima Nikahnya. Mengandungi kisah alam rumah tangga dan nasihat yang tersendiri, menyentuh hati, geram, sinis, lucu, marah; kesemuanya diadun dalam nada bersahaja namn isinya tetap tajam dan mantap. Pengarang : Hasrizal Abdul Jamil
Murabbi Cinta
Murabbi Cinta adalah siri ke-3 di dalam kategori Aku Terima Nikahnya, buku yang menjadikan cinta sebuah Tarbiah, dan bermurabbikan seorang Nabi s.a.w...tulisan : USTAZ HASRIZAL ABDUL JAMIL..HARGA: RM RM25.00...
Rindu Bau Pohon Tin
Penulis merakamkan pelbagai iktibar kehidupan, berkongsi cerita, memberi 'rasa' dalam tawa dan air mata. Jauh dari kampung halaman, kelananya sering dilanda payah dan derita. Namun kenangan yang menjenguk selepas perjalanan masa, rindu pula bertamu di jiwa. Nostalgia itulah yang memperkenalkan erti kehidupan, ukhwah dan kasih sayang. Pengarang : Hasrizal Abdul Jamil
Satu Rasa Dua Hati
Buku ini menyediakan jawapan untuk persoalan seharian rumah tangga. Ia adalah catatan bicara rasa penulis berkaitan dengan hubungan suami isteri dan kerukunan sebuah rumah tangga. Bagi yang bakal dan telah berkahwin buku memberikan panduan menyemarakkan lagi cinta dalam perkahwinan. pengarang : Pahrol Mohd Juoi
Nota Hati Seorang Lelaki
Buku ini meluahkan isi hati seorang lelaki yang sangat wajar dibaca oleh mereka yang bergelar isteri, adik, anak, pelajar dan ibubapa kepada mereka yang bergelar LELAKI. Ia menyelami perasaan dan jiwa seorang lelaki menurut perspektif rumah tangga, pendidikan, moral, ekonomi, politik dan lain-lain “gelanggang” juang mereka. Ia ditampilkan dalam bentuk yang sangat santai tetapi mengandungi maksud yang sangat mendalam. Di sebalik setiap kisah ada mesej penting yang sangat relevan dan signifikan.Penulis : Pahrol Mohd Juoi