



Di antara ciri dakwah ini ialah, Bertahap-tahap dalam mengatur langkah, Menunggu masa, Tidak tergesa-gesa mahu melihat hasil, Kerana Tiap-tiap sesuatu ada masanya yang telah ditentukan.








nak guna spss nie tak de laa susah sangat .. cume banyak benda aa kene tau sebelum mahir...cehhh ayatt cam aku teree kan..hahaahahaha...padahal key in data pun roomate aku tolong..hahahahahahaha....ok ok...dia tolong bersebab.....sebab pe...tak penting untuk di kongsi....
ok ok,..sambung citer.....aku pun ajar aaa kawan kawan aku nie nak masuk data..adoiii nak gelak je aku rasa..mmm...lepas semangat juang yang tinggi ditunjukkan....selesai aaa aku ajar...pastu dorang pun wat aa koje dorang sampai siap..huhu...bla bla bla......sampai aa nak analisis data...pastu masa dalam kelas analisis tu....baru aku sedar...ada sorang tu salah key in data...hoho....laju laju aku gelak..adoii...cian dia..dah aa ada 90 soalan..pastu sampel ada 200 orang...bayang aa...kalau aku punya silap gagah lagi..sebab ada 20 soklan je..sampel pun 100 je..hahaha...so sebab dah salah ajar yang sorang nie..aku dah malehh nak ajar or komen komen dah kekawan yang tanya aku pasal spss..hahaha....tapi ada gak aku ajar..ayaa...rasa besalah kot sebab dah salah ajar..tapi nak gak aku ajar lagi..tapi budak nie tak salahkan aku..so pengajaran kepada aku..kalau nak ajar belajo bagi habis...
sebab salah key in data adalah kerana...instrument (alat kajian/soal selidik) kawan aku nie ada item negetif...pe plak aa item negetif nie kan...ok contoh mudah..dalam soalan 1, jawab "ya" dapat 1 mark. jawab "tidak" dapat 0 mark .... nie item positif..
aku semasa membentang dapatan pada 22/10.2010 ;)

ok..nak pi tido..haha..salam..sambung nanti plak...ada pe2 yang tak baik tu..jadikan sempadan je..amik yang baik je..ciauuu.... sinyommm..... :)
Sudah menjadi sunatullah, orang yang berjaya pada tahap “biasa-biasa” sahaja ialah orang yang membawa hanya dirinya sahaja berjaya. Tetapi orang yang berjaya pada tahap luar biasa ialah orang yang membawa orang lain berjaya bersamanya. “No man becomes rich unless he enriches others” – tidak ada orang boleh menjadi kaya hingga dia “mengkayakan” orang lain. Hakikat ini bukan sahaja dilihat dari sudut material, malah di sudut ilmu, iman, taqwa pun begitu juga. Orang yang paling beriman, bertaqwa dan berilmu ialah orang yang membawa orang lain bertaqwa, beriman dan berilmu bersamanya
Hakikat ini semacam sudah tradisi dalam perjalanan hidup para Salafussolaeh zaman dahulu. Lihat sahaja Rasulullah s.aw. Baginda dikenali sebagai pemimpin yang berjaya. Dan di bawah didikannya telah lahir ramai pemimpin-pemimpin lain yang berjaya. Antaranya Sayidina Abu Bakar ra, Umar ra, Uthman ra, Ali ra dan sebagainya. Begitu juga dikalangan ulama-ulama besar. Lihatlah betapa ramainya ulama yang dilahirkan hasil didikan Imam Safie, Hanbali, Maliki dan Hanafi.
Kita perlu yakin bahawa setiap 1 yang kita berikan di jalan Allah, Allah akan gandakan 700 kali sebagai balasan. Ini suatu yang menakjubkan. Apakah ada pelaburan di mana-mana istitusi kewangan atau perbankan di dunia hari ini yang mampu membayar dividen atau pulangan sehingga 700 kali ganda? Jawabnya, tidak ada. Namun itulah janji Allah. Dia Maha Kaya dan Maha Pemurah. Malah pada situasi-situasi yang lebih istimewa dan khusus, Allah telah menjanjikan pembalasan pahala tanpa hisab (tanpa hitungan lagi) kepada para hamba-hamba-Nya yang juga istimewa.
Bagi orang yang sabar, Allah telah berjanji memberi ganjaran tanpa hisab. Manakala untuk orang yang berpuasa, Allah telah berjanji melalui lidah Rasulullah saw untuk memberi pahala mengikut kehendak-Nya yang tidak terbatas lagi.
sebelum sesi penerokaan..amik gambo dlu..huhu
.cari aa publisher mana2..suh publish pe yang korang tulis..kalau korang kenai hilal asyraf..baru bape umo dia...21 ke 22 tah...haa disamping menajamkan penulisan or pe2 yang berkaitan...itulis buku ni boleh dijadikan sumber pendapatan...semuga semua penulis buku yang berilmu mendapat redha-Nya...amiiiiinnn....cikgu, murid, & berok
Jam lapan lima minit loceng berbunyi. Murid-murid berbaris di tengah padang menghadap tiang bendera yang sudah condong. Di puncaknya sehelai bendera lasam berbelit kaku. Sudah lama bendera itu tidak berkibar.
Lima minit murid-murid berbaris, tanpa seorangpun datang mengawas. Barisan-barisan itu bengkang bengkok macam ular kena bedal. Begitulah setiap hari. Mereka berbaris kerana di suruh. Untuk apa mereka tidak tahu. Dan tiang bendera bersama sehelai kain berjalur merah putih di depan mereka, ertinya haram mereka tidak tahu.
Sebentar kemudian barulah keluar seorang guru bercekak pinggang. Dia Cuma memerhatikan murid-murid itu dengan penuh jemu. Tiada satu tafsiran pun terhadap masa depan murid-murid. Dia Cuma makan gaji.
“Dengar sini semua!” Dia bersuara tapi kata-kata itu tenggelam dalam suara bising murid-murid. “Diam! Dengar sini semua” Cikgu Sunan meninggikan suaranya.
Murid-murid diam. Tapi barisan masih macam tadi juga. Bengkok.
“Sudah berapa kali saya pesan. Waktu rehat jangan dekat kereta. “Cikgu Sunan memberi amaran keras. Amaran yang selalu diucapnya.
Murid-murid menoleh ke belakang. Kereta Volkswagen menjadi tumpuan mereka. Kura-kura patah kaki, kata sesetengah murid.
Murid-murid yang diam itu sering benar mendengar amaran seperti itu. Amaran-amaran seperti itu melebihi daripada Lagu Negaraku. Mereka lebih hormat kepada kereta Cikgu Sunan daripada bendera dan Lagu Negaraku. Pernah setahun dulu, dua tiga orang murid menyepak-nyepak bendera buruk yang gugur sendiri dari tiang.
Selesai Cikgu Sunan memberi amaran penting, murid-murid dibenarkan masuk ke darjah masing-masing. Dan Cikgu Sunan kembali ke bilik guru, langsung berbual-bual dengan guru-guru yang lain. Mereka bercakap-cakap pasal kereta. Pasal tangga gaji dan pasal perempuan.
Pukul lapan tiga puluh minit masing-masing masuk bertugas. Cikgu Sunan masuk ke dalam darjahnya, darjah lima. Ketua darjah melaung kuat suruh murid-murid bangun. Masing-masing bangun, tapi sama seperti berbaris tadi. Malas. Cikgu Sunan tidak ambil pusing hal itu.
"Belajar sambil mencabar, pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang, bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin, biarlah mahasiswa mencabar asalkan sambil itu mereka belajar.." - Prof Ungku A. Aziz..